Oleh pada 18 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

      

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) akan berlangsung di Istana Budaya pada 21 Julai 2023 dengan tema Ekspresi Legasi Seni.

Tema ini bakal mengajak penonton untuk menjelajahi perjalanan evolusi industri kreatif dari zaman kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma, hingga bakat-bakat generasi muda dalam era digital.

ABPBH merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan dengan konsep pilihan peminat sejak tahun 1987. Dengan usianya yang sudah mencapai 35 tahun, ABPBH adalah anugerah yang paling konsisten kerana diadakan pada setiap tahun.

        

anugerah bintang popular 915

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Kategori

Malam kemuncak ABPBH 35 akan memberi tumpuan pada 12 kategori utama yang dipertandingkan. Selain itu, terdapat juga tujuh kategori popular yang memberi fokus pada trend semasa, termasuk kandungan popular di platform digital.

Dalam menyelaraskan dengan perubahan industri kreatif dan citarasa kumpulan sasaran iaitu Gen Z, beberapa kategori diberi penjenamaan nama baharu.

Berikut merupakan 12 kategori utama :-

        

1. Penyanyi Lelaki Popular

2. Penyanyi Wanita Popular

3. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

4. BBNU Lelaki Popular

5. BBNU Wanita Popular

6. Aktor Filem Popular

7. Aktres Filem Popular

8. Aktor TV Popular

9. Aktres TV Popular

10. Pengacara Televisyen (TV) Popular

11. Penyampai Radio Popular

12. Artis Komedi Popular

        

Undian tertinggi daripada mana-mana kategori tunggal disaingi artis pada peringkat Top 5 bakal membawa kepada kejuaraan trofi utama, iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35.

ABPBH 35 turut menyertakan tujuh kategori sampingan yang dikenali sebagai "Ekstra!".

         

1. Lagu Paling Boom

2. Drama Popular

3. Couple Drama Popular

4. Couple Filem Popular

5. Content Creator Popular

6. TikTokers Popular

7. Video Viral Popular

       

Tidak dilupakan, malam kemuncak ABPBH 35 memberi penghormatan istimewa kepada dua bintang menerusi penganugerahan trofi anugerah khas yang dibawakan khusus dalam edisi ke-35 acara anugerah yang berprestij ini.

         

Baca: Senarai Calon Top 5 ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

Baca: Biodata Tyzo Xander (Tuah Zulkarnain), Penyampai Radio Suria FM

Baca: Biodata Pelakon Darling Ngasri (Nasreen Ngasri), Adik Kepada Bell Ngasri

Baca: Biodata Ngasri Sain, Bapa Kepada Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Bell Ngasri

Baca: Biodata Farhana Fauri, Isteri Kepada Pelakon Bell Ngasri

         

abpbh undi

Kredit foto: Instagram Anugerah Bintang Popular Berita Harian

        

Format Penjurian

Penggiat seni dari pelbagai bidang merangkumi personaliti, selebriti, pelakon, penyanyi, tenaga kreatif dan lain-lain berpeluang untuk tercalon.

Calon individu, gandingan atau berkumpulan yang terlibat dalam kategori-kategori yang disenaraikan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu produk yang diterbitkan antara Januari hingga Disember 2021 dan Januari hingga Disember 2022, yang memenuhi penilaian Jawatankuasa Penganjur ABPBH 35 dan Lembaga Juri ABPBH 35.

Secara keseluruhannya, ABPBH memberikan kuasa mutlak kepada peminat untuk menentukan keputusan dalam semua kategori yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, dalam edisi ke-35 ini, ABPBH memperkenalkan Lembaga Juri ABPBH 35 untuk pertama kalinya. Lembaga Juri ini akan menilai kelayakan calon yang bersaing dalam 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra! Mereka akan memainkan peranan dalam menilai, memberikan justifikasi dan memberikan pandangan terhadap kelayakan calon sejak peringkat awal pencalonan.

Proses pemilihan calon dilakukan melalui rundingan dan perbincangan oleh Lembaga Juri ABPBH 35 berdasarkan fakta sokongan, syarat penyertaan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola ABPBH 35. Pelantikan Lembaga Juri ini adalah sebahagian daripada proses pembaharuan dan evolusi dengan tujuan meningkatkan martabat dan kredibiliti acara anugerah. Undian panel juri akan menyumbang sebanyak 30 peratus, manakala peminat mewakili 70 peratus undian untuk setiap kategori.

         

Cara Mengundi

Seiring dengan perkembangan semasa, sistem undian sepenuhnya dalam talian (online) 100 peratus di laman web ABPBH telah diperkenalkan bermula pada tahun 2017 untuk menggantikan undian melalui akhbar BH dan SMS yang digunakan pada tahun-tahun sebelumnya. Undian ini terbahagi kepada dua iaitu undian percuma atau melalui pakej langganan BH digital yang boleh diakses melalui laman web www.abpbh.com.my.

        

Tarikh undian

Top 20 - 12 Mei 2023 hingga 11 Jun 2023

Top 5 - 20 Jun 2023 hingga 15 Julai 2023

       

UNDIAN PERCUMA

Setiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam masa 10 minit.

