Kredit foto: Instagram Marsha Milan

Siapa Marsha Milan? Pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini adalah seorang penyanyi, aktres dan hos terkenal Malaysia.

Beliau mula aktif dalam bidang hiburan pada tahun 2005 melalui penyertaan dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim 3 (AF3) yang menempatkannya di kedudukan keempat sewaktu konsert akhir. AF3 turut melahirkan penyanyi Mawi, Amylea Azizan dan Idayu.

Biodata

Nama sebenar: Marsha Milan Londoh

Nama pentas: Marsha, Marsha Milan

Umur: 37 tahun (2022)

Tarikh lahir: 6 Disember 1985

Tempat lahir: Michigan, Amerika Syarikat

Asal: Tamparuli, Sabah

Agama: Islam

Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik beradik

Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan pengacara

Instagram (IG): @marshamilan

Latar Belakang

1. Merakamkan dua buah album studio yang berjudul Yang Pertama dan Anthology.

2. Antara lagu yang menaikkan namanya seperti Untuk Terakhir Kali, Yang Terbaik, Cinta, Bimbang, Hilang dan Sumandak Sabah (duet with Velvet Aduk).

3. Penglibatan sebagai pelakon antaranya menerusi drama Kerana Karina, Dottie, Asmara, Awan Dania (Musim 3), My Coffee Prince, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Keluarga Baha Don (Musim 3).

4. Juga telefilem 5 Saat, Geng Raya Zizan, Kum Kum, Cinta Elevator, Tebus, Janji Jantan dan banyak lagi.

5. Kemunculannya di layar perak antaranya dalam filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys, Magika, Cun, Bola Kampung The Movie dan 7ujuh.

6. Menerima pengiktirafan di Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36) pada 2022 menerusi lagu berjudul Cinta ciptaan dan lirik oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim. Berada di tempat kedua, beliau juga memenangi trofi kategori persembahan terbaik.

7. Juga bertanding di Akademi Fantasia (AF) Megastar 2017 yang menghimpunkan alumni terbaik AF meletakkan beliau sebagai antara finalis peringkat akhir.

Fakta Menarik

1. Berketurunan Kadazan-Dusun.

2. Sepupu kepada penyanyi Linda Nanuwil, bekas peserta Akademi Fantasia musim 2 (AF2) dan Gegar Vaganza musim 7 (GV7).

3. Berkahwin dengan ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 selepas bertunang pada 14 Disember 2015. Pasangan ini terlebih dahulu berkenalan selama 10 tahun. Perkongsian hidup itu sehingga kini belum dikurniakan anak.

4. Marsha memeluk Islam beberapa minggu sebelum mendirikan rumah tangga.

Baca: Biodata Madammu (Eriyca Baiduri), Pengasas Noir, Penaja Anugerah Juara Lagu (AJL) 36 (2022)

Baca: Keputusan Juara, Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Gambar

marsha milan

marsha

suami marsha milan

cinta marsha

cinta

marsha milan agama

ajl 704

ajl 36 968

cinta marsha milan

ajl 2022 529

marsha ajl

Kredit foto: Instagram Marsha Milan

Video

Kredit video: Marsha Milan - Cinta | # AJL 36

Sumber:

1. Marsha Sudah Peluk Islam, Nikah Ahli Perniagaan Khamis Ini

2. Marsha nikahi ahli perniagaan selepas 10 tahun kenal

3. Marsha terkilan




Hakcipta iluminasi.com (2017)