Oleh pada 18 Jul 2018 kategori

Dalam bidang eksplorasi angkasa lepas, antara topik hangat yang sering diperkatakan adalah mengenai misi penjelajahan ke planet Marikh. Antara organisasi yang berlumba-lumba merealisasikan misi besar ini termasuklah NASA, SpaceX dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, misi ke planet Marikh ini bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya telah dimulakan puluhan tahun dahulu. Pada tahun 1965, Mariner 4, iaitu kapal angkasa tanpa pemandu NASA berjaya berada hampir dengan planet Marikh dan menghantar gambar planet Marikh secara dekat yang pertama di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gadis yang bakal dihantar ke marikh

Kemudian, pada tahun 1971, Mars 3, iaitu kapal angkasa milik Soviet Union berjaya berada di orbit planet Marikh dan berjaya mengumpul data-data penting seperti topografi, atmosfera, cuaca dan geologi planet Marikh. Malangnya, hanya data selama 20 saat berjaya dihantar ke bumi sebelum ianya terputus hubungan.

Kajian demi kajian mengenai planet Marikh yang dilakukan oleh pelbagai organisasi ini menjadikan misi menjejakkan kaki dan menghantar manusia ke planet Marikh semakin menarik. Adakah ianya bakal menjadi realiti dalam beberapa tahun akan datang?

Siapa itu Alyssa Carson?

manusia pertama ke planet marikh

Bukan sahaja pembangunan teknologi canggih diperlukan bagi merealisasikan cita-cita besar ini. Malah, NASA juga telah mempunyai calon yang sesuai sebagai manusia pertama yang bakal dihantar ke planet Marikh. Manusia istimewa yang menjadi calon manusia pertama bakal ke planet Marikh ini bernama Alyssa Carson, seorang remaja perempuan yang baru berusia 17 tahun.

Menggunakan nama panggila Blueberry di NASA, Alyssa Carson sememangnya mempunyai cita-cita besar menjejakkan kaki ke planet Marikh semenjak daripada kecil lagi. Keinginan tersebut timbul selepas beliau menonton siaran The Backyardigans di kaca televisyen ketika berumur 3 tahun lagi.

Sebab pemilihan

alyssa carson

Terdapat banyak sebab utama mengapa beliau dipilih sebagai calon utama untuk dihantar ke planet Marikh. Alyssa Carson merupakan seorang yang genius dan pelajar termuda yang berjaya menamatkan pengajian di Advanced Space Academy.

Pada tahun 2008, bapanya Bert Carson telah mendaftarkan beliau untuk mengikuti program United States Space Camp. 5 tahun kemudian, beliau telah menamatkan program tersebut, menjadikan beliau manusia pertama di dunia yang berjaya menamatkan kesemua 3 program khas NASA yang dikenali sebagai NASA Space Camps di Amerika Syarikat, Kanada dan Turki.

gadis marikh

Selain itu, beliau merupakan satu-satunya manusia berjaya menamatkan program NASA Passport Program, iaitu lawatan ke kesemua 14 pusat penyelidikan NASA di seluruh Amerika Syarikat. Pada Januari 2013, beliau telah dijemput sebagai panel dalam satu program televisyen NASA yang diadakan di Washington D.C. bagi membincangkan tentang rancangan misi menjejakkan kaki ke planet Marikh.

Tidak lama kemudian, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada 7 orang duta Mars One, iaitu misi untuk membina penempatan manusia di planet Marikh menjelang 2033. Pada Oktober 2016, beliau berjaya menamatkan pengajian di Advanced Possum Academy seterusnya menjadikan beliau sebagai manusia termuda di dunia mempunyai kelayakan untuk pergi ke angkasa lepas.

Pengorbanan untuk menjadi manusia pertama ke planet Marikh

nasa blueberry

Kini, beliau sedang mengikuti pelbagai latihan intensif bersama NASA untuk menjadi sebahagian daripada misi manusia pertama menjejakkan kaki ke planet Marikh pada tahun 2033. Walau bagaimanapun, kesibukannya ini tidak menghalangnya untuk melanjutkan pengajian seperti remaja seusianya.

Remaja yang berasal dari Louisiana ini juga turut mengambil pelbagai matapelajaran dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, French dan Spanish. Selain itu, beliau turut sibuk memberikan ceramah terutamanya kepada golongan muda dalam usaha memberi mereka galakan untuk mengejar cita-cita.

alyssa carson

Dikenali dengan nama panggilan Blueberry, beliau telah menubuhkan organisasi yang diberi nama Blueberry Foundation untuk memupuk golongan muda untuk mengejar cita-cita mereka secara serius.

Sebagai manusia yang bakal dihantar ke Marikh,  Alyssa Carson sedar beberapa pengorbanan besar yang terpaksa dilakukannya. Antara pengorbanan besar yang terpaksa dibuat adalah beliau tidak boleh berkahwin dan memiliki keluarga bagi membolehkan cita-citanya sebagai manusia pertama menjejakkan kaki ke planet Marikh tercapai.

Update 2022 : Kisah mengenai Alyssa Carson akan dihantar ke Marikh dikatakan tidak benar oleh reuters. Namun beliau memang benar-benar dilatih NASA untuk explorasi angkasa, tetapi bukan untuk dihantar ke Marikh.

Kredit:

  1. National Geographic
  2. WikiPedia
  3. Mirror
  4. NASA Blueberry



Hakcipta iluminasi.com (2017)