Oleh pada 11 Oct 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Anugerah Bintang Popular BH

      

Dengan tema yang sarat makna, 'Teguh' yang diangkat bersempena semangat Hari Kebangsaan Ke-67, Anugerah Bintang Popular BH 36 (ABPBH 36) sekali lagi mencuri tumpuan dunia hiburan tanah air pada tahun 2024.

Acara pilihan peminat yang berprestij ini hadir dengan aura penuh gemilang, membawa bersama semangat perpaduan dan kebanggaan Malaysia, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri hiburan tempatan.

Anugerah hiburan yang paling lama bertahan di Malaysia ini, sememangnya dinantikan saban tahun oleh penggemar dan pemerhati dunia seni tanah air. Kali ini, ABPBH 36 mempertaruhkan 16 kategori utama, bersama lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular, sekaligus menjanjikan persaingan sengit dan detik-detik mendebarkan yang pasti menarik para penonton.

Di pentas ABPBH 36, satu penghargaan penuh bermakna turut diberikan menerusi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, satu anugerah berprestij yang memuliakan legenda seni negara yang telah memberi sumbangan tidak ternilai dalam industri kreatif tempatan.

Namun, yang pasti menjadi tumpuan malam penuh gemilang ini adalah dua trofi tertinggi — Bintang Paling Popular ABPBH 36, trofi yang dinanti-nantikan buat artis dengan undian peminat terbanyak, serta satu lagi penghargaan eksklusif yang diberikan kepada artis dengan penilaian markah tertinggi daripada panel juri profesional.

Malam penuh gah ABPBH 36 dihangatkan dengan gandingan pengacara dari tiga generasi berbeza, yang masing-masing membawa aura tersendiri. Didie Alias, pelakon serba boleh yang sudah lama mencipta nama dalam industri, akan menghidupkan pentas dengan karismanya. Bersamanya, bintang muda yang semakin mendapat perhatian, Riena Diana dan penyampai radio Fly FM yang sentiasa ceria dan bertenaga, Haniff Hamzah, menjadikan trio ini cukup dinamik untuk menyemarakkan suasana.

Diterajui oleh CONBOO sebagai penaja utama, ABPBH 36 tidak hanya disiarkan secara langsung di TV3, malah peminat juga boleh menyaksikan detik bersejarah ini menerusi penstriman di platform Tonton.

Bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ABPBH 36 berlangsung pada hari Jumaat, 11 Oktober 2024, jam 9 malam. Siaran langsung penganjuran ini pastinya menarik jutaan mata yang tertumpu, baik dari dewan mahupun di rumah.

Berikut adalah senarai calon Top 5 dan keputusan rasmi para pemenang yang diumumkan pada malam yang penuh debaran itu.

       

abpbh 36 in 2021 and 2022 he made the top 10 performances at the live tv broadcast of the apbh his tickets sold out fast proving his massive appeal kj

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Senarai Calon Top 5 ABPBH 2024

 1. ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR

Putera Muhammad

Danial Kifli

Hasif Upin

Izuan Razali

Shah Radhy

      

2. ARTIS BAHARU WANITA POPULAR

Erysha Emyra

Ezzanie Jasny

Trisha Ooi

Tracie Sinidol

Raden Zaharatul

     

3. PENYANYI LELAKI POPULAR

Haqiem Rusli

Hael Husaini

Amir Masdi

Khai Bahar

Aliff Aziz

      

4. PENYANYI W ANITA POPULAR

Aina Abdul

Siti Nordiana

Ernie Zakri

Stacy

Adira Suhaimi

      

5. AKTOR FILEM POPULAR

Syafiq Kyle

Bell Ngasri

Aedy Ashraf

Kamal Adli

Pekin Ibrahim

       

6. AKTRES FILEM POPULAR

Janna Nick

Fasha Sandha

Amelia Henderson

Uqasha Senrose

Isyariana

       

7. AKTOR PEMBANTU FILEM POPULAR

Eman Manan

Hisyam Hamid

Ropie

Alif Hadi

Hafiz Nafiah

       

8. AKTRES PEMBANTU FILEM POPULAR

Harissa Adlynn

Daiyan Trisha

Wanna Ali

Nadia Brian

Raja Ema

      

9. AKTOR TV POPULAR

Amir Ahnaf

Meerqeen

Redza Rosli

Aedy Ashraf

Hun Haqeem

      

