Kredit foto: Instagram Ayu Damit

    

Siapa Ayu Damit? Ayu merupakan antara peserta yang bersaing dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Edisi 2020 pertandingan yang menghimpunkan penyanyi berpengalaman itu turut menampilkan Mus (May), Aju (vokalis Success), Noraniza Idris, Cliff Umar, Ashira Aziz, Rozita Izlyn, Yantzen, Linda Nanuwil, Haslinda, Oja, Nomad, kumpulan Eva dan kumpulan Indigo.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Norayu Damit.
  • Berumur 31 tahun (2020).
  • Berasal dari Putatan, Sabah.
  • Bergiat dalam dunia muzik sejak tahun 2008.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan realiti, One In A Million (OIAM) musim kedua yang menobatkannya sebagai juara, menewaskan penyanyi-penyanyi ternama seperti Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin.
  • Mempunyai dua buah album studio iaitu Inspirasi pada 2009 dan Ayu Damit - EP (2011).
  • Pernah meledak dengan lagu 'Hanya Di Mercu'.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin dan mempunyai tiga orang anak bernama Syed Nashrul Haikal, Sharifah Alya Aryana dan Syed Aqif Najmi.
  • Laman Instagramnya atas nama akaun @ayudamit mempunyai lebih 23,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Mengusahakan perniagaan cili padi hingga mendapat jolokan 'Ayu Cili Padi'.
  • Antara perniagaan lain diuruskannya seperti produk cili jeruk, bahulu Borneo dan perniagaan makanan bersama rakan kongsi.
  • Gemar memuat naik video nyanyian cover lagu-lagu balada di media sosial.
  • Meskipun jarang muncul di televisyen, namun beliau masih sibuk memenuhi undangan nyanyian di majlis-majlis keraian.
  • Lagu 'Hanya Di Mercu' membawa Ayu ke pentas Anugerah Juara Lagu ke 23 pada 2009.
  • Pernah menghilangkan diri daripada dunia seni kerana bekerja sebagai penyanyi 'lounge' di hotel ibu negara.
  • Akui pernah mengalami 'kejutan budaya' selepas memenangi OIAM hingga memberi impak buruk terhadap kerjaya seninya.
  • Menyimpan impian untuk mempunyai rumah sendiri sebelum umur 40 tahun.
  • Menukar nama daripada Ayu OIAM kepada Ayu Damit bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab.

   

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ashira Aziz, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Noraniza Idris, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Linda Nanuwil, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Haslinda, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Vokalis Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Oja, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Rozita Izlyn, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Indigo, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

   

Foto

ayu damit

suami ayu damit

anak ayu damit

umur ayu damit

ayu damit gegar vaganza

ayu damit one in a million

ayu one in a million

gegar vaganza 2020 538

peserta gegar vaganza 2020 120

Kredit foto: Instagram Ayu Damit

   

Video

Kredit video: AYU DAMIT - Hanya Di Mercu (Official Music Video)

    

Sumber:

1. “Saya Mengaku Pernah Lupa Diri, Kejutan Budaya…” – Ayu Damit Sebak Kenang Kisah Lalu

2. "Kerap Muncul Di Kaca TV Tak Semestinya Banyak Tawaran" - Ayu Damit

3. Demi sesuap nasi, Ayu Damit sanggup tidur tiga jam sehari

4. Ayu Damit, Ayu OIAM orang sama...

5. Ayu Damit ambil sikap realistik

6. Ayu Damit Tidak Merajuk, Cari Rezeki Di Hotel

7. Baru berusia lima tahun, Ayu Damit bangga anak bongsu buat permintaan nak sunat - “Dia cakap sendiri dengan doktor”

8. Profil Ayu Damit

9. Wikipedia Ayu Damit

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)