Kredit foto: Instagram Rozita Izlyn

   

Siapa Rozita Izlyn? Rozita Azlin binti Mohd Radzi atau lebih dikenali umum sebagai Rozita Izlyn merupakan salah seorang penyanyi yang bakal bersaing dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Pertandingan nyanyian edisi 2020 itu turut menampilkan Mus (May), Ayu Damit, Noraniza Idris, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Haslinda, Ashira Aziz, Linda Nanuwil, Oja, Nomad, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Rozita Azlin binti Mohd Radzi.
  • Menggunakan nama pentas, Rozita Izlyn.
  • Kelahiran 13 November 1977.
  • Berumur 43 tahun.
  • Berasal dari Kedah
  • Mencipta nama sebagai penyanyi ketika era 90-an.
  • Rangkaian lagu popularnya termasuk Dunia Kita Berbeza, Berbalam Cintaku, Mengapa Sukar Melafazkan Maaf (duet bersama Aju Success), Berpaut Di Dahan Cinta (nyanyian asal Dayangku Intan), Anggerik Rimba dan banyak lagi.
  • Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @rozitaizlyn_ sehingga kini mempunyai lebih 800 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik.
  • Pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-4 pada 1997 yang dimenangi oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
  • Kini berkhidmat sebagai salah seorang pegawai di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
  • Berkahwin dengan Banyjin Abdul Rashid pada 27 Disember 2002 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qasrina dan Nur Qaisara.
  • Menafikan kehilangannya daripada dunia seni kerana merajuk, sebaliknya memberi fokus pada pekerjaan tetap yang dijawat.
  • Pernah mengikuti bengkel penulisan skrip dianjurkan Persatuan Sutradara Malaysia yang diadakan di FINAS beberapa tahun lalu, bertujuan menimba ilmu dan pengalaman baharu.
  • Memiliki kelulusan dalam Sarjana Muda Muzik dari UiTM dan Sarjana Sastera (Pengurusan Persembahan Seni) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

   

Baca: Biodata Noraniza Idris, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Linda Nanuwil, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ayu Damit, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Haslinda, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ashira Aziz, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Oja, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Indigo, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

   

Foto

suami rozita izlyn

anak rozita izlyn

keluarga rozita izlyn

rozita izlyn sekarang

peserta gegar vaganza 2020 314

instagram rozita izlyn

rozita izlyn

gegar vaganza 2020 788

Kredit foto: Instagram Rozita Izlyn

   

Video

Kredit video: Rozita Ezlynn - Dunia Kita Berbeza

   

Sumber:

1. Kebanyakan masa dengan keluarga

2. Profil Rozita Izlyn

3. Wikipedia Rozita Izlyn

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)