hh

Oleh pada 17 Aug 2024 kategori

       

Demam drama Korea nampaknya tidak pernah surut dan terus menguasai hati peminat di negara ini.

Bukan sahaja kaum wanita, malah golongan lelaki juga semakin 'terpikat' dengan siri-siri K-drama yang menawarkan pelbagai genre dengan plot yang menarik.

Tahun 2023 dan 2024 juga tidak ketinggalan dalam penghasilan karya drama Korea berkualiti yang berjaya menarik perhatian ramai. Berikut adalah 10 judul yang mungkin anda tidak mahu lepaskan peluang untuk menontonnya.

        

Lovely Runner (2024)

drama korea online 63284

Siri Lovely Runner mengisahkan Im Sol, seorang peminat setia Ryu Sun-jae, yang menemui ketenangan dalam muzik Sun-jae selepas kemalangan tragis yang menyebabkan dia lumpuh. Namun hidup Sol hancur apabila Sun-jae tiba-tiba meninggal dunia. Dalam kesedihannya, Sol secara ajaib kembali ke tahun 2008, semasa Sun-jae berumur 19 tahun. Dengan semangat yang berkobar-kobar, Sol nekad untuk menyelamatkan idolanya yang kini menjadi rakan sekelasnya, sambil cuba mengubah takdir dan mungkin menemukan cinta yang diimpikan.

       

Platform online: Netflix, Viu

       

Queen of Tears (2024)

korean drama series 77415

Drama Queen Of Tears menceritakan tentang krisis dan kebangkitan semula cinta antara Hong Hae-in dan Baek Hyun-woo sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka. Walaupun menghadapi banyak cabaran dan ketegangan yang menggoncang rumah tangga mereka, cinta yang tidak disangka-sangka kembali mekar dengan cara yang sangat bermakna.

        

Platform online: Netflix

        

Marry My Husband (2024)

korea drama 12541

Marry My Husband mengisahkan tentang Kang Ji-won, seorang wanita yang menderita kanser tahap akhir dan mengalami kematian tragis di tangan suaminya, Park Min-Hwan, serta sahabat baiknya, Jung Soo-Min, selepas mengetahui hubungan sulit mereka. Namun, secara tak terduga, Ji-won kembali ke sepuluh tahun lalu dengan azam untuk membalas dendam dan membersihkan hidupnya daripada segala 'toksik' dalam hidup. Dia merancang untuk menjadikan Jung Soo-Min sebagai isteri Park Min-Hwan. Pada masa yang sama, rakan sekerjanya, Yoo Ji-Hyeok mula menunjukkan minat terhadapnya.

        

Platform online: Amazon Prime Video

        

A Shop for Killers (2024)

korean drama list 95415

Dalam drama aksi yang mendebarkan ini, Jeong Hi An, gadis yang kehilangan ibu bapa dan dibesarkan oleh bapa saudaranya, Jeong Jin Man berdepan dengan kematian misteri bapa saudaranya. Semasa memasuki usia remaja, Jeong Hi An menemui rahsia gelap perniagaan bapa saudaranya di laman 'dark web' yang membuka dunia penuh rahsia dan bahaya. Kematian bapa saudaranya menambah ancaman terhadap keselamatan nyawanya, menyebabkan Jeong Hi An terpaksa menggali semula ajaran dan panduan yang ditinggalkan untuk memahami pergolakan yang berlaku.

       

Platform online: Disney+ Hotstar

       

The Atypical Family (2024)

korean drama netflix 74814

Bok Gwi Joo dan keluarganya mempunyai kuasa supernatural yang unik, yang mana Gwi Joo boleh kembali ke momen-momen indah masa lalu. Namun, selepas isterinya meninggal dunia dalam kemalangan, kemurungan Gwi Joo menyebabkan kuasanya hilang. Keluarga Gwi Joo juga kehilangan kuasa akibat masalah-masalah moden seperti insomnia, bulimia dan ketagihan telefon pintar. Kedatangan Do Da He, seorang wanita misteri, membawa perubahan besar dan memberi mereka peluang baru untuk memperbaiki hidup mereka.

