Oleh pada 16 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Penyanyi Noryn Aziz telah mengungguli semua dalam konsert keempat Gegar Vaganza 10 (GV10) malam tadi dengan markah tertinggi 85.25%.

Noryn diraikan sebagai pemenang mingguan selepas membawakan lagu "I’m Every Woman" (nyanyian asal Chaka Khan) secara duet bersama Liza Aziz, artis jemputannya.

Di sisi lain, penyanyi Datuk Aishah diumumkan tersingkir oleh kerana prestasinya yang kurang memuaskan dalam persembahan lagu "Terlanjur Cinta" (rakaman asal Rossa dan Pasha Ungu) bersama penyanyi jemputan, Vince.

Aishah hanya mampu berpuas hati dengan markah sebanyak 43.75% hasil penilaian Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat yang bertindak sebagai juri tetap.

         

gegar vaganza 15182

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Dalam suasana bertemakan "Berdua Bersatu", penyanyi-penyanyi A-list Malaysia yang dipilih oleh peserta untuk berkongsi pentas adalah Datuk M.Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain, Mamat Exists, Misha Omar, Liza Aziz, Marsha Milan Londoh, Amir Masdi, Idayu AF, Vince, Stacy, Azmi Saat, Aisyah Aziz dan Wani Kayrie.

Bagi peserta yang terlibat dalam pertandingan ini pula, mereka adalah Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Zamani (Slam), Ezad Lazim (Exists), Naqiu (Boboy), Ayai Illusi, Hady Mirza (Singapura), Jaclyn Victor, Liza Hanim, Aliff Aziz (Singapura), Datuk Aishah, Noryn Aziz, Azharina Azhar dan Nikki Palikat.

Berikut adalah markah peserta mengikut urutan mereka, berasaskan penilaian juri terhadap kualiti persembahan nyanyian.

       

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 (2023) Minggu Keempat

1. Noryn Aziz & Liza Aziz (I’m Every Woman) - 85.25%

2. Liza Hanim & Ziana Zain (Madah Berhelah) - 85.00%

3. Ayai & M.Nasir (Raikan Cinta) - 83.25%

4. Tomok & Stacy (Menggegar Dunia) - 74.00%

5. Nikki Palikat & Wani Kayrie (Tak Tercapai Akalmu) - 66.75%

6. Aliff Aziz & Aisyah Aziz (If I Ain't Got You) - 66.00%

7. Naqiu & Misha Omar (Aku Dan Dirimu) - 65.50%

8. Ezad Lazim & Mamat Exists (Untukmu Ibu) - 63.00%

9. Azharina & Azmi Saat (Pupus) - 62.50%

10. Jaclyn Victor & Idayu (Dialah Di Hati) - 62.25%

11. Zamani & Jamal Abdillah (Aku Penghibur) - 61.50%

12. Hady Mirza & Marsha (Tentang Rahsia) - 60.25%

13. Siti Nordiana & Amir Masdi (Ada Apa Dgn Cinta) - 49.75%

14. Datuk Aishah & Vince (Terlanjur Cinta) - 43.75%

         

Tersingkir - Datuk Aishah

         

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Noryn Aziz

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Tomok

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Siti Nordiana

        

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

         

Program turut dihiburkan dengan kehadiran dua pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menaikkan suasana acara.

'All Stars Gegar Vaganza' yang juga dikenal sebagai 'Gegar Vaganza X', memeriahkan malam Ahad penonton dengan siaran langsung pada pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) mulai 24 September 2023.

GV10 yang dijalankan dalam format konsert mingguan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga boleh disaksikan dalam talian melalui aplikasi Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand di Astro Box.

Untuk keterangan mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran terperinci mengenai program ini, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

        

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 4

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)