Oleh pada 17 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

12 lagu berkualiti telah dipilih semasa persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung selama tiga hari, bermula 15 hingga 17 Disember 2023.

Senarai ini telah disaring daripada 30 buah lagu yang berjaya menembusi SFMM38, bertanding untuk merebut tiket ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).

          

semi final muzik muzik 38 847

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Pertembungan antara penyanyi lama dan baharu menjadi tumpuan ketika SFMM38 berlangsung, di mana produksi dan peminat memilih artis kegemaran berdasarkan rekod lagu paling digemari masa sekarang.

Penyertaan penyanyi dari pelbagai era termasuk Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain, Faizal Tahir, Siti Nordiana, Liza Hanim, Ernie Zakri, Haqiem Rusli, Aisha Retno dan ramai lagi, meningkatkan kehangatan saingan acara.

Lagu-lagu yang disaring ke SFMM telah dipersembahkan secara langsung dalam rancangan yang dihoskan oleh pengacara Izzue Islam dan Fiza Frizzy, mempamerkan bakat dan kebolehan penyanyi negara yang tidak mampu dipertikaikan.

Semua lagu tersebut dinilai oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam industri muzik, termasuk Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, Datuk Wah Idris, LY, Azmeer, Helen Yap dan Cat Farish.

Dua belas lagu terbaik yang berjaya melalui saringan tiga fasa SFMM 38 ini bakal berentap di Anugerah Juara Lagu 38, yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac 2024.

         

separuh akhir muzik muzik 38

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Bagi makluman, Muzik Muzik adalah sebuah program variasi yang menyusun carta lagu mingguan paling popular di Malaysia.

Undian lagu kegemaran dari peminat memberi peluang kepada lagu-lagu tersebut untuk tersenarai di Separuh Akhir Muzik Muzik dan seterusnya, Anugerah Juara Lagu (AJL).

Anugerah Juara Lagu adalah sebuah acara penghargaan yang memartabatkan hasil karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tempatan.

         

muzik muzik separuh akhir 38

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

SFMM38, melalui tiga episod siaran langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, pada 15, 16 dan 17 Disember 2023, pukul 3 petang di TV3, boleh diakses live dalam HD menerusi aplikasi Tonton.

Ia dipentaskan oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile, disokong oleh OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, sementara Hot FM hadir menyertai sebagai rakan radio.

Selama tiga hari penyiaran langsung tersebut, peminat berpeluang mengundi lagu pilihan mereka menerusi Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, selaku penaja utama, dengan mengimbas kod QR yang tertera.

Terdahulu, pada edisi AJL ke-37 sebelum ini, lagu "Terus Hidup" oleh Aina Abdul telah mendapat gelaran pemenang.

          

Berikut 12 lagu terpilih yang akan menyinari pentas AJL edisi 38 ini.

         

Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

            

1. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

       

2. Sutera - Aisha Retno

Komposer: Aisha Retno, MFMF

Penulis lirik: Aisha Retno

        

3. Santai - Naqiu (Menggantikan Faizal Tahir)

Komposer: Faizal Tahir

Penulis lirik: Faizal Tahir

        

4. Inilah Jalannya - Kugiran Masdo

Komposer: Noh Salleh

Penulis lirik: Noh Salleh

         

5. Astana - Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

Penulis lirik: Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel

         

6. Darah - Marsha Milan Londoh

Komposer: Naim Daniel & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Naim Daniel & Firdaus Rahmat

         

7. Kalam - Shiha Zikir

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

        

8. Hasrat - Amir Jahari

Komposer: Amir Jahari

Penulis lirik: Amir Jahari

       

9. Kucuma - Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah

Komposer: A Ramlee & Ezra Kong

Penulis lirik: A Ramlee & Ezra Kong

         

10. Bintang - Hael Husaini

Komposer: Hael Husaini

Penulis lirik: Hael Husaini

         

11. Waktu - Hasif Upin & Ziana Zain

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat

       

12. Selagi Ku Ada - Khai Bahar & Nabila Razali

Komposer: Amylea

Penulis lirik: Amylea

        

Keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) 38 (2023)

Episod / Hari 1

1. Lagu Terbaik - Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

2. Lagu Pilihan Alha Alfa - Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

        

Episod / Hari 2

1. Lagu Terbaik - Sutera - Aisha Retno

2. Lagu Pilihan Alha Alfa - Astana - Ernie Zakri

       

Episod / Hari 3

1. Lagu Terbaik - Santai - Naqiu (Menggantikan Faizal Tahir)

2. Lagu Pilihan Alha Alfa - Santai - Naqiu (Menggantikan Faizal Tahir)

        

Hadiah SFMM 38

1. Lagu Terbaik (Bagi setiap episod) - Wang tunai RM3,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa

2. Lagu Pilihan Alha Alfa (Bagi setiap episod) - Wang tunai RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa

       

Untuk senarai 30 buah lagu SFMM 38 berserta komposer dan penulis lirik, trivia dan info lengkap, rujuk artikel: Senarai Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 38 (SFMM 2023)

      

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Cara Undi, Info Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 (GV11)

Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Info Penuh AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 37 (SFMM 2022)

      

Tajuk program? Separuh Akhir Muzik Muzik (SAMM)

Berapa episod? 3 episod

Hari apa? Jumaat hingga Ahad (15, 16 dan 17 Disember 2023)

Bila tayang? Jam 3 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

       

Kredit video: FULL Muzik Muzik 38 (2023) | 10 Dec - Wani Kayrie, Amir Jahari & Aisha Retno

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)