biodata nana sheme

Kredit foto: Instagram Nana Sheme

   

Siapa Nana Sheme? Nur Nabilah Hashimi atau nama pentasnya, Nana Sheme merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang mula mendapat perhatian selepas single kedua beliau yang berjudul 'Hantu Atau Buaya' meraih sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan.

Lagi biodata lanjut beliau dengan membaca artikel ini sepenuhnya. 

     

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nur Nabilah Hashimi.
  • Menggunakan nama komersial, Nana Sheme.
  • Berumur 25 tahun.
  • Kelahiran Kuching, Sarawak pada 20 Mei 1995.
  • Anak sulung dari empat orang adik-beradik.
  • Berkelulusan dalam bidang Pengajian Pengurusan Pembinaan dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Rangkaian lagu dipopularkannya seperti Permintaan Hati (single pertama), Hantu Atau Buaya, Boleh Blah, Santai (feat. Eyza Bahra), Jom Coffee Coffee, Cemburu dan Ragu-Ragu.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @nanaasheme sehingga kini mempunyai lebih 205,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama ketika zaman pengajiannya.
  • Keluarganya menetap di Sarawak.
  • Mula bergelar penyanyi ketika usia 18 tahun sewaktu menuntut di peringkat diploma.
  • Gemar merakamkan video nyanyian lagu cover untuk dimuat naik di laman Youtube.
  • Lagu Hantu Atau Buaya nyanyiannya berjaya menduduki carta 10 lagu paling popular di kalangan pengunjung pusat karaoke Red Box sepanjang tahun 2015.
  • Calon Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) yang dimenangi oleh pelakon Mira Filzah.
  • Mula mengenakan imej hijab sejak 2014.
  • Berjaya memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) import di usia 24 tahun.
  • Memperlahankan aktiviti seninya pada 2016 bagi memberi fokus terhadap pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diambil bagi melunaskan permintaan arwah ibunya.
  • Pernah mengalami trauma ketika berusia 12 tahun hingga memaksanya mendapatkan khidmat pakar psikiatri.
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang 'introvert' yang terpaksa menukar identiti menjadi seorang 'extrovert' demi menjayakan peranan sebagai seorang selebriti.
  • Ibunya, Nur Aisyah Abdullah meninggal dunia pada 2010 kerana kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah.
  • Kini membuat 'comeback' menerusi single baharu berjudul Ragu-Ragu hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Nadya Fatira, gubahan komposer Indonesia, Barry Maheswara.
  • Menjadikan Youtuber meningkat naik, Asyraf Rozami sebagai model muzik video lagu terbaharunya itu.
  • Sedang dalam usaha melebarkan sayap karier ke Indonesia.

   

Baca lebih banyak artikel biodata artis-artis BBNU menerusi pautan berikut: Biodata Artis-Artis BBNU Malaysia

   

Foto

nana sheme dulu

instagram nana sheme

wikipedia nana sheme

umur nana sheme

nana sheme ragu ragu

nana sheme

siapa nana sheme

asyraf rozami 133

lagu nana sheme

Kredit foto: Instagram Nana Sheme

   

Video

Kredit video: Nanasheme - Ragu Ragu [Official MV]

   

Sumber:

1. NanaSheme Tidak Sangka 'Hantu Atau Buaya' Jadi Perhatian

2. "Jangan Cemburukan Kehidupan Saya Kerana..." - Nana Sheme Bidas Komen Netizen Sindir Dirinya Gara-Gara Tayang Kereta

3. Kritikan bukti dapat perhatian

4. Nana Sheme berehat dari media sosial, tertekan industri seni bukan lagi sekadar menyanyi - “Mungkin saya belum bersedia”

5. Alami masalah mental, Nana Sheme jumpa pakar psikiatri ketika usia 12 tahun - “Saya berehat dari laman sosial untuk rawat trauma”

6. Lama hilang, Nana Sheme cipta nama ke seberang

7. Nana Sheme lega tunaikan janji bapa buat arwah ibu

8. Doa Ibu Tak Kenal Jarak & Masa-Nana Sheme

9. Nana Sheme meriahkan karnival Sekolah Sultan Alam Shah

10. Lagu Elizabeth Tan & Nana Sheme Antara 10 Lagu Paling Popular Red Box

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)