Oleh pada 08 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Getty Images

SpaceX diramal menjalankan ujian pelancaran sulung roket Falcon Heavy kelmarin, yang akan bergelar roket paling berkuasa di dunia sekaligus boleh tiba ke bulan atau planet Marikh pada masa akan datang.

Menurut perancangan, pelancaran tersebut dibuat pada pukul 1.30 petang (waktu tempatan) di Cape Canaveral, Florida.

Projek tersebut dilaporkan merupakan hasrat paling tinggi SpaceX. Sejumlah besar pakar industri memberitahu, roket berkenaan boleh menukar hala tuju industri dan berkeupayaan menempatkan syarikat California terbabit di depan perlumbaan angkasa moden.

"Agensi Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA) mungkin akan menggunakan roket ini untuk mempercepatkan rancangannya pergi ke bulan atau Marikh," ujar Erik Seedhouse selaku profesor madya sains gunaan di Universiti Aeronautikal Embry-Riddle.

Wakil Planetary Society, Jason Davis memberitahu pelancaran kelmarin merupakan sesuatu yang besar biarpun untuk syarikat penerbangan angkasa yang selalu melakukan perjanjian besar serta menggambarkan Falcon Heavy seakan-akan 'mitos'.

Tiada sesiapa dalam penerbangan cuma patung mengenakan pakaian angkasa futuristik di tempat duduk kereta Tesla merah kepunyaan Ketua Eksekutif Elon Musk sendiri.

"Orang angkasa dalam kereta sukan merah," ujar Musk melalui Instagram beliau Isnin lepas sambil memperlihatkan kandungan roket tersebut di ruang tempat memandu ke arah langit.

Sumber berita: AFP & BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)