Oleh pada 13 Nov 2021 kategori
anugerah bintang popular 484  

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 (ABPBH 34) merupakan sebuah acara penghargaan yang dikhususkan buat para penggiat seni hiburan di Malaysia.
  
Membawa tema kali ini #KITABERSAMA, ABPBH 34 berlangsung mengikut amalan norma baharu dengan ketetapan SOP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  
anugerah bintang popular 2021 927

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  
Sherry Alhadad mengambil alih tugas sebagai pengacara pentas utama, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
  
Manakala, Izzue Islam dan Sissy Imann pula memegang peranan sebagai hos karpet merah bagi menemubual barisan selebriti yang hadir menyerikan malam majlis.
  
Seperti yang diketahui ramai, ABPBH adalah sebuah anugerah pilihan peminat yang menyerahkan mandat sepenuhnya kepada penonton bagi menentukan pemegang trofi untuk 14 buah kategori utama dan enam kategori online yang dipertandingkan.
  
abpbh 621

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  
Untuk senarai calon Top 5 edisi ini, anda boleh baca artikel: Senarai Calon Top 5 ABPBH 2021 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34
  
Info penuh berkaitan ABPBH 34 termasuk senarai artis yang membuat persembahan boleh dirujuk di artikel: Info Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH 34) 2021
  
Malam kemuncak ABPBH 34 pada 13 November 2021 dikendalikan secara virtual dan ditayangkan secara 'live' oleh saluran TV3, termasuk laman Tonton, YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.
  
Senarai penuh pemenang yang berjaya menggenggam trofi musim ini adalah seperti berikut:-
  
abpbh 2021 626

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH34) 2021

Kategori utama
  
1. Artis Baharu Lelaki Popular - Dinie Rashid
2. Artis Baharu Wanita Popular - Kumpulan Dolla
3. Penyanyi Lelaki Popular - Haqiem Rusli
4. Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana
5. Pelakon Filem Lelaki Popular - Fattah Amin
6. Pelakon Filem Wanita Popular - Janna Nick
7. Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi - Ben Amir
8. Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi - Siti Saleha
9. Artis Versatil Popular - Siti Nordiana
10. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Aina Abdul, Khai Bahar (Nafas Cinta)
11. Artis Komedi Popular - Asif Suhaimi
12. Penyampai Radio Popular - DJ Lin
13. Pengacara TV Popular - Janna Nick
14. Watak Animasi Popular - Ejen Ali
  
Kategori Online
  
1. Gandingan Serasi Drama Popular - Kamal Adli, Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)
2. Gandingan Serasi Filem Popular - Wanna Ali, PU Riz (Ada Apa Dengan Dosa)
3. Watak Antagonis Popular - Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)
4. Youtuber Popular - Aqil Zulkiflee
5. Artis TikTok Popular - Khai Bahar
6. Anugerah FANtastik Popular - Siti Nordiana FC
    
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Hajah Habsah Hassan
Bintang Paling Popular ABPBH 34 (2021) - Janna Nick (86,374,777 undian)
  
Hadiah pemenang kategori Bintang Paling Popular ABPBH 34 - Trofi, sebuah kereta berjenama Nissan Leave dan telefon pintar Xiaomi 11T Pro (8GB + 256GB) bernilai RM2,099 sumbangan penaja utama ABPBH 34, Xiaomi.
  
     
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)