Oleh pada 08 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

        

Dengan penampilan yang lebih mega dan bergaya, menerusi produksi berkualiti tinggi dan vokal yang memukau di sebalik kostum, program pertandingan nyanyian misteri, ‘The Masked Singer Malaysia’ (TMSMY) akan kembali dengan musim yang keempat. Kali pertama ia akan bersiaran secara langsung, bermula 17 Disember 2023 setiap hari Ahad.

         

the masked singer malaysia 990

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

        

The King of Mask Singer

TMSMY adalah versi adaptasi rancangan realiti 'The King of Mask Singer', satu program nyanyian dari Korea Selatan yang telah ke udara sejak tahun 2015. Selain Malaysia, Amerika Syarikat, China, Thailand dan Indonesia juga turut melahirkan versi tempatan.

       

Konsep

Semua peserta The Masked Singer Malaysia akan melindungi identiti mereka dengan memakai kostum semasa menyampaikan persembahan nyanyian setiap minggu.

Tidak hanya juri, bahkan semua yang terlibat dalam rancangan termasuk hos dan ratusan krew produksi tidak mengenali identiti mereka. Peserta juga tidak mengetahui siapa yang sedang bersaing dengan mereka.

Untuk membantu panel juri dan penonton membuat tekaan, satu klip video akan dipaparkan sebelum persembahan peserta bermula. Bagaimanapun, untuk mengelirukan penonton dan juri, suara percakapan mereka telah diubah.

Juri akan memberikan ramalan tentang identiti peserta selepas persembahan tamat.

Setiap minggu, peserta yang tersingkir, disebabkan oleh markah terendah, akan mendedahkan identitinya di hadapan pengacara, juri dan penonton.

Juara 'The Masked Singer Malaysia' musim keempat akan diumumkan dalam episod terakhir, di mana peserta terakhir yang membuka topeng!

        

the masked singer 829

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

        

Peserta

Musim keempat ‘The Masked Singer Malaysia’ akan mempersembahkan barisan 15 orang selebriti terkenal negara dari pelbagai latar belakang, termasuk penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan dan pempengaruh media sosial.

Musim ini akan menampilkan 14 kostum unik termasuk Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim, dan yang menarik, untuk pertama kalinya, program ini akan memperkenalkan pasangan duo dalam kostum Cili Padi.

      

Juri

Juri hadir dalam bentuk sembilan personaliti terkenal dari pelbagai cabang bidang seni, bagi mengisi posisi juri tetap. Mereka adalah Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Michael Ang dan Angah.

          

the masked singer malaysia musim 4

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

        

Format Penjurian

Format penilaian bagi musim keempat 'The Masked Singer Malaysia' menggunakan hasil undian daripada juri tetap yang menyumbang sebanyak 80% pemarkahan, manakala 20% selebihnya bergantung kepada undian penonton.

         

Pereka Kostum

Prestasi tiga musim sebelumnya mendorong pihak produksi untuk meningkatkan kualiti kostum dengan menyelitkan 'hidden gems' negara Malaysia seperti flora dan fauna, serta makanan tempatan hasil rekaan oleh Akma Suriati Awang dan Syomirizwa Gupta.

Akma Suriati Awang memiliki pengalaman lebih dari 50 tahun dalam bidang rekaan dan perundingan fesyen, serta aktif sebagai penatarias dalam industri perfileman. Beliau juga terlibat dalam mencipta kostum untuk produksi teater mega seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’, ‘Puteri Gunung Ledang’ dan ‘Chow Kit Road’.

        

Pengacara

Datuk AC Mizal, hos serba boleh yang telah menjadi wajah program selama tiga musim lalu, masih memimpin sebagai pengacara yang mengelola rancangan.

         

masked singer malaysia season 4

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

       

Waktu Siaran

Selama 10 minggu, The Masked Singer Malaysia 4 akan dijalankan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) setiap hari Ahad, pukul 9 malam, bermula 17 Disember 2023.

Penyiaran boleh diakses dalam talian menerusi kandungan On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go serta Sooka.

         

Baca: Biodata Penyanyi Adinda Tasya (Ceria Popstar), Peserta Maskot Biskut Aiskrim The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 (Musim 4)

Baca: Keputusan Markah, Senarai Lagu Tugasan Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

Baca: Terjawab! Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

Baca: Keputusan, Kedudukan Dan Senarai Lagu Tugasan Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Terjawab! Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Mingguan Dan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2022 Musim 2

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2020 Musim 1

        

Sebelum ini, The Masked Singer Malaysia pernah melibatkan penyertaan bintang-bintang terkenal seperti Aina Abdul yang beraksi dalam kostum Bunga Raya, Shila Amzah (Rambutan), Liza Hanim (Orkid), Hael Husaini (Brokoli), Syamel (Nyok Muda), Ajai (Mr Parrot), Datin Alyah (Wau), Amir Masdi (Seladang), Tuju K Clique (Orang Utan), Vince Chong (Enggang), Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia), Vanessa Reynauld (Rajah Brooke) dan ramai lagi.

       

Senarai Bekas Juara / Pemenang The Masked Singer Malaysia

Musim 1 (2020) - Aina Abdul (Bunga Raya)

Musim 2 (2022) - Shila Amzah (Rambutan)

Musim 3 (2022 / 2023) - Ayda Jebat (Betta Fish)

        

Tajuk program? The Masked Singer Malaysia Musim 4

Berapa episod? 10 episod (Dua hingga tiga jam setiap episod)

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Warna dan platform online, Astro Go dan Sooka

         

Kredit video: [FULL] The Masked Singer Malaysia Live + | Episode / Minggu 1 | Part 1 Season 3

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)