10. AKTRES TV POPULAR

Anna Jobling

Siti Saleha

Bella Astilah

Sophia Albarakbah

Hannah Delisha

      

11. AKTOR PEMBANTU TV POPULAR

Nadhir Nasar

Mierul Aiman

Azhan Rani

Shah Iskandar

Wanns Ahmad

       

12. AKTRES PEMBANTU TV POPULAR

Puteri Sarah Liyana

Bella Hanna

Alya Iman

Rita Rudaini

Amyza Aznan

       

13. PENYAMPAI RADIO POPULAR

Tyzo

KJ

Sharifah Shahirah

DJ Sonic

Haiza

       

14. PENGACARA TV POPULAR

Elly Mazlein

Uyaina Arshad

Raja Azura

Anim Ezzati

Izzue Islam

       

15. ARTIS KOMEDI POPULAR

Bell Ngasri

Jep Sepahtu

Senario

Joey Daud

Sabri Yunus

       

16. ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR

Dolla

Siti Nordiana & Saujana

Khai Bahar & Nabila Razali

Ziana Zain & Hasif Upin

Khai Bahar & Adira

         

Keputusan Pemenang ABPBH 2024      

Bintang Paling Popular - Aina Abdul

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk S Atan (Datuk Haji Hashim Said)

      

Kategori Utama:

Artis Baharu Lelaki Popular - Shah Radhy

Artis Baharu Wanita Popular - Erysha Emyra

Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Dolla

Aktor Filem Popular - Aedy Ashraf

Aktres Filem Popular - Fasha Sandha

Aktor Pembantu Filem Popular - Alif Hadi

Aktres Pembantu Filem Popular - Raja Ema

Aktor TV Popular - Hun Haqeem

Aktres TV Popular - Anna Jobling

Aktor Pembantu TV Popular - Shah Iskandar

Aktres Pembantu TV Popular - Rita Rudaini

Pengacara TV Popular - Uyaina Arshad

Artis Komedi Popular - Senario

Penyampai Radio Popular - KJ

      

Kategori Ekstra Tonton Paling Popular:

Couple Drama Popular - Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)

Couple Filem Popular - Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Harum Malam)

Lagu Paling Boom Popular - Masing-Masing - Ernie Zakri & Ade Govinda

Watak Antagonis Drama Popular - Aleza Shadan

Artis Sensasi Popular - Siti Nordiana

       

Baca: ABPBH 2024 : Tarikh, Kategori, Calon, Undian, Hadiah, Persembahan, Penyampai Trofi, Tiket Dan Segala Info (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

Baca: Senarai Calon Top 5 ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang, Calon, Kategori, Undian, Persembahan, Tarikh TikTok Awards Malaysia 2024 (Anugerah TikTok Malaysia 2024)

       

Senarai Pemenang ABPBH

ABPBH 1 - Fauziah Ahmad Daud (Ogy)

ABPBH 2 - Ramlah Ram

ABPBH 3 - Kumpulan Search

ABPBH 4 - Datuk Aishah

ABPBH 5 - Datuk Zainal Abidin

ABPBH 6 - Eman Manan

ABPBH 7 - Datin Sofia Jane

ABPBH 8 - Datuk M. Nasir

ABPBH 9 - Ziana Zain

ABPBH 10 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 11 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 12 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 13 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 14 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 15 - Datuk Rosyam Nor

ABPBH 16 - Saiful Apek

ABPBH 17 - Saiful Apek

ABPBH 18 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 19 - Mawi

ABPBH 20 - Mawi

ABPBH 21 - Mawi

ABPBH 22 - Nabil Ahmad

ABPBH 23 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 24 - Shaheizy Sam

ABPBH 25 - Datuk Aaron Aziz

ABPBH 26 - Shaheizy Sam

ABPBH 27 - Datuk Aaron Aziz

ABPBH 28 - Shaheizy Sam

ABPBH 29 - Neelofa

ABPBH 30 - Fattah Amin

ABPBH 31 - Wany Hasrita

ABPBH 32 - Mira Filzah

ABPBH 33 - Haqiem Rusli

ABPBH 34 - Janna Nick

ABPBH 35 - Bell Ngasri

       

Tajuk program? Anugerah Bintang Popular BH 36

Bila dan tayang hari apa? 11 Oktober 2024 (Jumaat)

Pukul berapa? Jam 9 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform streaming online, aplikasi Tonton atau laman web www.tonton.com.my

       

Kredit video: [LIVE] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 34 Full | #KitaBersama

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)