Oleh pada 13 Nov 2020 kategori

anugerah bintang popular 97

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

   

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) edisi 2020 mempertandingkan sebanyak 13 kategori utama dan 5 kategori online.

Keputusan disampaikan oleh para penyampai trofi terdiri daripada barisan anak seni dengan reputasi hebat dalam bidang masing-masing.

Mereka ialah Datuk Rosyam Nor, Saiful Apek, Ramlah Ram, Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

Menghangatkan pentas, gandingan penyanyi lama dan baharu menghiasi segmen persembahan sebagai selingan hiburan.

   

anugerah bintang popular 2020 358

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

   

Antara nama yang terbabit termasuk penyanyi Faizal Tahir, Azlan Typewriter, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Syamel, Naim Daniel, Man Keedal, Tuju, Noki K-Clique dan Aina Abdul.

   

bintang paling popular

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

    

Tidak ketinggalan, Yonniboii, Zynakal, Dolla, Zizi Kirana, Tomok, Lan Solo, Liza Aziz, Azlina Aziz, Elly Mazlein, Indah Ruhaila dan Shalma Eliana.

   

bintang popular berita harian 929

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

   

Pelakon Khir Rahman, Nora Danish, Joey Daud, Kaka Azraff, Man dan Liza Abdullah hadir mempelbagaikan bentuk hiburan dengan mengetengahkan sketsa komedi.

Rancangan yang ke udara secara langsung di TV3, dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 November 2020, jam 9 malam itu dikemudikan pengacara berpengalaman, Datuk AC Mizal dengan gandingan bersama pelakon hebat, Nabila Huda.

    

pemenang anugerah bintang popular 2020

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

   

Untuk info lanjut berkaitan format penjurian, penaja, pengarah muzik serta info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) 2020

Senarai penuh pemenang yang merangkul trofi dalam penganjuran kali ini adalah seperti berikut:-

   

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) 2020

Kategori Utama

1. Artis Baharu Lelaki Popular - Chubb-E

2. Artis Baharu Wanita Popular - Isyariana

3. Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia - Haqiem Rusli

4. Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia - Wany Hasrita

5. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Khai Bahar & Siti Nordiana

6. Pelakon Filem Lelaki Popular - Zahiril Adzim

7. Pelakon Filem Wanita Popular - Mawar Rashid

8. Pelakon TV Lelaki Popular - Ben Amir

9. Pelakon TV Wanita Popular - Siti Saleha

10. Artis Versatil Popular - Siti Nordiana

11. Artis Komedi Popular - Sherry Alhadad

12. Pengacara TV Popular - Sherry Alhadad

13. Penyampai Radio Popular - DJ Lin

    

Kategori Online

1. Lagu Paling Boom Popular - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

2. Gandingan Serasi Drama Popular - Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)

3. Gandingan Serasi Filem Popular - Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)

4. Artis Kontroversi Popular - Aiman Tino

5. FC #FANtastik Popular - Siti Nordiana FC

    

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Francissca Peter

Bintang Paling Popular ABPBH33 (2020) - Haqiem Rusli

    

Kredit video: [LIVE] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 33 | #ABPBHKITA2020

    

Kredit video: [LIVE] Karpet Merah Anugerah Bintang Popular BH 33 | #ABPBHKITA2020

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)