Kredit foto: Instagram tyzo X xander , Facebook Tyzo X Xander , Facebook Tyzo Xander

       

Siapa Tyzo? Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zoqarnain Idris, merupakan seorang figura terkenal di Malaysia yang berperanan sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon dan penyanyi lelaki.

Beliau adalah salah seorang penyampai radio di Suria FM dan menjadi wajah yang dikenali menerusi rancangan radio, Suria Petang dan Hello Suria.

Antara penyampai lain stesen terkenal itu ialah DJ Lin, Shuib Sepahtu, Ajak, Sharifah Shahirah (Rara), Cik Piah dan Suraya.

Pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang diadakan di Istana Budaya pada 21 Julai 2023, Tyzo berjaya merangkul trofi kategori Penyampai Radio Popular, mengatasi empat pesaing lain iaitu DJ Lin, Johan, Haiza dan DJ Sonic.

         

Biodata

Nama penuh: Tuah Zoqarnain bin Idris

Nama komersial: Tyzo, Tyzo Xander, Tuah Zulkarnain, Tuah, Tuah Zolqarnain

Tarikh lahir: 3 Julai

Tempat lahir / Asal: Ipoh, Perak

Keluarga: Anak keenam daripada tujuh orang adik beradik

Pendidikan: Kolej Premier Yayasan Perak, Ipoh, Perak, Sekolah Menengah Methodist (ACS) Ipoh, Perak

Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara, Pelakon, Penyanyi

Instagram (IG): @tyzoxander

        

Latar Belakang

1. Tyzo adalah salah seorang anak kepada pasangan Idris Yaacob (bapa) dan Hasnah Shaari (ibu), yang mana kedua-duanya pernah menjadi guru dahulu, namun kini telah meninggal dunia. Ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 3 Januari 2022.

2. Pada awalnya, Tyzo dikenali sebagai Tuah sebelum mengganti nama komersialnya kepada Tyzo. Tyzo memulakan kerjayanya sebagai seorang anak seni dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

3. Beliau mula berkecimpung dalam dunia penyiaran sebagai penyampai radio pada tahun 2004 di stesen radio Muzik FM. Perkhidmatannya bermula pada 16 Julai 2004. Pada tahun 2007, beliau berpindah ke Suria FM sebelum kontraknya ditamatkan pada 2012. Kemudian Tyzo meneruskan kariernya dalam bidang radio dengan bekerja di Ultra FM dan Pi Mai FM sebelum menjadi deejay separuh masa di Selangor FM dari tahun 2013 hingga Jun 2016. Pada 2016, beliau kembali semula ke Suria FM.

4. Antara naskhah lakonan Tyzo yang menghiasi kaca televisyen termasuklah drama Kawan, Gayah Enterprise dan Asmara Ikan Patin, serta beliau turut berlakon dalam filem Alamak Toyol di layar perak. Selain itu, beliau meneroka bakat dalam bidang pengacaraan dengan menjadi hos program seperti Arena Global, Pesan Oasis dan Hitz1.

5. Beliau pernah merakamkan beberapa lagu termasuk single yang berjudul Tak Lelah Bertahan pada 2017, serta memiliki syarikat perniagaan sendiri.

6. Disebabkan belum berkahwin, beliau mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Noah Zachri ketika usianya baru empat bulan, daripada sebuah keluarga yang kurang berkemampuan, pada tahun 2015.

7. Berahsia soal umur, Tyzo pada tahun 2023 ini dijangkakan berada dalam lingkungan usia 40-an.

         

Baca: 8 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Tyzo Xander Dan Umur Sebenarnya!

        

Gambar

tuah zulkarnain wikipedia

tyzo penyampai radio

tyzo xander wikipedia

dj tyzo

tyzo suria

tyzo tuah

tyzo suria fm

tyzo suria fm umur

tyzo xander

tuah zulkarnain

Adik-beradik Tyzo

umur tyzo

Anak angkat Tyzo

biodata tyzo suria fm

tyzo

Kredit foto: Instagram tyzo X xander , Facebook Tyzo X Xander , Facebook Tyzo Xander , Instagram TV3 Malaysia

        

Video

Kredit video: Tak Lelah Bertahan - TYZO

        

Sumber:

1. Tyzo Suria

2. Tentang Lelaki - Tyzo

3. Ditanya Soal Kahwin Umpama Soalan ‘Bila Nak Mati’ - Tyzo

4. Video penyampai radio angkat ibu menyentuh hati

5. Suria FM Sentiasa Dalam Hati Tyzo

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)