Oleh pada 05 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

Pelawak Shuib menegaskan kumpulan Sepahtu masih lagi bersama meskipun dia muncul dalam projek solo menerusi rancangan Konti Karat.

Jelas Shuib, ini bukanlah kali pertama ahli kumpulan tersebut bergerak secara individu, justeru isu itu tidak sewajarnya diperbesarkan.

Sebenarnya anggota lain tidak ada masalah jika salah seorang daripada kami mempunyai projek. Contohnya, sebelum ini Rahim menyertai Maharaja Lawak Mega bersama Joras sementara saya dan Jep tidak. Walaupun begitu, saya dan Jep tetap menyokong dan menjadi tulang belakang Rahim. Sama juga dengan Konti Karat. Sahabat-sahabat saya sentiasa memberikan galakan.
Sumber: Astro Gempak

Pada masa yang sama, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu tidak dapat menyangkal pada awal rancangan dia berasa janggal kerana ketiadaan dua anggota Sepahtu yang lain.

shuib seorang diri di konti karat sepahtu sudah berpecah 2

Kredit foto: mynewshub.cc

Mula-mula memang kekok tetapi saya harap peminat dan penonton Konti Karat dapat memberi peluang kepada saya. Selama ini bersama Jep dan Rahim, saya bertindak sebagai feeder dan mereka akan ‘menyambut’ apa yang saya ‘beri’. Kali ini kedua-dua peranan itu saya jalankan seorang diri. Tetapi bagi saya, inilah cabaran yang perlu saya hadapi jika mahu mengembangkan karier saya dalam bidang ini pula.
Sumber: Astro Gempak

Shuib juga memberitahu peluang yang diterimanya itu tidak sesekali diambil ringan, sebaliknya akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Konti Karat antara lain turut membariskan beberapa selebriti undangan setiap minggu antaranya Siti Nordiana, Hazama, Siti Sarah, Mawi, Zarul, Ayai Ilusi dan ramai lagi.

Bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Maya HD.




Hakcipta iluminasi.com (2017)