        

Platform online: Netflix

        

The Good Bad Mother (2023)

drama korea terkini terbaru popular terbaik best

Drama yang penuh emosi ini mengisahkan tentang Young Soon, seorang ibu yang membesarkan anaknya, Kang Ho sendirian selepas kematian suaminya. Dengan tegas, dia mendidik Kang Ho kerana ingin mengelak nasib malang yang menimpa hidupnya. Namun, selepas Kang Ho menjadi pendakwa raya, hubungan mereka menjadi renggang dan Kang Ho mula membenci ibunya. Kemalangan tragis mengubah segalanya — Kang Ho yang dulu bercita-cita tinggi kini terperangkap dalam minda seorang kanak-kanak. Pulang ke kampung halaman, mereka memulakan hidup baru sambil perlahan-lahan memperbaiki hubungan yang dulu bermasalah.

       

Platform online: Netflix

        

The Glory Part 2 (2023)

korean drama 2024

Semasa di sekolah menengah, Moon Dong Eun bercita-cita mahu menjadi arkitek, namun hidupnya berubah apabila dia menjadi mangsa buli. Terlalu penat dengan penderitaan, dia terpaksa berhenti sekolah dan melupakan impiannya. Bertahun kemudian, salah seorang pembuli itu mempunyai anak yang bersekolah di tempat Dong Eun bekerja sebagai guru. Dengan rancangan yang rapi, Dong Eun kini hidup hanya untuk satu tujuan — membalas dendam terhadap mereka yang telah menghancurkan hidupnya dulu.

       

Platform online: Netflix

        

Twinkling Watermelon (2023)

korean drama 2023 470

Kisah ini tentang Eun Gyeol, seorang pelajar sekolah menengah yang dibesarkan dalam keluarga dengan masalah pendengaran, namun dia mempunyai bakat muzik yang hebat. Nasibnya berubah bila dia diberi peluang untuk kembali ke tahun 1995 dan bertemu dengan bapanya yang berusia 18 tahun. Pertemuan ini membuka jalan baru dalam hidupnya dan membolehkan Eun Gyeol melihat sejarah keluarganya dengan cara yang tidak pernah dia bayangkan. Di zaman itu, dia mendapati bapanya bukan sahaja boleh bercakap dan mendengar dengan baik, malah juga mempunyai kumpulan muzik sendiri. Dia membina hubungan yang rapat dengan bapanya yang lebih muda.

       

Platform online: Viu

        

Moving (2023)

drama korea 54396

Drama adiwira ini mengisahkan tiga pelajar sekolah yang memiliki kuasa luar biasa, namun masing-masing merahsiakan kebolehan mereka kerana bimbang dianggap pelik. Mereka tidak menyedari bahawa orang tua mereka juga mempunyai kuasa istimewa yang berkait rapat. Konflik bermula apabila organisasi misteri mula memburu mereka satu persatu.

        

Platform online: Disney+ Hotstar

        

My Demon (2023)

kdrama 96541

Menceritakan Do Do Hee, pewaris Future Group yang sinis dan tidak mempercayai cinta, terpaksa bekerjasama dengan Jung Koo Won, syaitan berkuasa yang kehilangan kuasanya. Dalam usaha mendapatkan semula kuasanya melalui perkahwinan kontrak, hubungan mereka berkembang dari sekadar perjanjian menjadi benih cinta yang tidak diduga.

         

Platform online: Netflix

         

Baca: Info Dan Sinopsis The Frog (Netflix TV Series / Kdrama 2024)

Baca: 10 Filem Korea Terbaru 'Best' (2023 / 2024), Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

       

Kredit video: Top 20 Korean Drama Series of All Time (List)

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)