Oleh pada 30 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

    

Di kalangan generasi hari ini, barangkali ramai yang tidak menyedari akan hakikat penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) yang telahpun bermula sejak tahun 1986.

Kini pertandingan muzik anjuran saluran TV3 ini sudahpun mencecah usia 35 tahun.

Daripada kemenangan pertama yang berpihak kepada Francissca Peter menerusi lagu Sekadar di Pinggiran ciptaan Manan Ngah manakala lirik oleh Lukhman S, sehinggalah edisi tahun lalu yang mengangkat penyanyi Naim Daniel menerusi single Sumpah hasil ilham melodinya sendiri bersama Omar K, serta senikata oleh beliau.

Banyak nama dalam industri muzik, tidak hanya para penyanyi, malah komposer dan penulis lirik, yang telah diiktiraf hasil kerja mereka.

Tidak hairanlah platform ini kekal relevan sehingga sekarang berikutan format penerbitannya sebagai gelanggang lagu-lagu terbaik tahunan yang mewujudkan persaingan sihat, juga menggalakkan kelahiran karya-karya muzik berkualiti seiring peredaran masa.

Bersempena dengan penganjuran Juara Lagu yang bakal memasuki edisi ke-35, Iluminasi ingin kongsikan senarai lagu yang pernah dijulang sebagai pemenang utama daripada musim awal rancangan berkenaan diadakan sehinggalah yang paling terkini.

    

Baca: Biodata Ezra Kong, Komposer Lagu Gila, Pemenang AJL 35

Baca: Akhirnya Juri Dedah Punca Lagu Gila Juara AJL 35

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020 / 2021 - Juara Dan Pemenang 

Baca: Info Penuh Anugerah Juara Lagu 35

Baca: Senarai Penuh Finalis Lagu Anugerah Juara Lagu 35

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Baca: Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 34

    

Juara Lagu 1986

Tajuk: Sekadar di Pinggiran

Penyanyi: Francissca Peter

Komposer: Manan Ngah

Penulis lirik: Lukhman S (Lukhman Abdul Kadir)

   

juara lagu 693

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

   

Juara Lagu 1987

Tajuk: Menaruh Harapan

Penyanyi: Zaiton Sameon

Komposer: A. Ali

Penulis lirik: Habsah Hassan

    

Juara Lagu 1988

Tajuk: Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu

Penyanyi: Ramlah Ram

Komposer: Ahmad Nawab

Penulis lirik: Wielid (Abdul Jalil Salleh)

    

Juara Lagu 1989

Tajuk: Isabella

Penyanyi: Kumpulan Search

Komposer: Kumpulan Search

Penulis lirik: Bob Lokman

   

Juara Lagu 1990

Tajuk: Janji Manismu

Penyanyi: Aishah

Komposer: Adam Ahmad

Penulis lirik: Aishah

   

Juara Lagu 1991

Tajuk: Takdir dan Waktu

Penyanyi: Kumpulan Mega

Komposer: Rahim Othman

Penulis lirik: Juwie (Abdul Jalil Salleh)

   

Juara Lagu 1992

Tajuk: Pada Syurga di Wajahmu

Penyanyi: Nash

Komposer: Fauzi Marzuki

Penulis lirik: Bob Lokman

   

Juara Lagu 1993

Tajuk: Teratai Layu di Tasik Madu

Penyanyi: Fauziah Latiff

Komposer: Adam Ahmad

Penulis lirik: S. Amin Shahab

   

Juara Lagu 1994

Tajuk: Tanya Sama Itu Hud-hud

Penyanyi: M. Nasir

Komposer: M. Nasir

Penulis lirik: M. Nasir

   

Juara Lagu 1995

Tajuk: Cinta Beralih Arah

Penyanyi: Aishah

Komposer: Jari Idris

Penulis lirik: Habsah Hassan

   

Juara Lagu 1996

Tajuk: Jerat Percintaan

Penyanyi: Siti Nurhaliza

Komposer: Adnan Abu Hassan

Penulis lirik: Othman Zainuddin & Hani M. J.

