Kredit foto: Instagram Armand Ezra

    

Dari siri hingga diangkat ke layar perak, mungkin ramai yang tidak tahu, pelakon suara untuk watak utama filem Mechamato Movie, Amato adalah milik penyanyi dan pelakon remaja, Armand Ezra, 16.

Memandangkan namanya sedang hangat diperkatakan ramai, Iluminasi berkongsi biodata dan latar belakangnya khas buat pembaca.

Biodata

Nama sebenar: Armand Ezra Ezal

Nama komersial: Armand Ezra

Umur: 16 tahun (2022)

Tarikh lahir: 6 Ogos 2006

Asal: Kuala Lumpur

Kerjaya: Pelakon, Pelakon Suara, Penyanyi, Model

Instagram (IG): @armandezra

Latar Belakang

1. Pembabitannya dalam drama dan telefilem televisyen, antaranya menerusi Mechamato: The Animated Series, Dulang Boy, Jam Tangan Paksu, Malaysian Ghost Stories, Am'ma, Ghahim Takut Nak Azan dan Rayo Kolumpo.

2. Dalam dunia perfileman, beliau membuat kemunculan menerusi filem Suatu Ketika, Showtime 1958 dan Gostan (Astro First).

3. Terkini, filem animasi yang menggunakan suaranya, Mechamato Movie ditayangkan di pawagam sejak 8 Disember lalu.

Fakta Menarik

1. Bintang remaja ini bukan sahaja berkebolehan dalam dunia lakonan malahan memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

2. Mula terlibat sebagai pelakon suara sejak usia 14 tahun.

3. Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @armandezra telahpun mencatatkan lebih 37,000 pengikut.

Baca: (Dikemaskini) Jadual Jumlah Kutipan Filem Mechamato Movie

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mechamato Movie (2022)

Mechamato Movie meletup apabila berjaya mengutip RM10 juta dalam tempoh 6 hari tayangan di pawagam. Ia dilaporkan sepadan dengan bajet untuk filem itu. Filem komedi aksi animasi komputer Malaysia 2022 ini adalah prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series. Diterbitkan oleh Animonsta Studios dan diedarkan oleh Astro Shaw, filem ini diarahkan oleh Nizam Razak.

Gambar

armand ezra

armand ezra umur

armand ezra instagram

pelakon suara mechamato

mechamato cast

amato voice actor

mechamato 120

mechamato movie 583

armand mechamato

Bergambar bersama rakan pelakon seangkatan; (dari kiri) Zaki Yamani, Rykarl Iskandar, Alyssa Dezek dan Aniq Iffat.

mechamato voice actor

Kredit foto: Instagram Armand Ezra

Video

Kredit video: Hanya rindu cover by Armand Ezra - Amato voice actor

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)