Oleh pada 10 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) merupakan sebuah anugerah berkonsepkan ’People’s Choice’ anjuran Berita Harian (BH), dianjurkan sejak tahun 1987.

Menerusi kategori dipertandingkan, para penggiat seni diiktiraf oleh peminat dunia hiburan dan juga para pembaca akhbar BH.

Penganjuran ABPBH tahun ini dilaksanakan berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Walaupun dengan skala kecil tanpa kehadiran penonton, audiens bagaimanapun akan diundang secara virtual menerusi aplikasi Zoom. Hanya petugas belakang tabir, kru, artis yang membuat persembahan, penyampai trofi dan pemenang sahaja yang terlibat.

   

anugerah bintang popular

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Kategori

Calon terdiri daripada personaliti, selebriti, pelakon dan penyanyi yang aktif dengan produk seni yang dikeluarkan dari Januari 2020 hingga Disember 2020.

Sebanyak 13 kategori utama dan 5 kategori online dipertandingkan.

Tiga belas kategori utama tersebut adalah:-

   

1. Artis Baharu Lelaki Popular

2. Artis Baharu Wanita Popular

3. Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia

4. Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia

5. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

6. Pelakon Filem Lelaki Popular

7. Pelakon Filem Wanita Popular

8. Pelakon TV Lelaki Popular

9. Pelakon TV Wanita Popular

10. Artis Versatil Popular

11. Artis Komedi Popular

12. Pengacara TV Popular

13. Penyampai Radio Popular

    

Manakala lima kategori 'online' ialah:-

1. Lagu Paling Boom Popular

2. Gandingan Serasi Drama Popular

3. Gandingan Serasi Filem Popular

4. Artis Kontroversi Popular

5. FC #FANtastik Popular.

    

Trofi Bintang Paling Popular bakal menjadi milik mana-mana calon Top 20 yang memperoleh undian tertinggi dalam 13 kategori utama.

Tidak dilupakan satu lagi kategori khas iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

     

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2021 (ABPBH 34)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) 2020

Baca: Info Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH 34) 2021

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH 34) 2021

       

undi anugerah bintang popular 2020

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Format Penjurian

Kuasa penjurian terletak seratus peratus di tangan peminat seni hiburan.

Namun edisi kali ini, sedikit kelainan disuntik apabila peminat perlu memilih calon Top 20 sebelum nasib mereka ditentukan pada malam anugerah kelak.

Undian bermula dari 7 Oktober hingga 8 November 2020 di laman web rasmi ABPBH 33 iaitu www.abpbh.com.my dengan kaedah sama ada secara percuma, melalui pakej langganan BH digital dan undian bersama Xiaomi.

   

Penyampai Trofi

Selebriti dengan reputasi hebat dalam bidang masing-masing memegang peranan sebagai penyampai trofi.

Mereka ialah Datuk Rosyam Nor, Saiful Apek, Ramlah Ram, Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

   

abpbh 2020

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Persembahan

Gandingan penyanyi lagenda dan 'BBNU' (Budak Bak Nak Up) menghangatkan pentas dalam segmen persembahan.

Mereka yang terlibat adalah penyanyi Faizal Tahir, Hafiz Suip, Azlan Typewriter, Tuju, Noki K-Clique, Ernie Zakri, Syamel, Naim Daniel, Man Keedal dan Aina Abdul.

Tidak ketinggalan Yonniboii, Zynakal, Dolla, Shalma Eliana, Elly Mazlein, Zizi Kirana, Indah Ruhaila, Tomok, Lan Solo, Liza Aziz dan Azlina Aziz.

Menggamatkan pentas, persembahan sketsa komedi daripada Khir Rahman, Nora Danish, Joey Daud, Man, Liza Abdullah dan Kaka Azraff.

   

Penaja

Xiaomi bertindak selaku penaja utama. Untuk info, Xiaomi merupakan sebuah syarikat elektronik multinasional China yang melabur dalam pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, elektronik pengguna dan beberapa produk lain. 

    

bintang popular berita harian

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pengacara

Dikendalikan hos berpengalaman, Datuk AC Mizal yang bakal bergandingan dengan pelakon ternama, Nabila Huda.

Liputan di karpet merah pula dikendalikan pasangan hos Sean Lee dan Sissy Imann.

   

Pengarah Muzik

Seramai 14 pemuzik dan dua penyanyi latar terlibat di bawah naungan pengarah muzik, Mohamad Sharhan Syazwan Mohd Ashri atau lebih dikenali sebagai Chaan.

   

Waktu Siaran

Siaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 November 2020 pada jam 9 malam di saluran TV3.

Menerusi platform digital boleh diikuti di laman Tonton, YouTube TV3 dan BH, juga laman sesawang rasmi ABPBH iaitu www.abpbh.com.my.

Buat pertama kali dalam sejarah, acara anugerah berprestij ini turut ditayangkan di aplikasi TikTok.

   

Kredit video: [LIVE] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 33 | #ABPBHKITA2020 

    

Kredit video: [FULL] Anugerah Bintang Popular BH 32 | #ABPBH32

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)