Kredit foto: Instagram Bad Indigo, Instagram Shah Indigo & Instagram Zam Indigo

   

Siapa Indigo? Indigo merupakan antara kumpulan yang berentap dalam musim 2020 program realiti, Gegar Vaganza ketujuh (GV7).

Pertandingan nyanyian itu antara lain menampilkan Mus (May), Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Noraniza Idris, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Haslinda, Ashira Aziz, Rozita Izlyn, Nomad, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja dan kumpulan Eva.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Dianggotai tiga orang ahli iaitu Badrul Izhan atau nama komersialnya, Bad, 45, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin atau Shah, 46 dan Shahrul Nizam atau Zam, 45.
  • Manakala Nor Shazman Nor Shahid atau lebih dikenali sebagai Shaz, 45, tidak dapat bersama mereka kerana mempunyai komitmen lain. 
  • Aktif dalam dunia hiburan dari tahun 1995 hingga 2002.
  • Deretan lagu popular yang pernah dirakamkankan Indigo seperti Suraya, Andai Kau Pergi, Istimewa, Gadis Misteri, Sehidup Semati (duet bersama Juliana Banos) dan banyak lagi.
  • Pernah bernaung di bawah label KRU Records.
  • Seangkatan dengan kumpulan era 90-an yang lain, antaranya Elite dan A to Z.
  • Mempunyai tiga buah album studio berjudul Intro pada 1997, Istimewa (1998) dan Episod 3 (2000).
  • Pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998.

   

Fakta Menarik

  • Sebuah kumpulan padu suara yang mengangkat genre muzik R&B dan pop Melayu.
  • Lagu Suraya yang melonjakkan nama mereka merupakan lagu asal kumpulan Headwind yang dirakamkan semula dengan nafas baharu. 
  • Bad kini memegang peranan sebagai event manager.
  • Shah pula adalah suami kepada penyanyi Liza Hanim yang merupakan peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) dan dinobatkan naib juara dalam musim berkenaan. Perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2003 sehingga kini dikurniakan lima orang anak. 
  • Laman sosial Instagram Bad atas nama akaun @bad.indigo_official sehingga kini mengumpul lebih 900 pengikut, Shah yang menggunakan akaun @shahrinsamsudin mencatat lebih 4,000 pengikut, manakala Zam menerusi @nizam_arboristree mempunyai 400 pengikut.

         

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Liza Hanim, Isteri Shah Indigo

         

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ayu Damit, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Noraniza Idris, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Linda Nanuwil, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ashira Aziz, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Haslinda, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Oja, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Rozita Izlyn, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

   

Foto

kumpulan indigo

indigo malaysia

indigo gegar vaganza

zam indigo

bad indigo

shah indigo

peserta gegar vaganza 2020 666

gegar vaganza 2020 5

indigo

Kredit foto: Instagram Bad Indigo, Instagram Shah Indigo & Instagram Zam Indigo

   

Video

Kredit video: Istimewa - Indigo (Official Music Video)

    

Sumber:

1. Profil Kumpulan Indigo

2. Wikipedia Indigo

3. Liza Hanim selamat lahirkan bayi lelaki

4. 'Kalau betul nak menyanyi, dia kena serius'

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)