Oleh pada 24 Feb 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Astro Gempak selaku platform hiburan digital di Malaysia, bakal mengadakan kembali Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23). Sebagai antara peneraju dalam industri hiburan, Astro memberikan peluang kepada generasi pencipta kandungan untuk memperoleh pengiktirafan menerusi acara berprestij ini.

Dengan tema Y2K, GMWA23 diacarakan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Sherry Alhadad dan Zizan Razak.

        

gempak most wanted

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Kategori

Penganjuran kali ini menampilkan kandungan-kandungan terhangat sepanjang tahun 2023, dengan 9 kategori utama termasuk tiga kategori baru.

Kategori baru yang mencerminkan evolusi media digital termasuk Lagu/Audio Tergempak, Content Creator (Hiburan) Tergempak dan Content Creator (Lifestyle) Tergempak, memberikan tumpuan kepada pencipta kandungan yang kreatif dalam bidang lagu dan audio, hiburan serta gaya hidup.

GMWA23 juga mempersembahkan anugerah 'Gempak Hall Of Fame' untuk calon yang memberi impak yang besar kepada masyarakat berdasarkan undian pengguna media sosial dan peminat. Satu lagi kategori istimewa, 'Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!', membolehkan peminat mengundi melalui laman web, dengan maklumat lanjut disampaikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted.

GMWA23 menjanjikan kemuncaknya dengan sembilan kategori yang mencerminkan kepelbagaian dan evolusi trend media sosial.

       

1. Lagu/Audio Tergempak

2. Video Tergempak

3. Video Muzik Tergempak

4. Drama Tergempak

5. Selebriti Digital Tergempak

6. Gamer Tergempak

7. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak

8. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak

9. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak

       

Format Penjurian

GMWA23 menggunakan format penilaian yang serupa, memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori. Pencalonan adalah hasil kandungan yang diterbitkan oleh pengguna media sosial dari 15 November 2022 hingga 15 November 2023. Calon-calon ini dipilih berdasarkan kriteria penganjur untuk kelayakan ke Carta Mingguan GMW. Kandungan yang berjaya mengekalkan posisi lima teratas setiap minggu dipilih sebagai calon Top 20 berdasarkan jumlah mata pada tarikh akhir undian yang ditetapkan. Pemenang utama ‘Gempak Most Wanted 2023’ akan dianugerahkan kepada calon dengan undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori.

        

gempak most wanted 2024

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Undian

Fasa undian Gempak Most Wanted Awards 2023 dibuka kepada dua peringkat. Pertama, pilihan calon Top 20 dilakukan dari 30 November, jam 8.00 pagi sehingga 30 Disember 2023, jam 11.59 malam, terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia.

Kedua, fasa undian Top 5 yang terpilih daripada senarai pencalonan Top 20. Proses undian Top 5 bermula 17 Januari 2024 hingga 25 Februari 2024, pukul 12 tengahari. Peminat mempunyai peluang untuk menggunakan 50 kredit undian setiap hari untuk mengundi satu kategori.

Untuk vote, akses ke www.gempakmostwantedawards.com.

Pengumuman pemenang setiap kategori akan dibuat semasa acara kemuncak GMWA 2023.

        

Pengacara

Empat pengacara terkenal, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Amelia Henderson dan Sean Lee bakal menjadi penggerak utama bagi acara ini selaku hos.

Namie SMY, Adriana Adnan dan Bidin Al Zaifa menjadi pengemudi dalam program Gempak Most Wanted Live +, sementara Ceddy Ang dan Yaya Zahir menyampaikan acara di ruang karpet merah.

         

gempak most wanted 2023

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Persembahan

GMWA23 bakal dibanjiri kegemilangan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi Aina Abdul, Dolla, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Akim & The Majistret, Kaka Azraff, Ayda Jebat, Ajai, Saixse, Putera Muhammad, Coex, Fahimi Rahmat, Lucidrari dan Gard, ditambah pula dengan penampilan istimewa daripada Calum Scott dan Melly Goeslaw.

       

Penyampai Trofi

Para artis dan selebriti media sosial pilihan ditugaskan untuk memberikan penghormatan dengan menyampaikan trofi-trofi anugerah, melibatkan Maya Karin, Zul Ariffin, Rozita Che Wan, Meerqeen, Ryan Bakery, Nas Muammar Zar (Nas T), Fadhli Masoot, Sofea Shra, Datuk Jalaluddin Hassan, Elizabeth Tan, Norlia Ghani, Roy Azman dan Isha Norsham.

