Oleh pada 18 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert Suara Viral minggu pertama menyaksikan persembahan sulung 10 peserta yang bersaing dengan membawakan lagu-lagu menerusi tema 'Idola' iaitu lagu daripada penyanyi yang menjadi inspirasi mereka.

Kru teknikal audio, Boy berjaya menempatkan diri di kedudukan pertama selepas tampil cemerlang menerusi persembahan lagu dendangan asal Hazama berjudul Peneman.

Bagaimanapun nasib tidak berpihak kepada Farid, jurutera mekanikal yang terpaksa akur apabila nyanyian lagunya, Hanya Rindu dipopularkan Andmesh gagal memuaskan hati juri, sekaligus menduduki tangga tercorot persaingan.

Namun kesemua peserta berupaya menarik nafas lega kerana tiada penyingkiran diumumkan di penghujung konsert.

Rancangan kelolaan pengacara Datuk AC Mizal yang diadili penyanyi Misha Omar dan Akim Ahmad selaku juri tetap itu, turut mengetengahkan penyanyi lagenda, Datuk Hattan selaku juri jemputan.

Carta kedudukan dan markah peserta adalah seperti berikut:-

        

suara viral 2020 415

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Keputusan Markah Peserta Konsert Suara Viral (Astro) 2020 Minggu Pertama

1. Boy (Peneman - Hazama) - 80.87%

2. Bobby (Sumpah - Aina Abdul) - 76.20%

3. Sulastrie (Cinta Sejati - Bunga Citra Lestari) - 75.03%

4. Bella (Canggung - Wany Hasrita) - 73.63%

5. Ameem (Kaulah Segalanya - Ruth Sahayana) - 71.77%

6. Jerry (Gemuruh - Faizal Tahir) - 70.58%

7. Farah (Bunga - Ara Johari) - 70.35%

8. Azrul (Hijau - Datuk Zainal Abidin) - 58.90%

9. Soffwany (Kasih - Hetty Koes Endang) - 52.33%

10. Farid (Hanya Rindu - Andmesh) - 41.10%

   

Program realiti nyanyian tajaan utama Nivea yang ke udara mulai 17 Jun 2020 ini bersiaran setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Prima.

Antara lain, penonton dapat mengikuti perkembangan aktiviti peserta menerusi rancangan 'Jom Intai Suara Viral' yang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, jam 6.55 petang.

    

Baca: Info Penuh Program Suara Viral - Astro (2020)

Baca: Biodata 10 Peserta Program Suara Viral (Astro) 2020

   

Sumber berita: Suara Viral: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Minggu Pertama

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)