Oleh pada 12 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pertandingan muzik tahunan yang popular, iaitu Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) berlangsung pada 12 Februari 2023 pukul 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

   

ajl 2023 904

12 finalis bersaing terdiri daripada penyanyi berpengalaman dan muda, untuk memenangi trofi sekaligus mementaskan persembahan dan gimik yang luar biasa, di atas pentas yang memiliki prestij tinggi itu.

   

ajl 37 331

Pencalonan bagi 12 lagu dipelopori oleh penyanyi-penyanyi generasi baru dan juga bintang-bintang berpengalaman iaitu Ernie Zakri, Alif Satar & The Locos, Aina Abdul, Marsha Milan Londoh, Noki, MK K Clique, Joe Flizzow, Shila Amzah, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, SonaOne, Shiha Zikir, Naim Daniel, Khai Bahar, Iman Troye dan Amir Masdi.

   

juara lagu 289

Penghargaan untuk pencarian lagu terbaik tempatan itu menggabungkan dua pengacara wanita terkenal, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, untuk julung kali.

AJL 37 juga membawa anjakan baru dengan memfokuskan tema 'Dimensi Muzik' yang memperlihatkan kerancakan suasana industri muzik tanah air dengan karya dari pelbagai genre dan generasi.

   

lagu ajl 359

Untuk mereka yang tidak dapat menyaksikan persembahan langsung di Axiata Arena, AJL37 dipancarkan melalui saluran TV3 dan juga dapat disaksikan secara dalam talian (online) melalui laman Tonton pada waktu yang sama.

   

anugerah juara lagu 395

Pada edisi sebelumnya, lagu "Pelukan Angkasa" yang merupakan hasil kerjasama nyanyian antara kumpulan SOG dan penyanyi Shila Amzah berjaya meraih kemenangan dalam kategori utama, Juara Lagu.

Ini pula karya-karya terbaik yang diiktiraf dalam acara musim ini, membawa pulang trofi bagi kategori-kategori yang dipertandingkan.

   

finalis ajl 37

Keputusan AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37  

   

Juara Lagu

Terus Hidup - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

Tempat Kedua

Satu Malam di Temasek - Joe Flizzow, Sonaone

Komposer: Sonaone

Penulis lirik: Joe Flizzow, Sonaone

Tempat Ketiga

Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos

Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis

Lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri, Romeo

Vokal Terbaik

Terus Hidup - Aina Abdul

   

Persembahan Terbaik

Irama - Shiha Zikir

Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja Utama

Sengsara - Khai Bahar

Baca: 10 Fakta Penyanyi Aina Abdul Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Senarai Finalis Dan Info Penuh AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 37 (SFMM 2022)

Baca: Keputusan Juara, Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Baca: Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 36 (2021 / 2022)

   

ajl final 602

juara lagu 2023

finalis ajl

tarikh ajl 37

ajl 2022

ajl live

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)