Oleh pada 25 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Farid, 30, seorang jurutera mekanikal, menjadi peserta pertama meninggalkan pertandingan realiti nyanyian, Suara Viral menerusi konsert minggu kedua yang ditayangkan sebentar tadi.

Farid yang mempersembahkan Kisah Antara Kita dipopularkan One Avenue Band hanya mampu berpuas hati dengan pungutan markah tercorot sebanyak 40.87 peratus.

Manakala eksekutif pemasaran, Ameem yang mendendangkan Ketulusan Hati nyanyian asal Anuar Zain menghuni tangga pertama dengan jumlah markah 78.77 peratus.

Carta kedudukan dan markah kesemua peserta adalah seperti berikut:-

         

suara viral astro 803

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Keputusan Markah Peserta Konsert Suara Viral (Astro) Minggu Kedua

1. Ameem (Ketulusan Hati - Anuar Zain): 78.77 %

2. Bella (Biarlah Rahsia - Datuk Seri Siti Nurhaliza): 76.90%

3. Jerry (Dalam Gerimis - Visa): 74.57%

4. Azrul (Lagu Zaman - Datuk Jamal Abdillah & Tan Sri SM Salim): 74.10%

5. Sulastrie (Darah Muda - Wan): 72.93%

6. Boy (Cinta Dewa-Dewi - Spider): 72.70%

7. Farah (Getaran Cinta Di Jiwa - Liza Hanim): 66.60%

8. Soffwany (Setiaku Korbankan - Fauziah Latiff): 66.13%

9. Bobby (Obses - Akim & The Majistret): 41.07%

10. Farid (Kisah Antara Kita - One Avenue Band): 40.87%

    

Konsert dalam minggu bertemakan 'Zaman Remajaku' kendalian hos Datuk AC Mizal ini memperlihatkan kebolehan nyanyian 10 peserta dalam memenangi hati dua juri tetap, iaitu penyanyi berpengalaman Misha Omar dan Akim Ahmad, termasuk penyanyi lagenda, Datuk Hattan selaku juri undangan mingguan serta lapan lagi Juri Duduk Rumah.

Tajaan utama Nivea, Suara Viral yang memulakan siaran sejak 17 Jun 2020 ditayangkan setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Prima.

Perkembangan aktiviti peserta dimuatkan dalam rancangan 'Jom Intai Suara Viral' yang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, jam 6.55 petang.

   

Baca: Info Penuh Program Suara Viral - Astro (2020)

Baca: Biodata 10 Peserta Program Suara Viral (Astro) 2020

    

Kredit video: Suara Viral - Episod Pengenalan

    

Sumber berita: Suara Viral: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Minggu Kedua

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)