Oleh pada 06 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Membawa tema ‘Ini Rentak Kita’, Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi yang ke 36 menyaksikan pertarungan antara 12 buah karya lagu tahunan terbaik daripada pelbagai genre muzik.

   

ajl 36 208

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Lagu-lagu berkualiti terpilih yang memasuki persaingan edisi ini termasuklah Salahku dendangan Yonnyboii, Sepi (Aina Abdul), Mimpi (Haqiem Rusli), Boneka (Ernie Zakri), Angkara (Siti Nordiana) dan Lara (Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli).

ajl 2022 208

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Tidak ketinggalan, penyertaan Nafas Cinta oleh Khai Bahar dan Aina Abdul, Purnama (Naim Daniel), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Aewo (Shiha Zikir ft Noki), Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila / SOG X Shila Amzah) dan Cinta (Marsha Milan).

   

ajl 36 tarikh 320

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pentas utama AJL36 diambil alih oleh pasangan Alif Satar dan Nabila Huda yang memegang peranan sebagai pengacara bagi mengemudi acara kemuncak dinantikan ramai itu.

Anugerah Juara Lagu 36 ke udara secara langsung pada tarikh 6 Mac 2022, pukul 9 malam di saluran TV3 yang dibawakan dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Acara muzik paling berprestij ini menghimpunkan seramai 200 orang penonton dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

ajl final

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Terdahulu, kemenangan AJL 35 (2020 / 2021) berpihak kepada penyanyi Kaka Azraff, Noki K Clique dan Loca B menerusi lagu berjudul Gila hasil ciptaan sepenuhnya oleh Noki K Clique, Loca B dan Ezra Kong.

Di bawah merupakan keputusan AJL36 mengikut trofi kategori yang dipertandingkan.

   

pengganti ernie ajl 36

Siapa pengganti yang bakal mewakili Ernie? Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Keputusan Juara Dan Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) 2021 / 2022 (TV3)

Juara Lagu

Pelukan Angkasa - Sog X Shila Amzah

Komposer: Raja Nazrin Shah

Penulis lirik: Fazleena Hishamuddin

Naib Juara / Tempat Kedua

Cinta - Marsha Milan

Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim

Penulis lirik: Hang Nadim

Tempat Ketiga

Mimpi - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

Penulis lirik: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

Vokal Terbaik

Sepi - Aina Abdul

Persembahan Terbaik

Cinta - Marsha Milan

Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL

Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul

Baca: Biodata Marsha Milan, Penyanyi Lagu Cinta, Pemenang AJL 36 (Anugerah Juara Lagu 2022)

Baca: Biodata Madammu (Eriyca Baiduri), Pengasas Noir, Penaja Anugerah Juara Lagu (AJL) 36 (2022)

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh AJL36, baca artikel: Info Penuh Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 36 / SFMM 2021

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021 - Juara Dan Pemenang 

Trivia AJL 36

- AJL 36 juga boleh diikuti secara 'live' menerusi online di laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com , Tonton dan Youtube TV3 Malaysia.

- Penilaian kategori Persembahan Terbaik dan Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL menyaksikan penglibatan peminat muzik menerusi undian secara dalam talian.

- Maestro Datuk Ramli MS bertanggungjawab membuat susunan muzik untuk persembahan 12 finalis yang bertanding di malam kemuncak.

   

anugerah juara lagu 863

juara lagu 130

lagu ajl 36

finalis ajl 2022

finalis ajl 36

ajl 2021 971

lagu ajl 2022

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Kredit video: [LIVE] Anugerah Juara Lagu 36




Hakcipta iluminasi.com (2017)