Mr. Hiiragi's Homeroom adalah sebuah drama bersiri Jepun yang diterbitkan pada tahun 2019, di bawah arahan Naoko Komuro, Yuma Suzuki dan Itaru Mizuno. Dengan barisan pelakon hebat seperti Masaki Suda, Mayuu Yokota dan Nana Mori, siri ini telah menarik perhatian ramai.
Kecemerlangannya diiktiraf apabila ia meraih anugerah Grand Prix untuk Drama Bersiri di Tokyo Drama Awards pada tahun yang sama.
Kejayaan ini turut menginspirasikan penerbitan adaptasi versi Turki berjudul 'Ogretmen' (The Teacher) pada tahun 2020.
Di Malaysia, siri ini juga telah diolah dengan cita rasa tempatan menerusi judul ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ yang memulakan tayangan di Astro Ria pada 25 September 2024.
Sinopsis
Mr. Hiiragi's Homeroom mengisahkan tentang Ibuki Hiiragi, seorang guru yang pendiam, menjalankan tugasnya di Sekolah Menengah Kaio selama dua tahun. Sebagai guru seni, Hiiragi dikenali dengan keperibadiannya yang sedikit pelik. Selepas diarahkan menjadi guru kelas ganti untuk Kelas 3-A selama enam bulan, dia berdepan cabaran berat — kelas itu dipenuhi dengan pelajar bermasalah, yang langsung tidak menghormati guru mereka.
Pada 1 Mac, sepuluh hari sebelum tamat pengajian, Hiiragi memanggil kesemua 29 pelajarnya, termasuk Sakura Kayano untuk menghadiri kelas homeroom. Namun, apa yang sepatutnya menjadi sesi biasa bertukar dramatik apabila Hiiragi tiba-tiba mengisytiharkan mereka sebagai tebusannya. Hubungan yang sebelumnya bersifat formal antara guru dan pelajar kini berubah, dengan Hiiragi mengambil kawalan sepenuhnya sebagai penjenayah yang menyimpan tebusan dalam suasana yang tegang.
Selepas berjaya meyakinkan pelajarnya bahawa ancamannya bukan sekadar kata-kata kosong — dengan meletupkan bom di koridor yang memisahkan mereka dari seluruh sekolah — Hiiragi mula memberikan satu siri tugas yang mengejutkan. Misinya jelas: mereka perlu mencari dalang sebenar di sebalik kejadian bunuh diri yang menimpa rakan sekelas mereka, Reina Kageyama.
Namun, setiap kali mereka gagal memberikan jawapan yang tepat, Hiiragi mengugut untuk membunuh salah seorang daripada mereka. Dia juga mendedahkan bahawa bom telah dipasang di pelbagai sudut sekolah, termasuk di siling kelas mereka, yang mengurung mereka sepenuhnya dari dunia luar. Kini, pelajar-pelajar Kelas 3-A terpaksa mengimbas kembali setiap interaksi mereka dengan Reina, lantas mencari petunjuk yang mungkin boleh membongkar rahsia di sebalik tindakan drastik Reina.
Bukan setakat mengurung pelajarnya, Hiiragi juga menggunakan media sosial untuk menambahkan tekanan kepada pihak polis dan masyarakat umum. Apa yang pada awalnya kelihatan seperti konflik biasa dalam sebuah kelas, bertukar menjadi drama tebusan yang menggemparkan seluruh negara.
Hiiragi nekad untuk merungkai kebenaran di sebalik kematian pelajarnya yang membunuh diri. Tiada seorang pun dibenarkan keluar dari kelas sehingga ada yang mampu memberikannya jawapan mengenai sebab di sebalik tragedi tersebut.
Dalam tempoh sepuluh hari yang penuh ketegangan, pelajar-pelajar Kelas 3-A terpaksa bergelut untuk terus hidup. Setiap hari, Hiragii mengajukan soalan-soalan baru, menekan mereka untuk mengimbas semula segala peristiwa dan mencari kebenaran di sebalik kejadian yang meragut nyawa rakan sekelas mereka.
Hiiragi berusaha untuk menjejaki individu yang telah memuat naik video yang memalukan Reina. Dia malah meminta bantuan pihak polis untuk menyiasat siapa sebenarnya yang merakam video tersebut, sambil memberi amaran tegas — jika dalangnya tidak ditemui, lima pelajar akan menjadi korban.
Di sebalik semua ini, terdapat juga guru yang disyaki terlibat dalam penyebaran video itu.
Perlahan-lahan, pelajar-pelajar mula memahami niat sebenar Hiiragi. Dia tidak sekadar mengajar mereka, malah juga seluruh negara tentang pentingnya menjadi insan yang baik dan memiliki empati. Hiiragi sebenarnya ingin menyampaikan satu pengajaran yang besar — tentang kemanusiaan. Namun, pendekatan yang diambilnya jauh berbeza daripada guru biasa. Hiiragi menggunakan kaedah pengajaran yang ekstrem, sesuatu yang jarang kita temui dalam dunia pendidikan.
