Kredit foto: Instagram Linda Nanuwil

    

Siapa Linda Nanuwil? Norlinda Nanuwil atau nama komersialnya, Linda Nanuwil merupakan antara peserta yang bakal berentap dalam program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Edisi 2020 yang menampilkan persaingan antara penyanyi berpengalaman itu turut disertai Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Aju (vokalis kumpulan Success), Mus (May), Ashira Aziz, Oja, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Haslinda, Nomad, Ayu Damit, Yantzen, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Norlinda Nanuwil.
  • Lebih dikenali umum sebagai Linda Nanuwil, Linda dan Linda AF2.
  • Berumur 36 tahun.
  • Kelahiran Ranau, Sabah pada 21 Mac 1984.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan realiti nyanyian, Akademi Fantasia Musim 2 (AF2) yang menobatkannya sebagai naib juara.
  • Pernah merakamkan album 'Jika Kau Kekasih' pada 2005 yang mengandungi lagu-lagu seperti Jika Kau Kekasih dan Aku Cinta Kamu.
  • Antara lain, beliau pernah mengeluarkan sebuah album Kadazandusun pada 2008 yang mempertaruhkan single hit 'Upus Tolidang'.
  • Lain-lain lagu dipopularkannya seperti Di Sini Malam Ini, Kau Pergi Saja, Ku Percaya, Memori Rindu dan banyak lagi.
  • Kemunculannya di layar perak menerusi filem Gila Gila Pengantin Popular.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @lindananuwil sehingga kini mencapai lebih 27,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Merupakan pelajar Akademi Fantasia (AF) pertama yang terpilih ke pentas Gegar Vaganza (GV).
  • Memperjuangkan genre muzik Pop.
  • Wajahnya dikatakan persis pelakon cantik, Fazura.
  • Pernah menghilangkan diri daripada dunia hiburan arus perdana selama 10 tahun, sebelum membuat kemunculan semula pada 2018.
  • Menepis dakwaan kehilangannya daripada dunia seni kononnya kerana merajuk, sebaliknya menjelaskan ia berikutan emosinya yang terganggu selepas pemergian kedua ibu bapanya.
  • Bakal muncul dengan single baharu berjudul Ikhlaskanlah Hatimu ciptaan Ajai dan lirik oleh Lukman S.
  • Belum pernah mendirikan rumah tangga sekaligus menangkis dakwaan yang pernah tular.
  • Mempunyai kebolehan mencipta lagu.

   

Baca: Biodata Ayu Damit, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Noraniza Idris, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Rozita Izlyn, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Haslinda, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ashira Aziz, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Oja, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Indigo, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

   

Foto

linda nanuwil

wikipedia linda nanuwil

linda nanuwil gegar vaganza

linda nanuwil sekarang

peserta gegar vaganza 2020 951

instagram linda nanuwil

lagu linda nanuwil 271

linda nanuwil jika kau kekasih

gegar vaganza 2020 386

Kredit foto: Instagram Linda Nanuwil

   

Video

Kredit video: Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil

    

Sumber:

1. “Mereka Masih Kenal Saya Ke?” - Linda Nanuwil Nekad Buat ‘Comeback’ Demi...

2. Selepas 14 Tahun, Linda Nanuwil Comeback Dengan Lagu Baru!

3. Peluang kedua Linda Nanuwil kembali ke dunia seni selepas 10 tahun menghilang - “Perasaannya macam mula-mula nak jadi artis dulu... teruja”

4. Masih Single Walaupun Berusia 36 Tahun? Ini Jawapan Linda Nanuwil

5. Profil Linda Nanuwil

6. Wikipedia Linda Nanuwil

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)