Kredit foto: Instagram Ashira Aziz

   

Siapa Ashira? Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz atau nama popularnya, Ashira merupakan salah seorang penyanyi yang terpilih untuk menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Edisi 2020 pertandingan yang membariskan penyanyi berpengalaman itu antara lain menampilkan Mus (May), Noraniza Idris, Ayu Damit, Rozita Izlyn, Aju (vokalis kumpulan Success), Yantzen, Haslinda, Linda Nanuwil (Akademi Fantasia Musim 2 - AF2), Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz.
  • Menggunakan nama komersial, Ashira atau Ashira Aziz.
  • Lahir pada 28 Oktober 1986.
  • Berumur 34 tahun (2020).
  • Antara lagu dipopularkannya termasuk Di Ombak Resah, Selamanya Takkan Berakhir dan Buat Insan Tersayang (duet bersama Eddie Hamid).
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @ashiraaziz sehingga kini mempunyai lebih 2,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Juga selesa disapa dengan nama panggilan, Oshin.
  • Memasuki dunia seni hiburan sejak usia 14 tahun.
  • Pernah mengecap kegemilangan populariti pada era 2000-an.
  • Kini memegang peranan sebagai ibu tunggal yang membesarkan seorang anak lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi, berumur 14 tahun selepas bercerai lima tahun lalu.
  • Aktif menjayakan persembahan nyanyian live band di sekitar Kuala Lumpur termasuk persembahan antarabangsa seperti di Dubai dan Abu Dhabi.
  • Bagaimanapun kini mula kehilangan punca pendapatan kerana kelab malam tempat beliau menyanyi ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, angkara wabak Covid-19.
  • Lantas beliau menyara kehidupan dengan menjual laksa dan mengusahakan perniagaan dalam talian, walaupun sudahnya tidak membuahkan hasil. Pendapatan dengan membuat siaran live di aplikasi Bigo juga hanya mampu melangsaikan bayaran bil elektrik dan air sahaja.
  • Sehari selepas menerima berita layak ke GV7, beliau telah diminta keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa sebanyak RM1,200 (sebulan) selama enam bulan.
  • Menjelang penyertaan dalam GV7, beliau terpaksa menumpang di rumah kakaknya di sekitar Kuala Lumpur dan berpisah dengan anaknya yang tinggal di rumah seorang lagi kakaknya.
  • Tekanan hidup didepani membuatkannya hilang keyakinan diri dan ada ketikanya menangis secara tiba-tiba.
  • Anak lelakinya juga mengalami tekanan sebagaimana dilaporkan oleh guru sekolah beliau.

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo, Bekas Suami Ashira Aziz

       

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Noraniza Idris, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Rozita Izlyn, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Haslinda, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ayu Damit, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Linda Nanuwil, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Oja, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Indigo, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

    

Foto

lagu ashira

anak ashira

keluarga ashira

penyanyi ashira

ashira gegar vaganza

ashira aziz

bapa ashira

ashira

wikipedia ashira

gegar vaganza 2020 52

peserta gegar vaganza 2020 83

Kredit foto: Instagram Ashira Aziz

   

Video

Kredit video: Ashira - Di Ombak Resah

   

Sumber:

1. Profil Ashira

2. “Kelab malam tutup... saya terpaksa jual laksa dan live Bigo” - Ashira hilang kerja, dihalau dari rumah selepas enam bulan tak bayar sewa

3. 6 Bulan Tak Bayar Sewa, Ashira Dihalau Keluar Dari Rumah! - "Saya Tak Ada Income, Macam-Macam Buat Sampai Live Di Bigo Tapi ..."

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)