   

Juara Lagu 1997

Tajuk: Ghazal Untuk Rabiah

Penyanyi: Jamal Abdillah dan M. Nasir

Komposer: M. Nasir dan Jamal Abdillah

Penulis lirik: Cenderawasih (S. Amin Shahab)

   

Juara Lagu 1998

Tajuk: Cindai

Penyanyi: Siti Nurhaliza

Komposer: Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain)

Penulis lirik: Hairul Anuar Harun

   

Juara Lagu 1999

Tajuk: Andalusia

Penyanyi: M. Nasir

Komposer: M. Nasir

Penulis lirik: Loloq (Rosli Khamis)

   

Juara Lagu 2000

Tajuk: Balqis

Penyanyi: Siti Nurhaliza

Komposer: Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain)

Penulis lirik: Hairul Anuar Harun

   

Juara Lagu 2001

Tajuk: Mimpi Laila

Penyanyi: Yasin Sulaiman

Komposer: Yasin Sulaiman

Penulis lirik: Yasin Sulaiman

   

Juara Lagu 2002

Tajuk: Keliru

Penyanyi: Ajai & Nurul

Komposer: Aidit Alfian

Penulis lirik: Aidit Alfian

   

Juara Lagu 2003

Tajuk: Bunga-bunga Cinta

Penyanyi: Misha Omar

Komposer: Adnan Abu Hassan

Penulis lirik: Adnan Abu Hassan

    

Juara Lagu 2004

Tajuk: Relaku Pujuk

Penyanyi: Kumpulan Spider

Komposer: Tam (Rustam Mustafah)

Penulis lirik: Mohd Khirin Omar (Keon)

    

juara ajl 481

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

    

Juara Lagu 2005

Tajuk: Gemilang

Penyanyi: Jaclyn Victor

Komposer: Aubrey Suwito

Penulis lirik: Asmin Mudin

   

Juara Lagu 2006

Tajuk: Terlalu Istimewa

Penyanyi: Adibah Noor

Komposer: Azlan Abu Hassan

Penulis lirik: Adibah Noor

   

Juara Lagu 2007

Tajuk: Itu Kamu

Penyanyi: Estranged

Komposer: Estranged

Penulis lirik: Richael Lawrence

   

Juara Lagu 2008

Tajuk: Lagu Untukmu

Penyanyi: Meet Uncle Hussain

Komposer: Taja (Nik Mustaza Nik Mustaffa) dan Tass (Tassiq Saidi Hashim)

Penulis lirik: Taja, Tass dan Lan (Nor Azlan Rosle)

    

ajl 813

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

    

Juara Lagu 2009

Tajuk: Pergi

Penyanyi: Aizat Amdan

Komposer: Pete Teo

Penulis lirik: Pete Teo dan Amran Omar

    

Juara Lagu 2010

Tajuk: Tolong Ingatkan Aku

Penyanyi: Ana Raffali

Komposer: Ana Raffali

Penulis lirik: Ana Raffali

   

Juara Lagu 2011

Tajuk: Awan Nano

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: M. Nasir

Penulis lirik: Budi Hekayat (Hasmi Hashim)

   

ajl final 631

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

   

Juara Lagu 2012

Tajuk: Terukir Di Bintang

Penyanyi: Yuna Zarai (digantikan oleh Aizat Amdan)

Komposer: Yuna Zarai

Penulis lirik: Yuna Zarai

   

Juara Lagu 2013

Tajuk: Bahagiamu Deritaku

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: LY (Rosman Shafie)

Penulis lirik: Baiduri (Norhayati Mohd Hashim)

   

Juara Lagu 2014

Tajuk: Apa Khabar

Penyanyi: Joe Flizzow dan Sonaone

Komposer: Mikael Adam Lozach (Sonaone)

Penulis lirik: Johan Ishak (Joe Flizzow)

   

Juara Lagu 2015

Tajuk: Potret

Penyanyi: Akim Ahmad & The Majistret

Komposer: Hang Nadim (Akim Ahmad)

Penulis lirik: Kamar Empayar (Afham Ahmad)

   

pemenang ajl 969

Kredit foto: Instagram Senang Terhibur

   

Juara Lagu 2016

Tajuk: Lelaki Teragung

Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Komposer: Natashah

Penulis lirik: Iman Imran (Rudy Imran Shamsudin)

    

Juara Lagu 2017

Tajuk: Jampi

Penyanyi: Hael Husaini

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

    

Juara Lagu 2018

Tajuk: Haram

Penyanyi: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

   

Juara Lagu 2019

Tajuk: Sumpah

Penyanyi: Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel & Omar K

Penulis lirik: Naim Daniel

   

senarai pemenang ajl 41

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) 

Anugerah Juara Lagu edisi ke-35 (AJL35) yang bakal mengambil tempat di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3, bersama gandingan pengacara Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak COVID-19, penganjuran AJL35 telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

   

Sekitar sidang media AJL 35

ajl 35 641

ajl 2020 167

ajl 2021

juara lagu 2020 266

anugerah juara lagu 2020 508

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Kredit video: Malam Kemuncak AJL 34 | #AJL34

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)