Kredit foto: Instagram Ayai Illusi , Facebook Siti Hajar Ali

        

Biodata

Nama penuh: Zahruddin bin Kamaruddin

Nama komersial: Ayai Illusi, Ayai Ilusi

Umur: 61 tahun (2023)

Tarikh lahir: November 1962

Asal: Johor Bahru, Johor

Keluarga: Anak keenam daripada sepuluh orang adik beradik

Pekerjaan: Penyanyi, Penulis Lagu

Instagram (IG): @ayaiillusi_official

TikTok: @ayaiillusiofficial

         

Latar Belakang

1. Pada tahun 1977, Ayai memulakan perjalanan seninya sebagai penyanyi radio RTM sebelum menyambung kerjaya nyanyiannya di lounge.

2. Dia menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1986 lalu menganggotai kumpulan Illusi pada 1988. Kumpulan itu berpecah pada 1993, dan oleh kerana itu, dia memulakan karier solonya.

3. Kumpulan Illusi, yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu dirinya (vokal), Leman (gitar), Shah (keyboard) dan Yem (bass) ini mencipta reputasi mereka menerusi lagu-lagu popular seperti Segalanya Ku Terima, Puisi Cinta, Suara Cinta, Kekasih (Jangan Kau Pergi), Inang Bujang Dan Dara, Seribu Bahasa Sendu, Menggapai Pelangi, Cintaku Tak Melekat Satu dan Kembalilah.

4. Bersama Illusi, Ayai menghasilkan album yang berjudul Dalam Ilusi, Suara Cinta, Menggapai Pelangi dan Keunggulan (album kompilasi) dan kemudian melancarkan album solo bertajuk Ayai Illusi pada 1995.

5. Lagu-lagu hit yang mengiringi perjalanan karier muzik solonya termasuklah Lamunan, Ku Pulang Setiap Raya, Manusia Sempurna (duet bersama Awi Rafael), Duniaku Dakwahku (feat Altimet), Yakin Aku (duet bersama Firman), Terikat, Imbasan dan beberapa lagi.

6. Ayai kembali membawa nama ke arena industri muzik negara selepas dia menjuarai musim pertama program realiti, Gegar Vaganza (GV) pada 2014, menewaskan saingan terdiri daripada Mamat (Exists), Rahmad (Mega), Shima, Nadia, Hasnol, Fazli Zainal, Sharifah Zarina, Haleeda, Ifa Raziah, Sam (Innuendo) dan Adilla Idris.

7. Mengenai kehidupan peribadi, dia berkahwin dengan isterinya, Siti Hajar Ali dan mereka dianugerahkan tiga orang anak, iaitu Aimie Nadia, Aimie Nurin Asyiqin dan Azmeer Arshad. Dua anak perempuannya kini telah membina keluarga sendiri, sementara anak lelaki bongsu masih meneruskan pengajian di sebuah pusat pendidikan. Dia juga mempunyai seorang abang dan seorang adik yang turut merupakan penyanyi, iaitu Abdul Rahman Kamaruddin dan Mohd Halim Kamaruddin.

8. Sejak 2021, dia menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan komplikasi penyakit usus dan buah pinggang, namun semakin pulih dengan menjaga pemakanan dan mematuhi pengambilan ubat-ubatan.

9. Perkembangan terkini, dia menyahut cabaran untuk kembali beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV) dalam edisi All Stars 2023, bersama dengan rakan-rakan seperjuangan, termasuk juara dari sembilan musim sebelumnya iaitu Datuk Aishah, Jaclyn Victor, Naqiu, Siti Nordiana, Aliff Aziz, Azharina Azhar, Cliff Umar, Noryn Aziz dan Hady Mirza.

        

Fakta Menarik

1. Dia mewarisi bakat seni yang dimiliki oleh Allahyarham ibu bapanya.

2. Nyanyian lagu-lagu bertemakan cinta, seperti "Segalanya Ku Terima" dan "Puisi Cinta," telah memperkenalkannya dalam industri seni dan kekal malar segar sehingga sekarang.

        

Pencapaian

1. Juara Gegar Vaganza (Musim 1) 2014.

2. Tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) 1989 menerusi lagu Segalanya Ku Terima.

3. Bersaing di Anugerah Juara Lagu 1993 menerusi lagu Inang Bujang Dan Dara dalam kategori Irama Malaysia.

4. Menang kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) menerusi lagu Manusia Sempurna bersama Awi Rafael di Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura pada 2016.

5. Peserta program realiti, Duo Star pada 2016 berpasangan dengan Firman, juara Akademi Fantasia 2014.

       

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Info Penuh Program Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat, Cara Undian Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10) Di Gempak

        

Konsert All Stars Gegar Vaganza 2023 bakal menemui penonton secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) bermula 24 September 2023.

        

Foto

ayai ilusi wikipedia

ayai

ayai illusi

ayai ilusi

gegar vaganza 67905

illusi

kumpulan ilusi

gegar vaganza all star 82760

peserta gegar vaganza 2023 46983

gegar vaganza 10 98438

gegar vaganza 2023 86371

Kredit foto: Instagram Ayai Illusi , Facebook Siti Hajar Ali

       

Video

Kredit video: Ilusi - Segalanya Kuterima (Live In Juara Lagu 89)

         

Senarai Pemenang Juara Gegar Vaganza

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

        

Sumber:

1. Ayai sudah dua tahun 'derita'

2. Amal petua ibu bapa

3. Spotify [1,2]

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)