Drama ini, yang mengangkat isu buli siber, sarat dengan plot twist dan emosi. Setiap perkembangan ceritanya mengundang kejutan, namun apa yang paling berharga adalah mesej di pengakhirannya — sebuah pengajaran yang menjadikan siri ini begitu berbaloi untuk ditonton.
Baca: 10 Filem Korea Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Secara Online!
Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Pelakon / Cast
Menghidupkan watak di layar ialah pelakon Masaki Suda, Mei Nagano, Ryota Katayose, Rina Kawaei, Miu Tomita, Moka Kamishiraishi, Takara Sakumoto, Jin Suzuki, Ayumu Mochizuki, Nana Mori dan Mayuu Yokota.
*Untuk senarai lengkap barisan pelakon, sila lihat di bahagian 'Watak Pelakon'.
Watak Pelakon
Masaki Suda sebagai Ibuki Hiiragi
Mei Nagano sebagai Sakura Kayano
Ryota Katayose sebagai Hayato Kai
Rina Kawaei sebagai Kaho Usami
Moka Kamishiraishi sebagai Reina Kageyama
Miu Tomita sebagai Hana Uozumi
Takara Sakumoto sebagai Kota Ishikura
Jin Suzuki sebagai Kaito Satomi
Nana Mori sebagai Luna Horibe
Ayumu Mochizuki sebagai Yudai Seo
Mayu Yokota sebagai Sara Hanaoka
Riku Hagiwara sebagai Hiroki Aizawa
Haruka Fukuhara sebagai Suzune Minakoshi
Mayu Hotta sebagai Karen Kumazawa
Yumena Yanai sebagai Misaki Yuki
Yuki Imai sebagai Soma Nishizama
Jiei Wakabayashi sebagai Arata Hyodo
Mio Imada sebagai Yuzuki Suwa
Yuno Ohara sebagai Yuka Tsujimoto
Fuju Kamio sebagai Kakeru Makabe
Hikari Tobita sebagai Kodai Fuwa
Tsuyoshi Furukawa sebagai Ken Sunaga
Shiori Akita sebagai Rin Akiba
Ken'ichi Yajima sebagai Takahiko Sagara
Yoshihiko Hosoda sebagai Ryoichi Miyagi
Kippei Shîna sebagai Makoto Gunji
Kaho Tsuchimura sebagai Fumika Sagara
Kohei Otomo sebagai Toru Igarashi
Yu Kamio sebagai Masaru Tsuboi
Akane Hotta sebagai Mizuki Morisaki
Bengal sebagai Koichi Ichimura
Seiichi Tanabe sebagai Yamato Takechi
Mikoto Hibi sebagai Aika Komiyama
Himena Yamada sebagai Miki Kawai
Yume Shinjo sebagai Reo Kanazawa
Kaito Mifune sebagai Ren Nakao
Kenjiro Nishimoto sebagai Aoi Mitsunaga
Akihiro Kimura sebagai Gen Sakuma
Otone Maeda sebagai Maika Kai
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Menerusi arahan Naoko Komuro, Yuma Suzuki dan Itaru Mizuno, drama ini dihasilkan dengan kerjasama produksi NTV.
Ceritanya terhasil daripada sentuhan penulis Shogo Muto.
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Siri 10 episod 'Mr. Hiiragi's Homeroom' telah disiarkan di saluran NTV setiap malam Ahad dari pukul 22:30 hingga 23:25, bermula 6 Januari dan berakhir pada 10 Mac 2019.
Kini, karya ini juga boleh dinikmati menerusi medium dalam talian melalui aplikasi Netflix Malaysia.
Tajuk cerita? Mr. Hiiragi's Homeroom
Genre? Drama, Misteri, Thriller
Bahasa? Jepun
Klasifikasi? 16+
Berapa episod? 10 episode
Tonton di mana? Platform online, Netflix
*Info Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
Pelakon: Aiman Ameer, Nurel Baharin, Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Arena Lieya (Arena Wan), Qistina Rania, Arabella Ellen, Evertts Gomes, Cahaya Nilam, Elyshia Abegail, Razin Qidran, Miss Alvy Joanna, Cora Waybin, Azqa Aziz, Aizat Saha, Hakim Khan, Khaliquekerr (Kecik), Kim Azzim, Syafiq Irfan (Syapk), Baihaqi Majid, Rasyidin Zainal, Aiman Shah, Cidin.
Berapa episod? 20 episod
Setiap hari apa? Rabu dan Khamis
Bila tayang? Jam 9 malam
Tonton di mana? Saluran Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka
Kredit video: These students were trapped for 10 days in the classroom with the cruelest teachers
Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Kelas Tahanan Cikgu Hiragi (Ep 1) - Release date: 25 September 2024