Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) berakhir dengan jayanya pada Ahad lalu dan menyaksikan lagu Terus Hidup yang dinyanyikan dan diciptakan oleh Aina Abdul dinobatkan sebagai pemegang trofi berprestij AJL37.

   

ajl 37 770

Kemampuan vokal Aina yang mantap pada malam itu tidak dapat disangkal lagi. Tidak menghairankan jika ramai yang sudah meramal penyanyi itu akan membolot sekurang-kurangnya satu trofi dalam pertandingan lagu terbaik tersebut.

   

ajl 444

ajl 2023 550

Berikut adalah 10 fakta menarik tentang penyanyi dan penulis lagu wanita yang kredibilitinya tidak dapat dinafikan lagi dan kini menjadi salah satu nama yang disegani dalam dunia muzik.

   

terus hidup aina abdul

1. Aina adalah anak bongsu dalam keluarga yang terdiri daripada lima orang adik beradik, bapanya bernama Abdul Ghani Abdullah dan ibunya ialah Zaini Abdullah.

   

aina abdul 684

   

2. Dia merupakan seorang lulusan Universiti UCSI, Kuala Lumpur, yang menghabiskan pendidikan dengan kelulusan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari.

   

aina abdul wikipedia

3. Namanya diterima dalam dunia hiburan seiring dengan penyanyi seangkatan, Sandra Dianne dan Sarah Fazny menerusi program realiti nyanyian, Mentor Legend 2014. Rancangan itu memperkenalkan bakat baru dalam industri muzik dan Aina berjaya meraih tempat kedua (naib juara).

   

umur aina abdul

4. Dia pernah meraih kemenangan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim pertama, dengan memakai kostum Bunga Raya yang menutupi identitinya selama bertanding dalam acara realiti nyanyian tersebut.

   

aina abdul instagram

5. Manakala pada program Vokal Mania 2020, pertandingan itu mencapai kemuncaknya dengan memberikan gelaran Juara Idol kepada Aina, serta penyanyi muda Aisha Retno yang meraih gelaran Juara Rookie.

6. Kemunculan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya kerana dia sudah pernah meraih prestasi di sana sebelumnya. Prestasi tersebut merangkumi trofi Naib Juara di AJL 35 dengan lagu Semalam, Vokal Terbaik di AJL 36 melalui lagu Sepi, dan Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL juga di AJL 36 melalui Nafas Cinta, duet bersama Khai Bahar.

AJL Ke-37 pula membawanya meraih gelaran Juara Lagu dan Vokal Terbaik, kedua-duanya dalam lagu berjudul Terus Hidup.

ajl aina abdul

Aina Abdul sinonim dengan pemakaian baju berfesyen 'pelik'.

7. Aina pernah mementaskan konsert berskala besar khusus untuk pemujanya, iaitu konsert solo pertamanya yang bertajuk A Night with Aina Abdul 1.0 yang berlangsung di Bsync Live Kuala Lumpur pada tahun 2021. Edisi kedua, A Night with Aina Abdul 2.0 menyusul pada 2022 diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya.

8. Pencapaian Aina dalam industri muzik tidak hanya bersandarkan kepada bakat dan kebolehannya sebagai penyanyi, tetapi juga oleh lagu-lagu hit yang dihasilkan seperti Semalam, Sepi, Sumpah, Nafas Cinta (bersama Khai Bahar), Kasih Merintih, CahayaMu, I Lost Me dan Shadow.

   

lagu aina abdul

9. Pada tahun 2021, lagu cover bertajuk Easy On Me yang dinyanyikan oleh Aina berjaya menarik perhatian dari penyanyi asal lagu tersebut, Adele. Bintang antarabangsa terkenal ini berkongsi semula rakaman video yang dinyanyikan oleh Aina di ruangan Instagram (IG) Story melalui akaun rasmi kerjayanya, Adele Access.

   

aina abdul mentor 483

10. Terbaharu, Aina meluncurkan single terkini yang bertajuk Shoot, sebuah lagu dalam bahasa Inggeris yang dijangka akan terus mendapat tempat dalam kalangan peminat, seperti lagu-lagu sebelumnya yang sukses.

Untuk biodata asas Aina, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Aina Abdul

Baca: Senarai Finalis Dan Info Penuh AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Kredit foto: Instagram Aina Abdul

Kredit video: HIGHLIGHT: Terus Hidup - Aina Abdul | #AlhaAlfaDimensiAJL37 (12 Feb 2023) | Full Melalui Aplikasi Tonton




Hakcipta iluminasi.com (2017)