Oleh pada 09 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsert ketiga Gegar Vaganza 10 (GV10) menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor muncul sebagai juara dengan kutipan markah sebanyak 76.00%.

Jac mendominasi pentas untuk minggu ketiga dengan persembahan membawakan lagu "Bole Chudiyan" yang dinyanyikan asal oleh Sonu Nigam, Udit Narayan, Alka Yagnik, Amit Kumar dan Kavita Krishnamurthy.

Sementara itu, persembahan lagu Donde (rakaman asal oleh Andi Bernadee) dendangan Ayai Illusi tidak mencukupi untuk memenangi hati juri, dengan hanya meraih markah 51.75%, menjadikannya berada di tangga terbawah.

Bagaimanapun diumumkan bahawa tiada bintang yang tersingkir di penghujung konsert - seperti yang diputuskan oleh pihak produksi.

          

gegar vaganza 35711

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Sementara itu, dalam senarai peserta, sekumpulan penyanyi ulung yang turut menentang dua peserta ini ialah Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Ezad Lazim (Exists), Hady Mirza (Singapura), Liza Hanim, Zamani (Slam), Datuk Aishah, Tomok (New Boyz), Nikki Palikat, Noryn Aziz, Aliff Aziz (Singapura) dan Azharina Azhar.

Di sini adalah rekod markah daripada para juri bagi peserta-peserta ini, yang berdasarkan pada mutu persembahan mereka di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam tadi.

        

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 (2023) Minggu Ketiga

1. Jaclyn Victor (Bole Chudiyan) - 76.00%

2. Liza Hanim (Pantun Janda) - 74.75%

3. Naqiu (Santai) - 74.50%

4. Noryn Aziz (Kemelut Di Muara Kasih) - 66.00%

5. Aliff Aziz (Kasih) - 66.00%

6. Nikki Palikat (Canggung) - 65.75%

7. Hady Mirza (Lemak Manis) - 65.00%

8. Siti Nordiana (Temberang) - 62.75%

9. Tomok (Cinta Tak Keruan) - 61.00%

10. Ezad Lazim (Zapin Rindu-Rinduan) - 58.00%

11. Azharina Azhar (Sayang Di Sayang) - 58.00%

12. Aishah (Pematah Hati) - 57.25%

13. Zamani (Yang Sedang Sedang Saja) - 53.75%

14. Ayai (Donde) - 51.75%

      

Keputusan - Tiada Penyingkiran

       

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Jaclyn Victor

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Tomok

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Zamani

         

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Dalam musim baru ini, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat ditampilkan sekali lagi sebagai juri tetap.

Rancangan dihidupkan dengan penampilan tiga pengacara pentas utama, iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse yang memeriahkan suasana acara.

Edisi istimewa yang diberi nama 'All Stars Gegar Vaganza' yang juga dikenali sebagai 'Gegar Vaganza X' menyinari malam Ahad penonton pada pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104), bermula 24 September 2023.

Dalam konsep konsert mingguan, GV10 juga boleh diakses secara dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go dan Sooka, juga menerusi platform On Demand di Astro Box.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah yang disediakan dan butiran lengkap berkenaan rancangan GV10, rujuk kepada artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

        

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 3

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)