Oleh pada 16 Jun 2020 kategori

 Kredit foto: Instagram @bobbyanis88

   

Suara Viral merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian yang bakal memulakan siaran pada 17 Jun 2020, setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Prima.

Menampilkan 10 peserta yang datang daripada pelbagai kerjaya, 'orang biasa' dengan bakat luar biasa ini pernah menjadi bualan hangat di kalangan warganet selepas video nyanyian masing-masing menjadi tular di media sosial.

Pentas 'Suara Viral' bakal mengetengahkan kembali, sekaligus menggilap bakat terpendam daripada seorang eksekutif pemasaran sehinggalah ke abang 'rider'!

   

Biodata Peserta Suara Viral 2020

    

Boy

boy suara viral

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

      

Instagram: @boybach

Facebook: Boy Bach

   

Mohd. Firdaus Mahadzir yang ingin dikenali sebagai Boy ini merupakan seorang Krew Teknikal Audio yang berumur 32 tahun. Memiliki suara serak-serak basah, jejaka yang gemar memasak ini aktif dalam aktiviti lasak, namun dalam masa sama seorang yang kuat melatah!

    

Baca: Biodata Penuh Boy, Peserta Program Suara Viral (Astro) 2020

      

Soffwany

soffwany yusoff 491

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

   

Instagram: @soffwany.yusoff

Facebook: Soffwany Yusoff

   

Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff atau Soffwany, 31, tunang kepada pelakon Raja Afiq yang berkhidmat sebagai Koperal Pemerhati Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini dikenali umum sebagai 'akak polis cantik' selepas video nyanyiannya bersama kombo PDRM menjadi tular.

     

Baca: Biodata Penuh Soffwany Yusoff, Peserta Program Suara Viral (Astro) 2020

     

Azrul

suara viral astro prima

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan 

   

Instagram: @azrul_sv

Facebook: Roy Sung

   

Pemilik nama penuh Mohd Azrul Bohari yang bekerja sebagai Pegawai Lalu Lintas Pembinaan berusia 38 tahun ini merupakan seorang penggemar lagu-lagu rakyat dan pernah membabitkan diri dalam koir Hazami menerusi pembikinan album Nyata.

   

Farid

suara viral astro 821

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

   

Instagram: @farid.othm

Facebook: Farid Othman

   

Jurutera Mekanikal berusia 30 tahun yang juga pemilik nama Farid Othman ini adalah bekas penuntut jurusan Kejuruteraan yang boleh berkomunikasi dengan fasih dalam bahasa Perancis. Tidak hanya itu, beliau boleh bermain beberapa instrumen muzik seperti gitar dan saxophone.

   

Sulastri

peserta suara viral

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

   

Instagram: @sulastrie_suarnie

   

Dian Sulastrie Abdul Fattah yang bertugas sebagai Koperal French Horn, PDRM berumur 39 tahun ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana mampu menyanyi dalam pelbagai bahasa, antaranya Mandarin, Tagalog, Thailand, dan Hindustan.

   

Ameem

suara viral

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan 

    

Instagram: @hamim.official_

Facebook: Ameem Abdul

   

Nama lengkapnya, Abdul Hamim Haji Sulaiman dan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran Agensi Pelancongan. Berusia 32 tahun, graduan Universiti Malaya dalam Ijazah Muzik bidang vokal ini sudah menanam minat dalam dunia seni suara sejak usia kecil lagi.

   

Jerry

konsert suara viral

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

   

Instagram: @jerry.zakaria_official

   

Berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan Awam, Zamari Zakaria, 36, yang dipanggil 'Pak Lawak' merupakan seorang yang gemar berjenaka dan mampu mendendangkan lagu-lagu moden dalam rentak tradisional.

   

Bella

konsert suara viral 2020

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

   

Instagram: @bellamohd_1

Facebook: Nabila Mohd

   

Nabilah Mohammad, 31, Eksekutif Perhubungan Awam yang berkemampuan mengalunkan genre lagu irama tradisional Melayu, antaranya keroncong, joget dan irama rakyat.

   

Farah

peserta suara viral 2020

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

   

Instagram: @farahnoorasikin

Facebook: Farah C-kin

   

Pemilik nama sebenar Farah Noorasikin Abdul Rahim, 32, yang memegang jawatan Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia ini adalah penyanyi sepenuh masa dan boleh menari tarian tradisional seperti Mak Yong dan lain-lain.

   

Bobby

konsert suara viral astro

Kredit foto: Instagram @_aryffzakuan

   

Instagram: @bobbyanis88

Facebook: Ahmad Anis

   

Ahmad Anis Aznan Kamil, 32, seorang rider yang juga pemilik suara baritone, cukup menggemari genre klasikal dan meletakkan Luciana Pavarotti sebagai penyanyi idolanya.

   

Baca: Info Penuh Program Suara Viral 2.0 (Musim 2) 2021

Untuk info lanjut berkenaan Suara Viral melibatkan konsep rancangan, senarai juri, pengacara, hadiah dan format penjurian, anda boleh baca artikel : Info Penuh Program Suara Viral - Astro (2020)

   

Sumber berita: Ini Profil 10 Peserta Suara Viral..Jom Kenali Mereka Lebih Dekat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)