Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Dunia muzik kembali bergegar dengan penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang menyaksikan persaingan sengit antara 10 finalis terbaik tanah air.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Sejak tahun 1986, pertandingan muzik tahunan yang dianjurkan oleh TV3 ini memberi penghormatan kepada seni gubahan muzik dan lirik terbaik, menjadikannya acara tetap dalam kalendar industri hiburan.
Dinaungi oleh Russell Mark Rodrigues sebagai Pengurus Projek dan Jamil Hassan sebagai Penerbit Eksekutif, edisi ini yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari 2025 dijangka mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Senarai Finalis Lagu / Peserta
1. Bukan Lagi Kita – Nadeera Zaini
Komposer: Hael Husaini, Iqie Hugh
Penulis lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh
2. Terus Bersinar – Hafiz Suip
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Datuk Arisz Ab Rahman
Penulis lirik: Mas Dewangga, Jova Devito
3. Aura – Ernie Zakri
Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat
Penulis lirik: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat
4. Puas Sudah – Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul
5. Diam – Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini, Iqie Hugh
Penulis lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh
6. Risiko – Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
Komposer: Apipapol
Penulis lirik: Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju, MK K-Clique
7. Saksama – Akim & The Majistret
Komposer: Akim & The Majistret
Penulis lirik: Bunga Cantik
8. Pujaanku – Kugiran Masdo Ft. Aisyah Aziz
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah & Heidimoru
9. Sengaja – Amir Masdi
Komposer: Bunga Cantik, Hang Nadim
Penulis lirik: Bunga Cantik, Hang Nadim
10. Hening Rindu – Marsha Milan Londoh
Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh
Penulis lirik: Ikhwan Fatanna
Tema
Di bawah tema 'Nada Rasa', AJL39 menyaksikan bagaimana muzik mampu menggambarkan pelbagai rasa, menjadi suara kepada emosi dan menyampaikan mesej yang menggetarkan menerusi susunan instrumen yang berjiwa.
Kredit foto: Instagram Tonton MY
Diinspirasikan oleh tema ini, setiap finalis mempunyai peluang untuk mempamerkan sisi puitis dalam muzik mereka, menyalurkan emosi yang mendalam sekali gus mengukuhkan lagi keunikan karya masing-masing.
Kategori Pemenang
Meraikan keunggulan muzik, Anugerah Juara Lagu menjadi pentas pengiktirafan buat barisan komposer, penulis lirik dan penyanyi terbaik. AJL39 bakal memperlihatkan saingan 12 lagu untuk menentukan siapa yang bakal menggenggam gelaran Juara Lagu, selain membawa pulang anugerah Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.
Senarai Trofi Anugerah:
1. Juara Lagu
2. Tempat Kedua
3. Tempat Ketiga
4. Vokal Terbaik
5. Persembahan Terbaik
Cara Undi Persembahan Terbaik
Tidak hanya menjadi saksi persembahan hebat, penonton juga diberi mandat untuk memilih siapa yang bakal dinobatkan dengan anugerah Persembahan Terbaik di AJL39.
Pemegang akaun Tonton yang biasa boleh mengundi finalis AJL39 sebanyak 10 kali.
Manakala, pelanggan Tonton pelan 3 bulan dan 12 bulan diberikan kelebihan mengundi sebanyak 50 kali.
Undian akan mula dibuka pada 16 Februari 2025, jam 9 malam dan boleh dilakukan di laman web www.tonton.com.my/ajl39.
Kredit foto: Instagram Tonton MY
Format Penjurian / Pemarkahan
AJL terus berdiri sebagai pentas berprestij yang mengangkat bakat dalam dunia muzik, memberikan penghormatan kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi atas karya terbaik mereka.
Melalui penilaian yang ketat, juri AJL meneliti elemen utama dalam sesebuah lagu — struktur melodi, kekuatan lirik dan keupayaan vokal, dinilai dari sudut rakaman studio mahupun persembahan langsung.
Senarai Juri Profesional
Akan dikemaskini
Hadiah
Akan dikemaskini
Penyanyi Jemputan
Akan dikemaskini
Pengacara
AJL39 kali ini mempertemukan dua pengacara dari dunia berbeza — Naz Rahman yang berpengalaman luas dan Sissy Imann yang mencerminkan generasi baru, menyuntik elemen segar ke dalam acara legenda ini.
Kredit foto: Instagram Xtra
Setiap bintang yang melangkah ke Karpet Merah akan disambut penuh eksklusif oleh Fikry Ibrahim dan Malia Baby, dua hos yang bakal mencorakkan suasana penuh gemilang sebelum acara utama bermula.
