Kredit foto: Instagram Haslinda

   

Siapa Haslinda? Nor Haslinda Aripah atau nama popularnya, Haslinda merupakan antara penyanyi yang bakal memberikan saingan dalam musim ketujuh program realiti, Gegar Vaganza (GV7).

Edisi 2020 itu dibarisi peserta dalam kalangan penyanyi-penyanyi berpengalaman. Selain Haslinda ialah Mus (May), Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Ashira Aziz, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Linda Nanuwil (Akademi Fantasia 2 - AF2), Oja, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nor Haslinda Aripah.
  • Menggunakan nama pentas, Haslinda.
  • Berumur 42 tahun.
  • Kelahiran Klang, Selangor pada 18 Mac 1978.
  • Pernah dikenali menerusi lagu hit, Sehati dan Sejiwa pada tahun 1998 yang menjadi tahun kemuncak popularitinya.
  • Lain-lain lagu dipopularkannya seperti Sebening Cinta, Telus Asmara, Mungkinkah Kitakan Bersama dan Hakikatnya Ku Terluka.
  • Merakamkan tiga buah album termasuk kompilasi iaitu Sebening Cinta pada 1997, Haslinda (1998), Telus Asmara (1999) serta album kompilasi Haslinda Cinderella (2003).
  • Mendirikan rumah tangga dengan Syarinoor Sahimi, seorang kakitangan Bank Negara Malaysia.
  • Selepas berkahwin, beliau menetap di Terengganu pada 2007 bagi mengikuti suaminya yang bertugas di sana.
  • Perkahwinan mereka dilengkapi dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Eidorra Kasih, Eidorra Sofia dan Scyazriee Di Maria.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @haslinda_sehatisejiwa_official sehingga kini mencatatkan lebih 3,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Berfizikal kecil molek.
  • Mempunyai aset vokal yang lantang.
  • Lagu Sehati Dan Sejiwa nyanyiannya pernah menjadi siulan di kalangan pendengar selepas dijadikan runut bunyi (OST) drama fenomena, Cinderella yang dibintangi Ahmad Idham dan Haliza Misbun.
  • Meninggalkan bidang seni suara ketika namanya sedang di kemuncak.
  • Ketika itu, beliau bercadang ingin berehat seketika kerana ingin memberi fokus pada tanggungjawabnya untuk membesarkan anak-anak.
  • Beliau kini menyara kehidupan sebagai seorang jurusolek dan juruandam pengantin.
  • Niat untuk kembali memeriahkan dunia seni turut mendapat restu daripada suaminya.
  • Kini menetap di Sabah.

   

Baca: Biodata Mus (May), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Yantzen, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Noraniza Idris, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ayu Damit, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Rozita Izlyn, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Linda Nanuwil, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Ashira Aziz, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Oja, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Aju (Success), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Cliff Umar (Projek Pistol), Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Nomad, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Indigo, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

Baca: Biodata Kumpulan Eva, Peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) 2020

   

Foto

haslinda

anak haslinda

keluarga haslinda

haslinda sehati sejiwa

wikipedia haslinda

haslinda cinderella

haslinda gegar vaganza

peserta gegar vaganza 2020 279

gegar vaganza 2020 62

Kredit foto: Instagram Haslinda

    

Video

Kredit video: Haslinda - Sehati Dan Sejiwa (With Lyrics)

    

Sumber:

1. 'Saya rindu menyanyi'

2. Haslinda tak kesal tinggal nyanyian

3. Profil Haslinda

4. Wikipedia Haslinda

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)