Oleh pada 02 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Ria X

    

Farah yang mendendangkan lagu Pencuri Hati nyanyian asal Ayda Jebat mengungguli persaingan konsert minggu ketiga pertandingan realiti nyanyian, Suara Viral yang bertemakan Jutaan Tontonan.

Meraih 85.77 %, beliau sekaligus mengetepikan lapan saingannya yang lain, termasuk Sulastri, 39 yang menjadi mangsa penyingkiran minggu ini dengan pungutan markah 62.38%.

Sulastri yang  mempersembahkan Di Pintu Syurga dipopularkan Dayang Nurfaizah gagal menambat hati dua juri tetap, penyanyi berpengalaman, Misha Omar dan Akim Ahmad, selain penyanyi dangdut, Amelina yang bertindak sebagai juri undangan mingguan.

Pengadilan antara lain turut disertai lapan Juri Duduk Rumah iaitu Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Ngektsai, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.

Berikut dikongsikan carta dan keputusan markah keseluruhan peserta.

        

suara viral 2020 510

Kredit foto: Instagram Ria X

       

Keputusan Markah Peserta Konsert Suara Viral (Astro) 2020 Minggu Ketiga

1. Farah (Pencuri Hati - Ayda Jebat): 85.77 %

2. Soffwany (Hajat - Hael Husaini): 79.00%

3. Azrul (Langkah Seiringan - Exist): 79.00%

4. Ameem (Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly): 77.83%

5. Jerry (Hutang - Floor88): 77.60%

6. Boy (Sandiwara - Xpose Band): 75.48%

7. Bella (Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram): 67.75%

8. Bobby (Aisyah - Projector Band): 66.62%

9. Sulastrie (Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah): 62.38%

    

Diacarakan Datuk AC Mizal, Suara Viral ke udara setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Prima, mulai 17 Jun 2020.

Rancangan tajaan utama Nivea itu turut merakamkan aktiviti peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' tayangan setiap Isnin dan Selasa, jam 6.55 petang.

   

Baca: Info Penuh Program Suara Viral - Astro (2020)

Baca: Biodata 10 Peserta Program Suara Viral (Astro) 2020

Baca: Biodata Boy, Peserta Suara Viral (Astro) 2020

Baca: Biodata Soffwany Yusoff, Peserta Suara Viral (Astro) 2020

     

Kredit video: Suara Viral - Episod Pengenalan

   

Sumber berita: Suara Viral: Sulastrie Tersingkir... Ini Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Minggu Ke-3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)