Oleh pada 14 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan yang mengangkat lagu terbaik bagi memberi pengiktirafan kepada hasil kerja komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu.

Acara anjuran TV3 sejak tahun 1986 itu menyaring lagu-lagu terbaik bermula daripada program mingguan Muzik Muzik, diikuti pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) yang membawa kepada pemilihan 12 buah lagu berkualiti untuk berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu.

Anugerah Juara Lagu edisi ke-35 (AJL35) bakal diadakan berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa kehadiran penonton, sebagai langkah berjaga-jaga bagi menangani penularan COVID-19.

   

juara lagu 2020 883

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Peserta / Finalis

12 karya lagu yang bertanding tahun ini adalah :-

   

1. Hutang - Floor 88

Komposer: Zai Hamzah

Lirik: Achoi Floor 88

   

2. Peluang Kedua - Hael Husaini

Komposer & Lirik: Hael Husaini & MFMF

   

3. Belenggu Rindu - Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah

Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

    

4. Aku Bidadari Syurgamu - Aishah

Komposer: Ippo Hafiz

Lirik: Siti Rosmizah

   

5. Hati - Hael Husaini

Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

    

6. 7 Nasihat - Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta

Komposer & Lirik: Kmy Kmo & Luca Sickta

   

7. Semalam - Aina Abdul

Komposer & Lirik: Aina Abdul

    

8. Gundah - Ernie Zakri

Komposer & Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul

   

9. Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter

Komposer & Lirik: Dark

   

10. Kau Sakiti - Amir Masdi

Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

   

11. Gila - Kaka Azraff, Noki & Loca B

Komposer & Lirik: Noki, Loca B & Ezra Kong

   

12. EH - Zizi Kirana

Komposer: Navigator & Zizi Kirana

Lirik: Mambang & Zizi Kirana

   

anugerah juara lagu 2020

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Kategori

Sebanyak lima trofi / anugerah / kategori yang dipertandingkan iaitu :-

    

1. Juara Lagu

2. Tempat Kedua

3. Tempat Ketiga

4. Vokal Terbaik

5. Persembahan Terbaik

   

anugerah juara lagu 35

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Format Penjurian

Aspek penjurian adalah berteraskan kualiti lagu meliputi melodi dan lirik.

Bagaimanapun vokal dan persembahan turut diambil kira sebagai nilai tambah dan bonus dalam pemarkahan.

Penilaian dilakukan oleh barisan juri profesional yang berpengalaman dan cukup disegani dalam dunia muzik tanah air.

    

Baca: Biodata Ezra Kong, Komposer Lagu Gila, Pemenang AJL 35

Baca: Akhirnya Juri Dedah Punca Lagu Gila Juara AJL 35

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021 - Juara Dan Pemenang 

Baca: Senarai Penuh Finalis Lagu Anugerah Juara Lagu 35

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 34

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Baca: Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Baca: Senarai Kesemua Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 1986 - 2020

   

Persembahan

Edisi AJL musim ini seperti lazimnya akan dibuka oleh persembahan penyanyi undangan.

Penyanyi yang mengambil bahagian dalam segmen pembuka tirai adalah Ella, Yonnyboii dan Naim Daniel.

Manakala persembahan 'interlude' yang menggunakan tema 'Projek Band' dibarisi penyanyi berkumpulan Hujan, Akim & The Majistret dan Hazama & The Penglipur Lara.

Mereka bakal mengalunkan lagu-lagu terbaik secara medley dan 'mash up', menerusi gandingan bersama penyanyi-penyanyi wanita tersohor negara iaitu Ziana Zain, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Tidak ketinggalan, sebuah lagu istimewa berjudul Baik Semula yang mengangkat kisah situasi yang berlaku di Malaysia kini, bakal dipersembahkan empat penyanyi hangat - Faizal Tahir, Tuju, Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

   

Pengacara

Pentas utama menggandingkan tiga hos yang tidak asing lagi iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Manakala, Sissy Imann dan Shuk Sahar pula memegang peranan sebagai hos karpet merah yang digelar sebagai 'Lounge AJL35'.

   

ajl 35

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Waktu Siaran

Bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) tanpa kehadiran penonton menerusi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19.

Tarikh pertandingan yang asalnya dijadualkan pada 7 Februari 2020, ditangguhkan ke tarikh 14 Mac 2021.

Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.

AJL35 menemui penonton di saluran TV3, termasuk platform digital di tonton.com.my dan YouTube TV3 Malaysia.

Menambah kehangatan, rancangan Debaran AJL35 yang dikelolakan pasangan hos, Sherry dan Haziq bersiaran 6 Februari 2021, jam 5.30 petang.

Juga program Festival Muzik AJL selama empat episod bermula 10 Januari 2021, jam 9 malam bersama pengacara Awal yang ditemani hos jemputan seperti Ally Iskandar, Fara Fauzana, Rina Khan dan Charmaine Augustin.

    

Kredit video: 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35 | #SFMM35

   

Kredit video: Malam Kemuncak AJL 34 | #AJL34

   

juara lagu

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Sumber:

1. AJL35 : Tiga hos janji gempak

2. AJL35 dipancar dari Auditorium MBSA

3. AJL35 ditunda

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)