       

Waktu Siaran

Anugerah paling dinanti-nantikan, Gempak Most Wanted Awards 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024, bermula pukul 9 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro Go dan Sooka, majlis ini akan menjadi acara yang dinantikan peminat setia selebriti dan pempengaruh tanah air. Selain itu, tontonan boleh diakses di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live +.

        

Tiket

Pas masuk percuma ke GMWA23 boleh dimenangi menerusi penyertaan dalam GMW Giveaway bermula 13 Februari 2024, jam 6 petang sehingga 22 Februari 2024, 10 pagi.

        

gempak most wanted award vote

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Senarai Kategori Dan Calon Top 5

Lagu/Audio Tergempak

1. Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri

2. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

3. Pergilah Cinta - Danial Kifli

4. Test Drive - Firdaus Rahmat

5. Makcik Dodoi - @chemass_kaklong

        

Video Tergempak

1. Freestyle Anak-Anak Kudrat - @naimdanielx

2. POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On - @aiztsaha

3. Kesian Girlfriend Lapar - @mikhailimaan

4. Kena Marah Dengan Ayam - @jemblenggg

5. Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam - @davidvidz3

        

Video Muzik Tergempak

1. Damelo - DOLLA

2. Selagi Ku Ada - Khai Bahar X Nabila Razal

3. Kudrat - Sekumpulan Orang Gila x Naim Daniel

4. Waktu - Hasif Upin & Ziana Zain

5. Look At This - DOLLA

        

Drama Tergempak

1. Projek High Council - Astro Originals

2. Melur Untuk Firdaus 2 - TV3 Malaysia

3. My Famous Ex-Boyfriend - Astro Ria

4. Hijrah Jannah - Astro Ria

5. From Saga With Love - Viu Malaysia

       

Selebriti Digital Tergempak

1. Amir Ahnaf

2. Anna Jobling

3. Meerqeen

4. Datuk Seri Siti Nurhaliza

5. Amir Masdi

       

Gamer Tergempak

1. Akif Iskandar

2. Kambing Golek

3. Fluffiiee

4. Tya Edros

5. Pok Ro

        

Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak

1. Farihi Arnia - @farihinarnia

2. Faisal Suhaimi - @faisal.suhaimi

3. Linda Said - @wanitabermisai

4. Foreppppp - @foreppppp

5. Rahman Chea - @rahmanchea

        

Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak

1. Che Nom - @chenom_tiktok

2. Auntie Purple - @auntiepurple248

3. Nelysa Norazlan - @nelysa_norazlan

4. Amin & Abid Othman - @aminxabid

5. Ow To The Zie - @ozziemanan

         

Digital Content Creator (Motivator) Tergempak

1. Dr. Say Shazril - @say_shazril

2. Aminahtul Mardiah - @aminahtulmardiah

3. Dr. Syed Aliff Fauzan - @drsyedaliffauzan

4. Mashy - @n.mashyaircond

5. Muhammad Noor - @dodosentoso

        

Baca: Senarai Penuh Keputusan Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024

Baca: Biodata Auntie Purple, Personaliti TikTok Calon Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024

          

Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2022

1. Video Tergempak - Merqeen

2. Selebriti Digital Tergempak - Datuk Seri Siti Nurhaliza

3. Digital Influencer Tergempak - Hafiz Mahamad

4. Drama Trending Tergempak - Melur Untuk Firdaus

5. Content Creator Tergempak - Ryan Bakery

6. Muzik Video Tergempak - BAD (DOLLA)

7. Lagu Trending Tergempak - BAD (DOLLA)

8. Gamers Trending Tergempak - Kambing Golek

9. Motivator Digital Tergempak - Cikgu Fathi

10. Hall Of Fame Mc Donalds - Sofyank

Pemenang Utama Gempak Most Wanted Awards 2022 - Hafiz Mahamad

        

Tajuk program? Gempak Most Wanted Awards 2023

Bila dan tayang hari apa? 25 Februari 2024 (Ahad), jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria (saluran 104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

        

Kredit video: LIVE GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2023 LIVE +

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)