Oleh pada 11 Sep 2021 kategori

Kredit foto: TV3 Malaysia

Bertemakan #KITABERSAMA, acara hiburan berprestij paling dinanti ramai, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi yang ke 34.

Masih terikat dengan penganjuran berlandaskan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) sepertimana yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), acara besar daripada akhbar BH ini seperti lazimnya bakal memberi mandat kepada para pembaca BH serta peminat ABPBH bagi menentukan penggiat seni tanah air manakah yang layak diiktiraf dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

anugerah bintang popular 594

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Senarai Kategori

Sebanyak 14 kategori utama dan enam kategori online yang dipertaruhkan untuk tahun ini.

Kategori utama adalah:-

1. Artis Baharu Lelaki Popular

2. Artis Baharu Wanita Popular

3. Penyanyi Lelaki Popular

4. Penyanyi Wanita Popular

5. Pelakon Filem Lelaki Popular

6. Pelakon Filem Wanita Popular

7. Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi

8. Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi

9. Artis Versatil Popular

10. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

11. Artis Komedi Popular

12. Penyampai Radio Popular

13. Pengacara TV Popular

14. Watak Animasi Popular

Kategori online pula adalah:-

1. Gandingan Serasi Drama Popular

2. Gandingan Serasi Filem Popular

3. Watak Antagonis Popular

4. YouTuber Popular

5. Artis TikTok Popular

6. Anugerah FANtastik Popular

     

anugerah bintang popular 2021

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Format Penjurian

ABPBH merupakan sebuah anugerah yang membawakan konsep "pilihan peminat" yang mana ia mengangkat pemenang berdasarkan hasil undian daripada orang ramai.

Cara Mengundi

Acara ini menggunakan akhbar BH dan SMS sebagai platform undian, namun bermula dari tahun 2017, sistem undian mula  dilakukan secara online 100 peratus iaitu menerusi laman web rasmi ABPBH.

Undian pusingan pertama boleh dibuat bermula 10 September hingga 3 Oktober 2021 di www.abpbh.com.my.

Undian pusingan akhir pula dibuka dari 10 Oktober hingga 31 Oktober 2021 di platform sama.

Peminat boleh mengundi dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menerusi kaedah percuma, menggunakan pakej langganan BH atau undian melalui telefon pintar Xiaomi.

Bagi kategori dalam talian pula iaitu Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular, undian dibuka di laman aplikasi TikTok bermula 4 Oktober hingga 7 November 2021.

   

abpbh 2021

Kredit foto: Instagram Meerqeen

Pengacara

Sherry Alhadad akan mengacarakan secara solo pentas utama ABPBH 34.

Segmen karpet merah pula dihoskan oleh gandingan Izzue Islam dan Sissy Imann.

   

Penyampai Trofi

Antara para selebriti yang ditugaskan sebagai penyampai trofi seperti Fizo Omar, Nabila Huda, Dr Malar Santhi dan ramai lagi.

Senarai Penyanyi Yang Membuat Persembahan

Memeriahkan pentas acara adalah barisan penyanyi yang diundang bagi menjayakan segmen persembahan, iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella, Jay Jay, Ramlah Ram, Fauziah Latiff, Anuar Zain, Man Kidal, Aina Abdul, Kaka Azraff, Haqiem Rusli, Zizi Kirana, Hazama, Syamel dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Penaja

Xiaomi kekal memegang status sebagai penaja utama.

Sekadar informasi, Xiaomi merupakan sebuah syarikat elektronik multinasional China yang membuat pelaburan menerusi pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, elektronik pengguna dan beberapa produk lain.

abpbh 34

Kredit foto: Instagram Ustaz Ebit Lew

Waktu Siaran

Saksikan siaran langsung malam kemuncak ABPBH34 yang dijadualkan pada 13 November 2021 secara virtual, ditayangkan di saluran TV3.

Manakala secara digital pula boleh distrim di Tonton serta YouTube TV3 dan BH, tidak ketinggalan laman sesawang ABPBH.

Untuk rekod, edisi ke-33 yang lalu meraikan penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli sebagai pemenang utama Bintang Paling Popular yang mana dia juga dikurniakan trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular (single Lembah Kesepian).

   

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2021 (ABPBH 34)

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH 34) 2021

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) 2020

Baca: Info Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) 2020

     

Kredit video: [LIVE] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 34 | #KitaBersama

Kredit video: [LIVE] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 33 #ABPBHKITA2020

Sumber:

1. ABPBH 13 November ini

2. Ebit Lew, Meerqeen Antara Calon Di ABPBH-34




Hakcipta iluminasi.com (2017)