1. Sila lawati laman web ABPBH dan pergi ke menu Undian

2. Isikan butiran peribadi anda iaitu Nama, Nombor Telefon dan Emel

3. Pilih Undian Percuma dan klik butang untuk mengundi

4. Klik pada butang undi pada selebriti pilihan anda

5. Undi selebriti yang anda pilih dan hantar undian anda

6. Setiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam 10 minit sahaja

       

UNDIAN MELALUI LANGGANAN

Setiap langganan terhad kepada 1 undian sahaja.

1. Sila akses Portal Berita Harian ePaper untuk melanggan akhbar digital Berita Harian

2. Pilih pakej langganan yang anda inginkan, masukkan alamat emel anda dan lakukan pembayaran sama ada secara dalam talian atau tunai

3. Kembali ke laman sesawang ABPBH dan pergi ke menu Undian

4. Masukkan maklumat peribadi anda iaitu Nama, Nombor Telefon dan Emel, kemudian klik hantar

5. Pilih Undian Melalui Langganan dan klik butang untuk mengundi

6. Pilih kategori dan selebriti yang menjadi pilihan anda

7. Masukkan alamat email yang digunakan untuk melanggan BH Digital dan klik "UNDI"

8. Pilih pakej langganan anda dan tekan "BOOST UNDI"

         

abpbh 2023 88

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Pengacara

Pada majlis itu, pentas utama akan disemarakkan oleh pelakon Ain Edruce dan penyampai radio Hot FM, Johan yang dipilih untuk memegang mandat pengacaraan ABPBH 35. Sementara itu, acara karpet merah akan dihoskan oleh penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan Riena Diana.

        

Persembahan

Barisan artis yang akan memanaskan pentas dalam segmen persembahan terdiri daripada bintang-bintang yang mempunyai kedudukan sebagai legenda, termasuk penglibatan bakat-bakat baharu yang sedang meniti laluan populariti pada zaman ini.

Nama-nama yang dimaksudkan ialah Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Amelina dan Aizat Amdan. Juga, Sufian Suhaimi, Baby Shima, Haziq Rosebi, Luca Sickta, Kmy Kmo, Luqman Podolski, Aya Amiruddin, Norreen, Roslan Madun dan kumpulan Mergasatwa turut menyertai. Selain itu, terdapat satu slot persembahan yang masih dirahsiakan, memberikan elemen kejutan kepada peminat pada malam acara itu nanti.

       

Penyampai Trofi

Pelakon baharu seperti Meerqeen, Siti Hariesa dan Anna Jobling memegang peranan sebagai penyampai trofi dalam majlis itu. Tidak hanya itu, pembabitan juga melibatkan Puteri Sarah Liyana dan Raysha Rizrose. Turut diundang dalam majlis tersebut adalah pelakon hebat Beto Kusyairy, primadona filem Melayu Erra Fazira, serta pengarah, penerbit dan pelakon Erma Fatima dan Janna Nick. Seterusnya, pengacara radio dan televisyen seperti Khairy Jamaluddin (KJ), Fara Fauzana, AG, Sherry Alhadad dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

         

anugerah bintang popular 2023 383

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Penaja

Fellera Skin, pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka, yang terkenal dengan produk Jelly Ajaib Bellrossa, mengambil peranan sebagai penaja utama bagi ABPBH edisi ini.

     

Baca: Biodata Syarifah Khyra Muhsin, Founder Fellera Skin, Penaja ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

         

Waktu Siaran

Malam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan platform Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara pada 21 Julai 2023 (Jumaat), pukul 9 malam.

       

Senarai Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH

ABPBH 1 - Fauziah Ahmad Daud (Ogy)

ABPBH 2 - Ramlah Ram

ABPBH 3 - Kumpulan Search

ABPBH 4 - Datuk Aishah

ABPBH 5 - Datuk Zainal Abidin

ABPBH 6 - Eman Manan

ABPBH 7 - Datin Sofia Jane

ABPBH 8 - Datuk M. Nasir

ABPBH 9 - Ziana Zain

ABPBH 10 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 11 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 12 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 13 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 14 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 15 - Datuk Rosyam Nor

ABPBH 16 - Saiful Apek

ABPBH 17 - Saiful Apek

ABPBH 18 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 19 - Mawi

ABPBH 20 - Mawi

ABPBH 21 - Mawi

ABPBH 22 - Nabil Ahmad

ABPBH 23 - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ABPBH 24 - Shaheizy Sam

ABPBH 25 - Datuk Aaron Aziz

ABPBH 26 - Shaheizy Sam

ABPBH 27 - Datuk Aaron Aziz

ABPBH 28 - Shaheizy Sam

ABPBH 29 - Neelofa

ABPBH 30 - Fattah Amin

ABPBH 31 - Wany Hasrita

ABPBH 32 - Mira Filzah

ABPBH 33 - Haqiem Rusli

ABPBH 34 - Janna Nick

       

Baca: Senarai Keputusan Pemenang ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)

        

Kredit video: [LIVE] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 34 | #KitaBersama

               




Hakcipta iluminasi.com (2017)