Ramai orang yang gemar membandingkan universiti tempatan dengan universiti luar negara seolah-olah IPTA di Malaysia tidak setanding dan sehebat mereka.
Namun, kita telah membuktikan bahawa ia adalah salah. Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mencipta sejarah dengan menjadi universiti awam pertama yang melancarkan satelit nano sulungnya ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
BESARKAN TEKS A- A+
Satelit yang diberi nama UiTMSAT-1 itu telah dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menaiki kapal angkasa Space X Falcon 9 yang dilancarkan dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida pada 29 Jun 2018.
Selepas 2 bulan di ISS, UiTMSAT-1 kemudiannya telah dihantar ke orbit kira-kira 400,000 kilometer dari Bumi pada 10 Ogos 2018, jam 5.45 petang waktu tempatan.
Satelit nano yang berbentuk kiub dan bersaiz 10 sentimeter tersebut adalah hasil buah fikir dua pelajar UiTM iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami.
Kedua-dua pelajar hebat ini sedang belajar di Jepun, berikutan usaha kerjasama dengan Institut Teknologi Kyushu (KyuTech) di bawa program "Joint Global Multi-Nation".
Satelit nano ini mempunyai 6 misi termasuklah mengambil gambar, menguji korelasi lokasi satelit dan cip Sistem Kedudukan Global serta mengukur medan magnet di luar angkasa untuk mendapatkan data pemetaan geomagnetik di Asia Tenggara.
Ia juga akan digunakan untuk komunikasi radio.
Siaran langsung pelancaran ini disaksikan oleh pengarah Pendidikan TInggi, Siti Hamisah Tapsir di Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (Jaxa).
Siti Hamisah memberitahu wartawan bahawa pelancaran satelit ini merupakan titik perubahan dalam memperkasakan penyelidikan berkaitan dengan angkasa lepas di Malaysia.
"Projek satelit oleh UiTM adalah sesuatu yang harus kita banggakan dan universiti-universiti tempatan lain digalakkan mengikuti jejak langkah UiTM untuk meningkatkan lagi bidang pengajian ruang angkasa. Projek seperti ini tidak boleh semata-mata bergantung kepada kerajaan, tetapi juga memerlukan bantuan dan sokongan dari industri pendidikan sendiri," kata Siti Hamisah.
Turut dilancarkan bersama-sama satelit dari UiTM adalah satelit nano dari Bhutan dan Filipina.
Rujukan: