Oleh pada 20 Jun 2018 kategori

elon mask spacex vision and mission

Dalam dunia teknologi, Elon Musk merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja tersenarai antara orang terkaya di dunia, beliau sememangnya seorang usahawan yang mempunyai visi dan misi luas terutamanya berkaitan dengan teknologi masa depan.

Dalam dunia teknologi beliau terkenal sebagai pemilik Tesla, iaitu syarikat yang mempelopori penghasilan kereta elektrik. Beliau turut mengasaskan Neuralink, syarikat yang membangunkan teknologi untuk menghubungkan otak manusia dengan komputer.

elon musk space

Selain Tesla dan Neuralink, Elon Musk juga mempunyai visi dan misi dalam dunia eksplorasi angkasa lepas melalui syarikat SpaceX. Antara objektif utamanya adalah membangunkan teknologi untuk eksplorasi angkasa pada kos yang jauh lebih rendah dan melakukan penjelajahan plaet Marikh. Pada awalnya, ramai pihak menganggap ideanya tidak masuk akan memandangkan dunia eksplorasi angkasa lepas ini begitu sinonim dengan NASA dan memerlukan kos yang sangat besar.

Sebagai contoh, kos untuk membangunkan teknologi roket tercanggih NASA yang dikenali sebagai Space Launch System (SLS) telah menelan kos $500 juta. Walau bagaimanapun, SpaceX telah berjaya membangunkan roket Falcon Heavy yang mempunyai kemampuan yang setanding dengan SLS pada harga hanya $90 juta, kurang satu perlima daripada kos yang dibelanjakan NASA.

Peringkat awal SpaceX

Diasaskan pada tahun 2002, ramai pihak berpendapat penubuhan SpaceX pada ketika itu adalah perjudian besar dan berisiko tinggi memandangkan industri ini sudah lama dimonopoli oleh syarikat Boeing dan Lockheed. Untuk meneruskan cita-citanya ini juga, Elon Musk nekad untuk berhenti daripada pengajian PhD di Stanford University hanya dua hari selepas pendaftaran.

Kegagalan awal pada tahun 2006 dan 2007 ketika pelancaran untuk versi beta roket Falcon X hampir menyebabkan syarikat ini terus lingkup. Untuk SpaceX sahaja, Elon Musk sudah mengeluarkan kira-kira $100 juta pelaburan daripada poket sendiri. Kegagalan demi kegagalan menyaksikan syarikat ini hampir menghentikan operasinya pada tahun 2008.

spacex eplorasi angkasa lepas

Segalanya berubah apabila Peter Thiel, salah seorang pengasas bersama Paypal bersetuju untuk menjadi pelabur luar pertama buat SpaceX. Semenjak itu, SpaceX tidak menghadapi banyak masalah kewangan dan berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan.

Selain itu, antara cabaran terawal SpaceX adalah untuk mendapatkan kebenaran melakukan pelancaran ke angkasa lepas daripada pihak United States Air Force. Permohonan SpaceX mendapat tentangan daripada  United Launch Alliance, iaitu sebuah pakatan antara syarikat Boeing dan Lockheed Martin yang sudah lama memonopoli industri ini.

Beberapa kejayaan SpaceX

pelancaran falcon heavy

Walaupun menghadapi pelbagai masalah pada peringkat awal, SpaceX kini boleh dikatakan syarikat yang sudah stabil. Mereka berjaya mendapat beberapa kontrak daripada pihak kerajaan, tentera dan syarikat swasta untuk pelancaran satelit ke angkasa lepas. Untuk rekod, mereka sudah melancarkan kira-kira 50 misi roket Falcon 9 (ada antaranya digunakan semula). Pada tahun 2018, syarikat ini dianggarkan bernilai lebih $20 bilion.

Sejak 2009, NASA telah memberikan kontrak kepada SpaceX bernilai $1.6 bilion untuk menghantar bekalan makanan, perubatan dan peralatan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS - International Space Station). Ini merupakan satu sejarah besar kerana buat pertama kalinya NASA memberi kepercayaan kepada syarikat swasta untuk menghantar bekalan ke ISS.

Salah satu kejayaan terbesar SpaceX adalah pelancaran roket Falcon Heavy pada bulan Februari 2018. Falcon Heavy dikatakan mempunyai kemampuan setanding roket SLS milik NASA pada harga yang jauh lebih murah. Turut dilancarkan bersama-sama dengan roket ini adalah kereta Tesla.

Perancangan masa depan SpaceX

ekplorasi planet marikh

Elon Musk merupakan seorang yang bercita-cita besar dan ini dapat dilihat pada visi yang ingin dicapai melalui SpaceX. Pada 2016, beliau telah membuat sebuah pengumuman yang mungkin tidak dipernah diimpikan orang ramai iaitu pelancaran eksplorasi ke planet Marikh menjelang tahun 2022.

Misi pertama pelancaran roket tanpa pemandu ini akan memberi fokus kepada kajian untuk mencari sumber air dan mengenal pasti potensi ancaman kepada manusia yang hidup disana. Selain itu, misi pertama ini turut akan membawa bersama bekalan kuasa dan infrastruktur sokongan hayat. Sekiranya semuanya berjalan lancar, misi kedua bakal dilancarkan pada tahun 2024.

Bagi misi ini, Elon Musk juga mengumumkan penciptaan roket baru yang dikenali sebagai BFR. BFR ini kelak bakal menggantikan roket Falcon 9 dan Falcon Heavy. Malah, ianya dijangkan dapat menjimatkan kos kerana boleh digunakan semula dalam tempoh yang lebih lama. Saiznya juga dikatakan dapat memuatkan 100 penumpang dan mampu membawa bekalan yang mencukupi untuk eksplorasi ke Marikh.

Kredit:

  1. WikiPedia
  2. Space.com
  3. National Geographic
  4. BBC

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)