Oleh pada 05 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Bertemakan ‘Ini Rentak Kita’, Anugerah Juara Lagu kembali untuk penganjuran edisi yang ke 36.

Acara muzik berprestij yang dilangsungkan secara tahunan itu mempertaruhkan sebanyak 12 buah karya lagu mewakili variasi genre muzik, bersesuaian dengan tema yang dibawakan.

Penonton yang hadir dalam penganjuran kali ini bagaimanapun terhad kepada jumlah 200 orang, atas jemputan khas yang diberikan, menerusi pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

ajl 2022 939

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Senarai Lagu Bertanding / Finalis

1. Salahku - Yonnyboii

Komposer: Yonnyboii

Penulis lirik: Yonnyboii

2. Boneka - Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

3. Mimpi - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

Penulis lirik: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

4. Sepi - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

5. Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul

Komposer: Khai Bahar & Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

6. Purnama - Naim Daniel

Komposer: Amzar Razqa & Naim Daniel

Penulis lirik: Amzar Razqa

7. Intan Payung - Noraniza Idris & Bunga

Komposer: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa

Penulis lirik: Bunga & Siqma

8. Pelukan Angkasa - Sog X Shila Amzah

Komposer: Raja Nazrin Shah

Penulis lirik: Fazleena Hishamuddin

9. Aewo - Shiha Zikir Ft Noki

Komposer: Ezra Kong

Penulis lirik: Ezra Kong & Noki

10. Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Komposer: Hael Husaini & Mfmf

Penulis lirik: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

11. Angkara - Siti Nordiana

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias

12. Cinta - Marsha Milan

Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim

Penulis lirik: Hang Nadim

ajl 36 963

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Kategori Pemenang

Komposer, penulis lirik dan penyanyi merupakan tiga peranan utama yang dimartabatkan dalam enam buah trofi kategori yang dipertandingkan, iaitu:-

1. Juara Lagu

2. Tempat Kedua

3. Tempat Ketiga

4. Vokal Terbaik

5. Persembahan Terbaik

6. Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL

Cara Undi

Kategori 'Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL' yang dibawakan oleh OPPO Reno 7 5G, Pakar Potret, terbuka kepada undian peminat yang boleh dilakukan menerusi laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dari tarikh 9 Februari 2022 hingga 3 Mac 2022.

Selain itu, undian untuk Persembahan Terbaik yang dibawakan oleh Noir boleh dibuat di laman web sama, dibuka dari jam 9 malam (hari pertandingan) sehinggalah persembahan finalis yang terakhir. Hanya 1 kali undian dibenarkan bagi setiap peranti.

   

anugerah juara lagu 432

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Format Penjurian

Dalam usaha mengangkat lagu terbaik, jemaah juri profesional yang berpengalaman luas dalam bidang muzik dilantik untuk melaksanakan penilaian berasaskan kualiti lagu yang mana ia merangkumi aspek melodi dan penulisan lirik.

Penghakiman markah sebanyak 85 peratus terlebih awal dilakukan dengan mengambil kira melodi, lirik, vokal, produksi dan susunan dalam rakaman.

Manakala, baki 15 peratus pemarkahan berdasarkan persembahan dan vokal termasuk susunan muzik secara langsung pada malam kemuncak.

Senarai Juri Profesional

10 orang juri profesional diberi mandat mengadili para finalis dengan diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri), bersama barisan juri iaitu Datuk Acis, Datuk Habsah Hassan, LY, Helen Yap, Edrie Hashim, Mike Chan, Datuk Syafinaz Selamat, Altimet dan Faizal Tahir.

   

Hadiah

Hadiah wang tunai RM100,000 menjadi habuan buat pemenang utama, diikuti RM50,000 buat naib juara.

Seterusnya wang tunai RM30,000 menanti pemenang di kedudukan ketiga.

Juara kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik pula masing-masing bakal membawa pulang RM12,000.

Sementara itu, NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM6,000 kepada pemenang Persembahan Terbaik.

Kesemua mereka juga dikurniakan sebuah trofi.

Persembahan

Persembahan artis undangan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu segmen pembukaan dan interlude.

Barisan penyanyi yang terlibat adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Awie, kumpulan Wings, Mas Idayu, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia.

Pengarah Muzik

Pengarahan muzik menggunakan khidmat maestro tersohor, Datuk Ramli MS yang bertanggungjawab dalam menghasilkan susunan melodi bagi kesemua 12 lagu.

ajl 36 tarikh

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pengacara

Pentas utama dihangatkan dengan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pasangan hos yang akan menerajui acara kemuncak.

Sementara itu, Karpet Merah AJL 36 pula menyaksikan penampilan Sissy Imann dan Sean LJE yang menyambut dan menemu ramah para selebriti yang hadir bersama fesyen karpet merah.

Tidak ketinggalan, program Backstage AJL 36 secara langsung di Youtube TV3 Malaysia yang mengintai gelagat finalis AJL 36 dalam debaran ketika berada di belakang pentas.

Penaja

NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir bertindak selaku penaja utama, dengan sokongan OPPO Reno 7 5G, Pakar Potret sebagai penaja bersama.

Baca: Biodata Madammu (Eriyca Baiduri), Pengasas Noir, Penaja Anugerah Juara Lagu (AJL) 36 (2022)

    

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

Hot FM, Buletin FM dan Molek FM hadir sebagai rakan radio, di samping rakan digital yang disertai jenama Audio+, Xtra, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times.

ajl 2021 787

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Tarikh Dan Waktu Siaran

Anugerah Juara Lagu (AJL) 36 bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 6 Mac 2022, pukul 9 malam di saluran TV3.

Juga boleh distrim 'live' di laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com , www.tonton.com.my dan Youtube TV3 Malaysia untuk tontonan secara online.

Manakala, tayangan Karpet Merah AJL36 pula ke udara di saluran TV9 dan Youtube TV3 Malaysia, dari pukul 8.30 malam hingga 9 malam.

Baca: Keputusan Juara, Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) 2021 / 2022

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 36 / SFMM 2021

Baca: Keputusan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) 2020 / 2021 - Juara Dan Pemenang

Kredit video: [LIVE] Anugerah Juara Lagu 36

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)