Oleh pada 10 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Gegar Vaganza musim kesepuluh mencapai puncaknya dengan lapan finalis berentap untuk mendapatkan gelaran juara dan piala emas, All Stars Gegar Vaganza.

Dalam tema 'Konsert Akhir', mereka memanaskan suasana dengan menampilkan kehebatan dan bakat masing-masing dalam tiga sesi persembahan, iaitu solo, duet dan battle, dalam usaha merebut hadiah RM200,000.

Finalis tahun ini menandakan sejarah Gegar Vaganza dengan kehadiran yang paling ramai, membentuk 'lineup' lapan penyanyi yang terkenal iaitu Siti Nordiana, Tomok (New Boyz), Hady Mirza (Singapura), Naqiu (Boboy), Jaclyn Victor, Nikki Palikat, Liza Hanim dan Azharina Azhar.

         

gegar vaganza 2023 29972

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

       

Setiap peserta ditemani oleh 50 pemuzik orkestra di bawah pimpinan maestro muzik, Datuk Ramli MS semasa persembahan pada malam tersebut.

Konsert ini juga dapat disamakan dengan acara berskala besar kerana menyusun barisan penyanyi ternama dari Malaysia dan Indonesia, antaranya Dato Jamal Abdillah, Datuk Ramli Sarip, Datuk Zainal Abidin, Ella, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Cakra Khan, Ifan Seventeen dan Armand Maulana, sebagai penyanyi jemputan.

Penilaian terhadap prestasi peserta sepenuhnya bergantung kepada pandangan juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse menaikkan lagi kehangatan acara.

Siaran langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) atau Gegar Vaganza X di saluran Astro Ria (104) mengisi Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap hari Ahad, bermula pada 24 September 2023, pukul 9 malam.

Namun begitu, malam akhir berlangsung secara gemilang di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Tiket boleh dibeli dengan harga mula dari RM88 sehingga RM688.

Pilihan penyiaran dalam talian tersedia menerusi kandungan On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go serta Sooka.

Terdahulu, Cliff Umar, Suki Low, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani (Slam), Ezad Lazim (Exists), Noryn Aziz dan Aliff Aziz (Singapura), telah melangkah keluar dari pentas GV10, menerima hakikat yang peringkat akhir bukan destinasi bagi mereka.

Berikut keputusan markah konsert All Stars Gegar Vaganza final.

         

gegar vaganza final 19225

Kredit foto: Instagram Jihan Muse

       

Carta Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim 10 (GV10 / 2023) - Minggu 12 (Final)

Juara - Jaclyn Victor (When You Believe, Sandarkan Pada Kenangan, Kill This Love) - 80.10%

Tempat kedua / naib juara - Hady Mirza (Making Love Out of Nothing at All, Seandainya Masih Ada Cinta, Sorry Sorry) - 75.74%

Tempat ketiga - Nikki Palikat (Tragedi Buah Apel, Ikhlas Tapi Jauh, Sorry Sorry) - 73.18%

Tempat keempat - Liza Hanim (My Heart Will Go On, Terus Hidup, Kill This Love) - 72.34%

Tempat kelima - Naqiu (Nur Nilam Sari, Kekasih Bayangan, Sorry Sorry) - 72.18%

Tempat keenam - Tomok (Seberapa Pantas, Terbang, Kill This Love) - 71.46%

Tempat ketujuh - Azharina Azhar (Halo, Kamelia, Sorry Sorry) - 69.64%

Tempat kelapan - Siti Nordiana (Kisah Hati, Kemarin, Kill This Love) - 61.14%

             

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Jaclyn Victor

Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Naqiu

Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Siti Nordiana

Anugerah Pilihan Boss Susu - Naqiu

        

Hadiah

Juara - Wang tunai RM200,000, trofi sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London dan baucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka.

Tempat kedua hingga kelapan - Wang tunai RM10,000, trofi sumbangan Astro dan pakej percutian sumbangan Kaki Jalan.

Anugerah Bintang Paling Power Meow - Wang tunai RM3,000

Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi - Wang tunai RM5,000

Anugerah Pilihan Boss Susu - Wang tunai RM10,000

         

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 (GV11)

Baca: Info Penuh, Peserta, Juri, Format Penjurian The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 (Musim 4)

Baca: Siapa Juri Jemputan Final All Stars Gegar Vaganza 2023? Ramli MS Beri Hint! Dedah Siapa Pilih Rakan Duet Finalis, Format Pemarkahan Konsert Akhir

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2023 All Stars - Minggu 12 (Musim 10)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bad Indigo

Baca: Biodata Penyanyi Liza Hanim, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Cara Undi Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

       

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan butiran lengkap mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

      

Peserta tersingkir :-

Minggu 1 - Tiada penyingkiran

Minggu 2 - Cliff Umar, Suki Low

Minggu 3 - Tiada penyingkiran

Minggu 4 - Datuk Aishah

Minggu 5 - Ayai Illusi

Minggu 6 - Zamani

Minggu 7 - Ezad Lazim

Minggu 8 - Tiada penyingkiran

Minggu 9 - Noryn Aziz

Minggu 10 (Suku Akhir) - Aliff Aziz

Minggu 11 (Separuh Akhir) - Tiada penyingkiran

      

Senarai Bekas Pemenang / Juara Gegar Vaganza (GV)

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

       

Tajuk program? Konsert All Stars Gegar Vaganza

Berapa episod? 12 episod

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 12 (Akhir)

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)