Oleh pada 17 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

         

Drama Menanti Senja bakal menyusul selepas tamatnya siri Hati Tercarik Luka di slot Samarinda.

         

menanti senja episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Menyumbangkan peranan dalam drama rantaian yang bukan adaptasi novel ini ialah pelakon Johan As'ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein, Fathimah Hawra Jamalullail, Kodi Rasheed, Hazeeq Dean, Khatijah Tan dan ramai lagi.

        

Sinopsis

Dengan sentuhan emosi dan air mata, cerita ini dihasilkan melalui penyatuan dua konsep cerita P. Ramlee, iaitu Penarik Beca dan Ibu Mertuaku.

         

menanti senja tv3

Kredit foto: Instagram Johan As'ari

         

Kisah tentang cinta dan pengorbanan seorang ayah dari dua bapa yang berbeza kepada dua anak perempuannya.

         

drama menanti senja

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Turut termasuk kisah suka duka dalam percintaan antara Syukri (Johan As'ari) dan Sarah (Trisha Ooi).

Menanti Senja memaparkan bagaimana kehidupan Syukri yang awalnya sederhana berubah bahagia selepas perkahwinan dengan Sarah.

Malangnya, perkongsian hidup mereka dengan kelahiran seorang anak perempuan itu tidak mendapat restu daripada bapa Sarah.

Disebabkan itu, Kamal (Faizal Hussein), bapa kepada Sarah ini, telah menindas Syukri selepas memberi arahan untuk bekerja di kilangnya.

Kehidupan Syukri di tempat kerja bukan hanya tidak menyenangkan, bahkan menjadi sengsara baginya apabila dia terjebak dan dijadikan sebagai mangsa dalam satu kes pecah amanah.

Apabila dia dipenjarakan, Kamal memanfaatkan peluang itu untuk meracuni fikiran Sarah yang sedang tertekan.

Sarah yang penuh dengan keraguan tentang kemungkinan Syukri terlibat dalam kesalahan tersebut, tidak diizinkan untuk melawat Syukri di penjara, ketika dia dan anaknya tinggal bersama Kamal.

Pada ketika yang sama, Che Som (Khatijah Tan), ibu kepada Syukri, berjuang gigih untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah dalam kes tersebut.

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hawt Fellas (Slot Lestary TV3)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Biodata Pelakon Trisha Ooi

         

Pelakon / Cast

Uniknya drama ini adalah gandingan utama di antara yang lama dan baharu iaitu Johan As'ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Fathimah Hawra Jamalullail.

         

sinopsis menanti senja

Kredit foto: Instagram Trisha Ooi

        

Pelakon-pelakon lain yang mendapat kredit dalam peranan lakonan sampingan termasuklah Hazeeq Dean, Kodi Rasheed, Natasya Mahyan, Khatijah Tan, Sherie Merlis dan Syahmie Thsaqeef.

         

Watak Pelakon

Johan As'ari sebagai Syukri

Trisha Ooi sebagai Sarah

Faizal Hussein sebagai Kamal

Sharifah Fathimah Hawra Jamalullail sebagai Suhana

Khatijah Tan sebagai Mak Milah

Hazeeq Dean sebagai Taufiq

Kodi Rasheed sebagai Zaki

Natasya Mahyan sebagai Fatimah

Sherie Merlis sebagai Khalida

Syahmie Thsaqeef sebagai Epul

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Skrip oleh Shaza Talib, penerbitan oleh Anomali Media & Production Sdn Bhd dan pengarahannya diterajui oleh Faizal Nadxaman bagi drama ini.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SINAR SUNYI - HARIZ FAYAHET [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST MENANTI SENJA]

        

Tajuk: Sinar Sunyi

Penyanyi: Hariz Fayahet

Komposer & Penulis lirik: Omar K., Iqie Hugh & Shazriq Azeman

       

Waktu Siaran

Siri "Menanti Senja" akan melanda slot drama Samarinda di TV3 bermula 17 Januari 2024 dengan 15 episod, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Drama ini juga akan boleh ditonton di platform penstriman video tempatan, Tonton, yang disediakan oleh Media Prima.

       

Tajuk cerita? Menanti Senja

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

        

Kredit video: Nantikan Menanti Senja Di Slot Samarinda. Episod 1 Pada 17 Jan Ini

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)