Kredit foto: Instagram @asad.motawh

Biodata

1. Nama lengkapnya, As’ad Ahmed Mohamed Motawh. Popular dengan nama pentasnya, As’ad Motawh.

2. Kelahiran Selangor, Malaysia pada 3 September 2001.

3. Berusia 18 tahun.

4. Berdarah campuran Melayu-Arab.

5. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2017.

7. Merupakan penyanyi, penulis lirik dan pelakon.

8. Bernaung di bawah syarikat rakaman, Beegood Music.

9. Video muzik single sulungya berjudul Senyum meraih 500,000 tontonan hanya dalam empat hari selepas dimuatnaik di Youtube menerusi saluran Beegood Music.

10. Antara lain, beliau terbit dengan single Percaya, Senyum dan Warna.

11. Pemegang trofi Penyanyi Baru Hot 2017 di Anugerah Top Hot 2017. Juga dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 dan Artis Baru MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.  

12. Bakal muncul dengan album sulung yang memuatkan 10 buah lagu tidak lama sahaja lagi.

       

Fakta Menarik

  • Minatnya dalam bidang nyanyian sudah dipupuk sedari zaman sekolah rendah.
  • Mendapat pendidikan melalui sesi pembelajaran secara peribadi di rumah atau 'homeschooling'.
  • Disunting sebagai artis rakaman sebaik video lagu covernya berjudul Despacito menjadi tular dengan tontonan lebih dua juta di Instagram.
  • Mengumpul ramai pengikut Instagram (IG) dengan lebih 1.3 juta peminat.
  • Pada tahun 2016, beliau telah mengelilingi Malaysia untuk persembahan siri jelajah 'The Percaya Tour' yang berlangsung di enam buah lokasi iaitu The Curve Petaling Jaya pada 2 Mac, Mahkota Parade Melaka (3 Mac), Plaza Angsana Johor Bahru (9 Mac), Centre Square Sungai Petani (23 Mac), Kuantan Mall, Pahang (30 Mac) dan Centre Point Kota Kinabalu (6 April).

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi as ad motawh 2

biodata dan latar belakang penyanyi as ad motawh 3

biodata dan latar belakang penyanyi as ad motawh 4

biodata dan latar belakang penyanyi as ad motawh 5

biodata dan latar belakang penyanyi as ad motawh 6

Kredit foto: Instagram @asad.motawh

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Mstar

4. BH Online

5. Kosmo [1, 2]

6. Harian Metro

7. Instagram @percayatour




Hakcipta iluminasi.com (2017)