Kredit foto: Instagram Zubir Khan , Facebook Zubir Khan
Siapa Zubir Khan? Zubir dikenali sebagai penyanyi yang mendapat perhatian meluas di media sosial, khususnya dalam kalangan komuniti muzik India.
Walaupun bukan berketurunan India, kebolehannya dalam menyanyikan lagu-lagu berbahasa Tamil menarik perhatian ramai, menjadikannya inspirasi dalam industri muzik.
Kendati menghadapi dugaan kecacatan pada tangan kanannya yang kudung, semangatnya dalam menggapai impian dalam dunia muzik tidak pernah pudar.
Biodata
Nama sebenar: Muhammad Zubir bin Mohamad Ali
Nama komersial: Zubir Khan
Umur: 24 tahun (2024)
Agama: Islam
Tarikh lahir: 20 November 2000
Pekerjaan: Penyanyi, Komposer, Pelakon
Instagram (IG): @zubirkhan_
Tiktok: @zubirkhan_
Latar Belakang
1. Walaupun asalnya lahir dalam keadaan normal, pada usia empat tahun, Zubir mengalami kecelakaan serius di kilang roti milik ayahnya, menyebabkan tangannya terputus akibat kenakalan memasukkannya ke dalam mesin kek.
2. Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia bagaimanapun mempunyai keinginan yang kuat untuk menyara ibu bapanya dengan bekerja, meskipun keluarganya tidak menekannya untuk melakukannya.
3. Dalam usahanya mencari pekerjaan, dia berdepan dengan pelbagai cabaran apabila permohonannya ditolak disebabkan oleh kekurangan fizikal, iaitu tangannya yang kudung.
4. Terluka dengan kekecewaan, dia menangis sambil memohon kepada Allah, bertanya mengapa dia dihadapkan dengan ujian kehidupan seperti ini dan mengapa Allah 'mengambil' tangannya.
5. Nasibnya berubah apabila seorang rakan dari komuniti India memberikan satu cadangan yang mengubah haluan hidupnya. Kawannya itu mengusulkan agar Zubir mencuba nasib dalam dunia seni sebagai penyanyi lagu-lagu Tamil, memandangkan Zubir sendiri fasih dalam bahasa tersebut.
6. Zubir menerima cadangan itu dan dengan izin Allah, usahanya tidak sia-sia. Video nyanyiannya menjadi viral selepas ditularkan oleh seorang peminat berbangsa India di platform Facebook, membuka pintu rezeki buatnya. Ia dianggapnya sebagai tanda dari Allah yang memberikannya jalan untuk mencari rezeki dan berusaha.
7. Sejak itu, Zubir mula menumpukan perhatian dan usahanya dalam industri muzik lagu-lagu berbahasa Tamil, aktif dalam nyanyian, penulisan dan penerbitan lagu-lagunya sendiri.
8. Dia telah membuat rakaman untuk enam lagu sehingga kini, kesemua dalam bahasa Tamil, iaitu Yennode Macha, Per Yenne Solle, Thevadhai, Marainthe Uyire (bersama Kzaq), Nenji Yenguthu dan Soga Kathai (bersama Kidd Hachu).
9. Pada 17 Mei 2024, dia akan melancarkan single terbaru berjudul OMK (Oh My Kadhale) yang dibawakan dengan kerjasama penyanyi Ezra Kairo.
Fakta Menarik
1. Meskipun bukan berketurunan India, dia fasih berkomunikasi dalam bahasa Tamil kerana keluarganya berdarah kacukan Melayu dan Pakistan.
2. Keluarganya sebelum ini tinggal di estet, tempat di mana nilai-nilai kemasyarakatan sangat kuat, yang mendorongnya untuk mempelajari bahasa Tamil melalui interaksi sosial dalam komuniti yang pelbagai budaya itu.
3. Sejak dari darjah empat, Zubir membina persahabatan dengan rakan berbangsa India dan mempelajari bahasa Tamil daripada mereka.
4. Abangnya yang menghadiri sekolah cina, fasih dalam lima bahasa yang berbeza. Zubir sendiri mempunyai kemahiran dalam empat bahasa, iaitu Melayu, Tamil, Inggeris dan Urdu.
Baca: 10 Fakta Penyanyi Zubir Khan Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: Biodata Ezra Kairo, Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK (Oh My Kadhale)
Foto
Kredit foto: Instagram Zubir Khan , Facebook Zubir Khan
Kredit video: Zubir Khan - Yennode Macha ( Official Music Video )
Sumber:
2. Zubir Khan kawan baik dengan Santesh | MeleTOP | Neelofa & Nabil