Kredit foto: Instagram Oja

   

Siapa Oja? Daninas Huza Daud atau nama pentasnya, Oja merupakan antara penyanyi yang bakal membuat kemunculan dalam program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Edisi 2020 pertandingan yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi 'otai' itu antara lain menampilkan Mus (May), Noraniza Idris, Ashira Aziz, Rozita Izlyn, Aju (vokalis kumpulan Success), Linda Nanuwil (Akademi Fantasia Musim 2 - AF2), Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Ayu Damit, Yantzen, Haslinda, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Daninas Huza Daud.
  • Menggunakan nama komersial, Oja.
  • Berumur 41 tahun (2020).
  • Popular menerusi lagu Dasira dan Maafkanlah Ibu.
  • Antara album yang pernah dirakamkannya termasuk Anak Jalanan (1992), Oja & Mastura (Ceneke- 1994) dan Oja & Mastura (Apo Salah Eh - 1995).
  • Berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinan pertama beliau pada tahun 2001 yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Dani Nur Atiqah, namun hanya mampu bertahan selama lima tahun. Rumah tangga kedua yang dibina pada 2007 pula berakhir pada 2010, namun sempat dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Muhammad Daniel Ashraf. Perkahwinan ketiga pula berlangsung pada 2016.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aku_oja sehingga kini mencatatkan lebih 8,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Anak kepada penyanyi Nas Atea dan anak saudara kepada penyanyi Mastura Ali, yang cukup dikenali umum menerusi lagu-lagu loghat Negeri Sembilan seperti Apo Kono Eh Jang, Alahai Anak Omak dan Apo Nak Buek Jang.
  • Juga anak saudara kepada penyanyi lagu Aku Yang Kau Panggil Sayang iaitu Khairool Idlan.
  • Kerjaya seninya bermula di era 1990-an sebagai seorang pelakon kanak-kanak yang pernah membintangi drama Balada Anak Jalanan.
  • Kini memegang peranan sebagai vokalis kumpulan Tunable Band yang turut dianggotai dua bekas ahli kumpulan Spoon, Boy dan Shahnaz.
  • Kumpulan ini ditubuhkan secara tidak sengaja selepas Oja menjadi penyanyi ganti Spoon sewaktu membuat persembahan di Gegar Vaganza musim pertama.
  • Antara lagu dipopularkan Tunable Band yang memperjuangkan genre pop dengan elemen muzik 90-an itu, antaranya Kenangan Indah Di Aidilfitri dan Cukup Sekali.
  • Sepanjang dua dekad kehilangannya daripada dunia hiburan, beliau banyak menumpukan pada karier muzik di kelab di seluruh negara, hingga telah bekerjasama dengan lebih 50 band muzik!
  • Mempunyai banyak pengalaman membuat persembahan nyanyian sambil bermain gitar di kelab, termasuk hotel dan beberapa acara lain.
  • Ramai dalam kalangan ahli keluarganya juga merupakan anak seni.
  • 'Kerangka' adalah album terakhir yang dihasilkannya pada tahun 1996 ketika berusia 14 tahun.

   

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Noraniza Idris, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Rozita Izlyn, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Haslinda, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ayu Damit, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Linda Nanuwil, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ashira Aziz, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Indigo, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

   

Foto

oja dulu

oja gegar vaganza

keluarga oja

isteri oja

oja penyanyi

gegar vaganza 2020 878

lagu oja

oja

peserta gegar vaganza 2020 673

Kredit foto: Instagram Oja

   

Video

Kredit video: Oja - Dasira

   

Sumber:

1. Oja tak simpan dendam

2. Kekal jalur muzik era 90-an

3. 'Saya masih dalam Industri'

4. Kembali selepas 20 tahun

5. Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

6. Profil Oja

7. Semangat Baharu Oja

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)