Kredit foto: Instagram Noraniza Idris

    

Siapa Noraniza Idris? Nor Aniza Haji Idris atau nama popularnya, Noraniza Idris merupakan antara penyanyi yang memberi saingan dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Pertandingan nyanyian edisi 2020 itu turut menampilkan penyanyi Mus (May), Cliff Umar, Ashira Aziz, Ayu Damit, Yantzen, Nomad, Linda Nanuwil, Oja, Aju (vokalis Success), Rozita Izlyn, Haslinda, kumpulan Eva dan kumpulan Indigo.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nor Aniza binti Haji Idris.
  • Menggunakan nama pentas, Noraniza Idris.
  • Berumur 52 tahun (2020).
  • Lahir pada 27 Ogos 1968.
  • Berasal dari Kampung Melayu, Kluang, Johor.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1985.
  • Bergiat sebagai seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan usahawan.
  • Memperjuangkan genre muzik Irama Malaysia dan Pop.
  • Antara lagu popularnya seperti Dikir Puteri, Hatinya Tak Tahan, Awallah Dondang, Dondang Dendang, Hati Kama (duet bersama Siti Nurhaliza), Ngajat Tampi dan Hala Timur.
  • Keseluruhannya beliau telah merakamkan 13 buah album solo, 12 album kompilasi dan 4 album duet.
  • Album-album studio berkenaan adalah Kaparinyo pada 1986, Nostalgia Malindo (1987), Mengemis Rindu (1987), Inginku Sandarkan Harapan (1988), Masihkah Dirimu Menyayangiku (1990), Noraniza Idris (1992), Ala Dondang (1997), Masyhur (1998), Bekaba (1999), Iktiraf (2000), Aura (2002), Sawo' Matang (2004) dan Cintaku Satu (2010).
  • Pembabitannya dalam dunia lakonan menerusi filem Sayang Ibu pada 1988.
  • Pernah berkahwin dengan penyanyi Mohd Fauzi Mohd Tajuddin yang lebih dikenali sebagai Fareez dan hasil perkongsian hidup mereka dianugerahkan dua orang anak lelaki iaitu Aliff Haiqal dan Alfeeq Haiqal. Perkahwinan mereka bagaimanapun hanya bertahan sehingga April 2006.
  • Pernikahan keduanya pada 2008 dalam sebuah majlis tertutup bersama seorang yang dikatakan usahawan, cuma bertahan selama 45 hari sebelum sekali lagi bercerai.
  • Kali ketiga Noraniza berkahwin pada 29 September 2011 dengan seorang bilal dari Singapura bernama Jeffri Iman yang merupakan seorang duda anak empat.
  • Akaun Instagramnya atas nama @noraniza_idris sehingga kini mengumpul lebih 78,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Mesra disapa Kak Ani.
  • Digelar 'Ratu Irama Malaysia'.
  • Pemenang kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu sebanyak lima kali!
  • Bakatnya terserlah selepas penyertaan dalam pertandingan Bintang RTM 1985.
  • Anak bongsunya, Mohd Alfeeq Haiqal Mohammad Fauzi atau Fee Haiqal juga merupakan penyanyi.
  • Mula bertudung sejak tahun 2008.
  • Tidak pernah memasuki kelas vokal, namun demi penyertaan dalam Gegar Vaganza beliau sudahnya bersua muka dengan guru vokal.
  • Keputusan menyertai Gegar Vaganza dibuat pada saat-saat akhir selepas beberapa musim menolak.

   

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ayu Damit, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ashira Aziz, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Linda Nanuwil, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Oja, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Vokalis Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Rozita Izlyn, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Haslinda, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Indigo, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

   

Foto

noraniza idris muda

noraniza idris dulu

noraniza idris cerai

noraniza idris gegar vaganza

noraniza idris

umur noraniza idris

suami noraniza idris

lagu noraniza idris

peserta gegar vaganza 2020 995

gegar vaganza 2020 90

Kredit foto: Instagram Noraniza Idris

   

Video

Kredit video: Noraniza Idris - Dikir Puteri (Official Music Video - HD)

   

Sumber:

1. Noraniza: Tak ada masa nak layan suami orang, saya tak nak jadi seperti dulu!

2. Noraniza Idris Sokong Minat Anak Dalam Bidang Seni

3. “Menyanyi Bukan Kerana Noraniza Idris”

4. 33 Tahun Menyanyi Noraniza Idris Tak Pernah Masuk Kelas Vokal, Tapi Untuk GV7…

5. Anggap bukan pertandingan

6. Profil Noraniza Idris

7. Wikipedia Noraniza Idris

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)