hh

Oleh pada 12 Sep 2024 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

      

Pertandingan komedi yang dinanti-nantikan, Muzikal Lawak Superstar (MLS) kembali menggegarkan pentas dengan musim keempatnya. Menggabungkan barisan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh, mereka semua akan beradu bakat dalam satu pentas komedi muzikal yang pastinya akan mencuit hati penonton.

       

muzikal lawak superstar 4

Kredit foto: Instagram Danial Zaini , Instagram Man Raja Lawak , Instagram Acap S , Instagram Syed Ali , Instagram Namie

        

Pada edisi 2024 ini, pentas Muzikal Lawak Superstar bakal menyaksikan persaingan sengit dalam merebut gelaran juara, di mana 10 kumpulan hebat tampil berentap. Masing-masing dianggotai oleh nama-nama besar yang tak asing lagi, seperti Namie, Fad Bocey, Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin, Danial Zaini, Mamak Puteh, Puteri Sarah Liyana, Shashic, Acap S dan ramai lagi.

Pertembungan hebat ini akan menampilkan elemen 'Magika' sebagai tema utama persembahan setiap kumpulan, yang mana mereka perlu membawa penonton menikmati hikayat masa silam dan cerita dongeng menerusi lakonan spontan.

        

muzikal lawak superstar 3 22855

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

       

Prestasi setiap kumpulan akan dinilai sebahagiannya oleh barisan juri profesional yang cukup berpengalaman. Menariknya, buat kali pertama dalam sejarah program ini, dua figura ikonik komedi tanah air digandingkan sebagai juri tetap — Saiful Apek, legenda jenaka yang tidak asing lagi dan Harith Iskander, pelawak yang disegani ramai. Turut memeriahkan meja juri adalah Anna Jobling, pelakon wanita yang kini hangat mencuri tumpuan, sekaligus menambah elemen segar dalam penjurian.

Sebagai pengacara utama yang sudah sinonim dengan pentas hiburan, Dato’ AC Mizal akan kembali menyapa penonton dengan gaya penyampaiannya yang penuh karisma dan humor.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras. Rancangan ini bakal menghiasi kaca TV di Astro Warna (saluran 107) bermula 22 September 2024, setiap hari Ahad pada jam 9 malam.

Untuk penonton yang lebih gemar menonton secara digital, program ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go dan Sooka, memberikan pilihan tontonan yang lebih fleksibel di mana sahaja anda berada.

Di majlis Sidang Media Muzikal Lawak Superstar 4 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu, senarai kumpulan dan barisan anggotanya yang bakal memeriahkan pentas komedi musim ini telah diumumkan.

       

Senarai Penuh Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim Baru)

Kumpulan Padie

muzikal lawak superstar 2024

Kredit foto: Instagram Are Toy

        

Ahli: Namie, Fad Bocey, Aretoy

       

Kumpulan Putehh

Ahli: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin

       

Kumpulan Sarkas

Ahli: Danial Zaini, Shashic, Acap S

       

Kumpulan Gebu

muzikal lawak superstar 2024 minggu

Kredit foto: Instagram Ilham Abata

        

Ahli: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana

       

Kumpulan Deroyan

Ahli: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi (Floor 88)

        

Kumpulan Zuara

muzikal lawak superstar 2024 peserta

Kredit foto: Instagram Zulin Aziz

       

Ahli: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz

       

Kumpulan Soda

Ahli: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai

      

Kumpulan Kilo

muzikal lawak superstar 4 peserta

Kredit foto: Instagram Harris Annuar

       

Ahli: Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar

      

Kumpulan Gahai

Ahli: Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana

       

Kumpulan Bravo

Ahli: Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally

        

Baca: Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4)

Baca: Biodata Penuh Acap S, Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4), Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral!

Baca: 10 Filem Komedi 'Lawak' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3) Astro Warna

Baca: Keputusan Markah Mingguan Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Info Penuh Dan Senarai Peserta Mega Spontan 2023 (Astro Warna)

       

Kredit video: LIVE Muzikal Lawak Superstar 3 Live + | Minggu 1

      

Tajuk program? Muzikal Lawak Superstar 4

Berapa minggu? (Akan dikemaskini)

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Warna dan platform online, Astro Go serta Sooka

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)