Oleh pada 24 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Facebook Ngasri Sain [1] [2] [3], Facebook Anne Ngasri , Instagram Naszeli Ngasri

       

Ngasri Sain merupakan seorang bekas penyiar terkenal, bapa kepada adik-beradik yang sama-sama memiliki minat dan kecenderungan dalam industri seni; Anne Ngasri, Darling Ngasri dan Boy Ngasri, serta figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba iaitu Bell Ngasri, yang baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).

      

Biodata Ngasri Sain

Nama sebenar: Ngasri bin Sain

Nama komersial: Ngasri Sain

Umur: 73 tahun (2023)

Tarikh lahir: 31 Mei 1950

Tempat tinggal: Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor

Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara, Pelakon, Artis Rakaman Suara

Instagram (IG): @ngasrisain

      

Latar Belakang

1. Ngasri dahulunya begitu sinonim dengan dunia penyiaran RTM memandangkan beliau merupakan seorang juruhebah berbakat dengan suara emas yang dikenali ramai. Beliau juga pernah menjadi pengacara televisyen serta suara latar iklan di radio dan stesen TV.

2. Ngasri berkahwin dengan Habibah Jaafar, dan mereka berbahagia dengan kelahiran enam orang anak yang bernama Nasliza Ngasri, Naszeli Ngasri (Boy Ngasri), Nasrizal Ngasri (Bell Ngasri), Nasreen Ngasri (Darling Ngasri), Naszriah Ngasri (Anne Ngasri) dan Nassuhada Ngasri.

3. Empat daripada cahaya matanya telah menyusuri jejaknya dalam bidang hiburan sebagai pelakon, iaitu Boy Ngasri, Bell Ngasri, Darling Ngasri dan Anne Ngasri. Sementara itu, anak bongsunya, Nassuhada Ngasri, adalah seorang "anak istimewa".

4. Bell, Anne dan Darling asalnya berjinak-jinak dalam dunia seni sebagai pelakon iklan pada tahun 1988 sebelum bakat mereka menarik perhatian penerbit drama dari saluran RTM dan TV3. Sejak dari kanak-kanak lagi hingga sekarang, mereka telah menyertai lebih daripada 200 buah drama televisyen yang mewarnai perjalanan seni mereka.

5. Habibah, isteri Ngasri, ketika itu memainkan peranan penting dalam karier anak-anaknya dengan bertanggungjawab menyusun jadual sesi penggambaran lakonan dan juga pendidikan mereka.

6. Mengenai status terkini perkahwinan Ngasri dan Habibah, ianya tidak dapat dipastikan, tetapi dipercayai Ngasri kini telah berkahwin dengan wanita lain.

        

Fakta Menarik

1. Dipanggil di kalangan anak-anaknya dengan gelaran nama "Baba".

2. Beliau pernah bergelar hos untuk rancangan bual bicara pagi di RTM, Selamat Pagi Malaysia.

3. Salah satu iklan ikonik yang diingati lakonannya adalah jenama Trojan yang turut menampilkan anaknya, Bell Ngasri, ketika masih kecil.

         

Baca: Biodata Farhana Fauri, Isteri Kepada Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Pelakon Darling Ngasri (Nasreen Ngasri), Adik Kepada Bell Ngasri, Anak Ngasri Sain

       

Gambar

ngasri sain 725

nasrizal ngasri

ngasri bercerai

ngasri sain bercerai

ngasri sain kahwin

adik bell ngasri 726

darling ngasri 278

adik beradik bell ngasri 130

habibah jaafar

bell ngasri 600

adik beradik ngasri 200

anne ngasri 980

ayah bell ngasri 260

ngasri 259

Kredit foto: Facebook Ngasri Sain [1] [2] [3], Facebook Anne Ngasri , Instagram Naszeli Ngasri

       

Sumber:

1. Raya tetap raya – Bell ‘Barkoba’

2. Darling teruskan legasi Ngasri Sain

3. Instagram Nasri Sain

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)