Oleh pada 21 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) mengambil tempat di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 Julai 2023 dengan tema 'Ekspresi Legasi Seni'. Tema ini menggariskan perkembangan industri kreatif sejak zaman kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma, sehingga kepada bakat-bakat generasi terkini di era digital.

Sebanyak 12 kategori utama yang dipertandingkan serta tujuh kategori tambahan yang dikenali sebagai Ekstra! Kategori-kategori Ekstra! ini memberikan penekanan kepada trend semasa, termasuk kandungan popular di platform digital.

Manakala, trofi utama, Bintang Paling Popular ABPBH 35, akan dianugerahkan kepada calon dengan jumlah undian tertinggi dalam mana-mana kategori.

Tidak ketinggalan, untuk mengabadikan kenangan indah buat dua karyawan istimewa, ABPBH 35 turut menyediakan penghargaan khusus berupa trofi khas sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan sumbangan besar mereka dalam industri hiburan tanah air.

Acara berprestij ini memulakan kehangatannya dengan segmen Karpet Merah yang dipersembahkan oleh duo penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan Riena Diana sebagai hos. Manakala di pentas utama, penonton dihiburkan dengan kehadiran pelakon Ain Edruce dan penyampai radio Hot FM, Johan sebagai pengacara majlis.

Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung di saluran TV3 pada 21 Julai 2023, pukul 9 malam, atau juga boleh diakses di platform online, Tonton.

Di bawah ini merupakan senarai penuh pemenang yang berjaya meraih trofi anugerah untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

          

abpbh 2023 452

Kredit foto: Instagram Tonton MY

         

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) 2023

12 KATEGORI UTAMA

       

BBNU Lelaki Popular - Amir Ahnaf

BBNU Wanita Popular - Anna Jobling

Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Dolla

Aktor Filem Popular - Beto Kusyairy

Aktres Filem Popular - Sophia Albarakbah

Aktor TV Popular - Meerqeen

Aktres TV Popular - Anna Jobling

Pengacara TV Popular - Elly Mazlein

Penyampai Radio Popular - Tyzo

Artis Komedi Popular - Bell Ngasri

       

Anugerah Eksplorasi Seni - Yuna Zarai

Anugerah Ekspresi Legasi Seni - Tan Sri Michelle Yeoh

Bintang Paling Popular ABPBH 35 (2023) - Bell Ngasri

       

7 KATEGORI EKSTRA

       

Couple TV Popular - Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Couple Filem Popular - Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)

Drama Popular - Melur Untuk Firdaus

Lagu Paling Boom Popular - Terus Hidup (Aina Abdul)

Content Creator Popular - Alieff Irfan

Tiktokers Popular - Sally Whoo

Lawak Viral Popular - Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

      

Baca: Biodata Farhana Fauri, Isteri Kepada Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Ngasri Sain, Bapa Kepada Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Pelakon Darling Ngasri (Nasreen Ngasri), Adik Kepada Bell Ngasri

Baca: Biodata Tyzo Xander (Tuah Zulkarnain), Penyampai Radio Suria FM

Baca: Info Penuh, Cara Undi, Senarai Persembahan, Penyampai Trofi ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

Baca: Senarai Calon Top 5 ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

Baca: Biodata Syarifah Khyra Muhsin, Founder Fellera Skin, Penaja ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

         

abpbh pemenang

abpbh 35

abpbh live

abpbh keputusan

pemenang abpbh 2023

hadiah abpbh 2023

pemenang abpbh

anugerah bintang popular 2023 22554

senarai pemenang abpbh

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Kredit video: [LIVE] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 34 | #KitaBersama

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)