Oleh pada 23 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Konsert kelima Gegar Vaganza 10 (GV10) menyaksikan penyanyi Liza Hanim mendominasi persaingan dengan pungutan markah tertinggi, iaitu sebanyak 70.50%.

Kemenangan mingguan itu diberikan kepadanya selepas membawakan lagu "Kembali Terang" rakaman asal oleh Marsha Milan Londoh.

Namun pada masa yang sama, penyanyi Ayai tersingkir kerana prestasi yang kurang memuaskan, berdasarkan penilaian semua tiga juri tetap; Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Ayai kelihatan tidak mampu menarik perhatian juri dengan hanya meraih markah 53%, menjadikannya terletak di tangga terendah.

Dalam persembahan, Ayai mendendangkan lagu "Pusara Di Lebuhraya" yang dirakamkan asal oleh kumpulan Ekamatra.

         

gegar vaganza 12875

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Minggu diberi tema "Misteri" ini bersama penyertaan 13 peserta yang masih bertahan iaitu Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Ezad Lazim (Exists), Liza Hanim, Jaclyn Victor, Naqiu (Boboy), Zamani (Slam), Hady Mirza (Singapura), Noryn Aziz, Aliff Aziz (Singapura), Ayai Illusi, Azharina Azhar dan Nikki Palikat.

Markah peserta mengikut urutan mereka adalah seperti berikut, merujuk kepada kualiti persembahan nyanyian mengikut pandangan juri :-

        

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 (2023) Minggu Kelima

1. Liza Hanim (Kembali Terang) - 70.50%

2. Naqiu (Hakikat Sebuah Cinta) - 69.75%

3. Jaclyn Victor (Perpisahan) - 69.00%

4. Nikki Palikat (Depresi) - 67.75%

5. Aliff Aziz (Penghujung Rindu) - 66.75%

6. Siti Nordiana (Ngajat Tampi) - 66.25%

7. Tomok (Biarlah Rahsia) - 65.50%

8. Ezad Lazim (Pada Syurga Di Wajahmu) - 64.00%

9. Hady Mirza (Biru Mata Hitamku) - 62.75%

10. Azharina Azhar (Ku Intai Cinta Dalam Rahsia) - 62.50%

11. Noryn Aziz (Asmara) - 60.75%

12. Zamani (Mahakarya Cinta) - 53.75%

13. Ayai (Pusara Di Lebuhraya) - 53.00%

        

Tersingkir - Ayai

       

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Liza Hanim

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Naqiu

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Naqiu

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

         

Suasana rancangan dirancakkan dengan kehadiran dua pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang tampil dengan aksi menghiburkan.

Gegar Vaganza edisi 2023 atau 'All Stars Gegar Vaganza' yang juga dikenali sebagai 'Gegar Vaganza X' ini menghangatkan malam Ahad penonton bermula pada pukul 9 malam sejak 24 September 2023.

Acara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu disiarkan terus ke TV menerusi saluran Astro Ria (104) dan boleh diakses melalui aplikasi Astro Go, Sooka serta platform On Demand di Astro Box untuk kemudahan yang lebih fleksibel.

Bagi butiran mengenai format penjurian, hadiah dan maklumat mengenai rancangan GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

         

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 5

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)