Penaja
Kemegahan AJL 39 disokong oleh JardinPeau, sebuah jenama dalam industri penjagaan kulit yang beroperasi di bawah Skinville Solution Sdn. Bhd.
Rakan Digital Dan Radio Rasmi
Tidak hanya bergema di pentas utama, acara ini turut diperkuatkan dengan kehadiran OhBulan!, XTRA dan Seismik di platform digital, serta Hot FM yang mengambil peranan sebagai rakan radio rasmi.
Tarikh Dan Waktu Siaran
Dari pentas gah Axiata Arena, Bukit Jalil, AJL39 akan disiarkan kepada seluruh Malaysia menerusi siaran langsung di TV3 pada 16 Februari 2025, jam 9 malam dan boleh disaksikan secara digital di Tonton.
Tiket
Untuk mereka yang ingin menyaksikan sendiri kemeriahan AJL39 secara langsung, tiket telah mula dijual sejak 18 Januari 2025 dan boleh diperoleh menerusi laman rasmi www.wowtix.com.my.
Harga tiket bermula dari RM68 hingga RM398.
Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 39 (SFMM)
Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 2024)
Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Cara Undi, Hadiah Pemenang, Info Penuh Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 2024)
Senarai Bekas Pemenang AJL
Juara Lagu 1 (1986) - Sekadar di Pinggiran (Francissca Peter)
Juara Lagu 2 (1987) - Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)
Juara Lagu 3 (1988) - Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram)
Juara Lagu 4 (1989) - Isabella (Kumpulan Search)
Juara Lagu 5 (1990) - Janji Manismu (Aishah)
Juara Lagu 6 (1991) - Takdir dan Waktu (Kumpulan Mega)
Juara Lagu 7 (1992) - Pada Syurga di Wajahmu (Nash)
Juara Lagu 8 (1993) - Teratai Layu di Tasik Madu (Fauziah Latiff)
Juara Lagu 9 (1994) - Tanya Sama Itu Hud-hud (M. Nasir)
Juara Lagu 10 (1995) - Cinta Beralih Arah (Aishah)
Juara Lagu 11 (1996) - Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza)
Juara Lagu 12 (1997) - Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah dan M. Nasir)
Juara Lagu 13 (1998) - Cindai (Siti Nurhaliza)
Juara Lagu 14 (1999) - Andalusia (M. Nasir)
Juara Lagu 15 (2000) - Balqis (Siti Nurhaliza)
Juara Lagu 16 (2001) - Mimpi Laila (Yasin Sulaiman)
Juara Lagu 17 (2002) - Keliru (Ajai & Nurul)
Juara Lagu 18 (2003) - Bunga-bunga Cinta (Misha Omar)
Juara Lagu 19 (2004) - Relaku Pujuk (Kumpulan Spider)
Juara Lagu 20 (2005) - Gemilang (Jaclyn Victor)
Juara Lagu 21 (2006) - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
Juara Lagu 22 (2007) - Itu Kamu (Estranged)
Juara Lagu 23 (2008) - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Juara Lagu 24 (2009) - Pergi (Aizat Amdan)
Juara Lagu 25 (2010) - Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Juara Lagu 26 (2011) - Awan Nano (Hafiz Suip)
Juara Lagu 27 (2012) - Terukir Di Bintang (nyanyian asal Yuna Zarai namun digantikan oleh Aizat Amdan)
Juara Lagu 28 (2013) - Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
Juara Lagu 29 (2014) - Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone)
Juara Lagu 30 (2015) - Potret (Akim Ahmad & The Majistret)
Juara Lagu 31 (2016) - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Juara Lagu 32 (2017) - Jampi (Hael Husaini)
Juara Lagu 33 (2018) - Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah)
Juara Lagu 34 (2019) - Sumpah (Naim Daniel)
Juara Lagu 35 (2020) - Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B)
Juara Lagu 36 (2021) - Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah)
Juara Lagu 37 (2022) - Terus Hidup (Aina Abdul)
Juara Lagu 38 (2023) - Hasrat (Amir Jahari)
Tajuk program? Anugerah Juara Lagu (AJL) 39
Bila dan tayang hari apa? Ahad, 16 Februari 2025
Pukul berapa? Jam 9 malam
Tonton di mana? Live di saluran TV3 dan platform streaming online, aplikasi Tonton atau laman web www.tonton.com.my
Kredit video Youtube: FULL Anugerah Juara Lagu 35 | #AJL35